Friday, May 28, 2010

AIN AF8 ~ PENANGGUNG SEPI

BEST GILER !!

Ain AF8 ~ Ayumi suka pesonaliti Ain.
Tak jangka pulak Ain leh keluar ari tue.
Suara dia memang unik & sedap di dengar. Tapi mungkin rezeki dia
tak de masa AF8 ari tue.
Insyallah pas nie mungkin dia bleh pergi kat luar sana.

Lagu nie memang sesuai sangat ngan tone suara Ain.
Video nie pun agak menarik minat Ayumi.
Apa pun Gud Luck Juga untuk Ain.




Penanggung Sepi - Ain AF8

Aku menyayangi mu
Dengan tulus dan jujur
Tapi ku rasa kau tidak

Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak

Cukup jangan tambah lagi
Luka ku didalam hati
Biarkan aku sendiri.. kasih..

Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi ..penanggung sepi..

Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak

Cukup jangan tambah lagi
Luka ku didalam hati
Biarkan aku sendiri.. kasih..

Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi ..penanggung sepi..


LUAHAN SEORANG ISTERI



Sayangku
Aku sangat mencintaimu
Aku tak ingin kehilanganku
Karena aku akan sangat menyesal
ku ingin kamu selalu bersamaku
dan kulihat betapa mesranya senyumanmu
Ku ingin selalu dekat denganmu
karena aku akan merasa bahagia

Aku mencintai kehangatan hatimu
Kamu adalah sumber dari cintaku
kamu adalah alasan tentang keberadaanku
Kamu tempatku bersandar kala aku merasa kesepian
ketika kulihat dirimu
Aku tahu bahwa cinta sejati itu ada
Apa yang dapat kulakukan tanpamu
kamu adalah hati dan hidupku

Di dalam hati mu
di tengahnya mimpi
kuingin selalu bersamamu
menyeberangi lautan
Dimana negeri dongeng itu berada

Ulurkan tanganmu
dan katakanlah kepadaku
bahwa kamupun tak bisa hidup tanpaku
kamu selalu untukku
Ku tak pernah memikirkan orang lain
karena hanya kamu di hatiku
Dan aku sangat mencintaimu


I LOVE U SO MUCH


FB GAMES?? Giler DIBUATnya..

Restaurent CITY GAME


Haiyaakk.... Jangan terkezut yer..
Gambar kat atas nie ialah Restoren City Bruce punyer.
Cantik tak kedai makan dia???
Sekarang nie, kami berdua ngah giler main game nie.
Sebelum2 nie, kami kurang sikit berminat main game FB.
Tapi semenjak dua menjak nie, leh layan plak main game nie.


Haaa.. Nie plak restoren City Ayumi.
Tapi tak meriah mcm Bruce nyer lah.
Coz Ayumi nyer lebih nampak Elegant.. Waahh !!
Kadang2 kami sampai nak bersaing, sapa kedai paling cun.
Hahahaha...   =)

Yang best nyer game nie ialah mengajar kita strategi macam
mana nak naikkan rating restoren supaya orang suka restoren kita.
Selain tu, mengajar cara2 nak wat Interior Design untuk restoren.

JOM LAYAN KAWAN2 !!!


Thursday, May 27, 2010

SETUP BOOTH




Seawal jam pukul 9.30 pagi. Ayumi , Bruce & Kimmy
gi ke Tesco coz nak tengok customer kami setup booth pula.
Si kecik Kimmy nie memang kerjanyer mengikut je.


Sebenarnyer kami nak bawa Kimmy sarapan pagi.
Kebetulan nak tengok booth, so tu yang bawa dia sekali.
Kimmy tengok Ummy & Daddy kerja ek??


Dalam jam 10.00 pagi, customer kami sampai untuk
setup booth.
Bruce telah pun beri keterangan serba sedikit tentang peraturan
& syarat2 termasuklah collect payment sekali.


Selepas settle semua, Ayumi bawa Kimmy main kat kereta
bunyi2 nie. Memang suka sangat lah dia.


Bukan anak je main, Daddy die pun ikut main sekali.
Tengok tu si Bruce ngah main bola keranjang.
Kimmy bila tengok DD dia main bola je, terus nak gi kat DD dia.
Sanggup tue tinggalkan kereta yang ngah bergerak2 tu.


Selepas tu, giliran Bruce lah melayan Kimmy.
Ayumi nak rest sekejap. Maklumlah time nie Ayumi kurang sihat cikit.
Apa lagi, DD dia lah kene layan.


Selepas tu kami pun bergerak cergas gi sarapan kat McD.
Kami nak makan Pan Cake Mcd.
Kimmy suka sangat makan Pan Cake.



Gigit jari tu Kimmy....  =)
Hehe.. sebenarnyer Kimmy nie ngah gatal gusi coz nak tumbuh gigi.
Bruce tegur Kimmy coz dalam mulut tu masih ada makanan
tapi Kimmy masukkan jari dlm mulut.
Apa lagi.... majuk lah si Kimmy.
Kuat majuk sekarang nie Kimmy.
Comel kalau dia wat muka merajuk dia.
Tapi Daddy dia kuat melayan tak pe lah.


Haha... DD suap Kimmy ek !!
Ummy dia makan untuk diri sendiri. Hehehe...


Muka dah kenyang Kimmy.
Hehehe.. sekarang nie dah besar cikit, Kimmy dah kurang minum susu.
So kalau bawa dia jalan2 dah senang cikit.
Kalau tak, kene bawa 2botol susu dia kalau kuar jalan2.
Sekarang nie dia dah makan & minum apa yg kami makan.
So senang lah..


MALAM MASIH MENCARI REZEKI

SETUP BOOTH


Jam menunjukkan pukul 10.45 malam kami sampai di Tesco
setup Booth untuk customer kami.
Kene setup malam2 cikit coz kalau awal2 ramai orang.
So, susah nanti nak wat kerja.


Macam nie lah aktiviti Ayumi Resources.
So kepada sesapa kawan2 yang nak sewa tapak untuk meniaga,
leh contact kitaorang k.

Time nie Bruce ngah pasang carpet.
Selalunyer kalau Bruce tak de masa nak pasang,
kami akan suruh budak2 part time kami pasang.
Tapi kekerapan tu, kami sendiri yang pasang & setup.


Tertonggeng2 suami Ayumi nie bekerja.
Biasalah baru nak mula hidup. (org tua2 kata..)
So far, Alhamdulillah dengan bisness kami sekarang.
Insyallah bercadang tahun depan kalau boleh nak kan 
Ayumi Resources nie leh setaraf ngan company2 event yang lain.
Kami hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T
Hanya dia yang menentukan segalanya.


So dah pun siap...
Kami just wat setup basic. Untuk decoration lain terpulang pada
company yang sewa tapak nie.
Jam pun telah menunjukkan pukul 11.40 malam.
Semua nya dah settle, so kami pun berangkat pulang lah.


Sampai rumah jam 12.30 malam.
Hehehe.. bukan apa, kami singgah gi makan nasi lemak
kat depan OTK Puchong Prima.
Lepas wat kerja terasa lapar plak.


Masa nie jiran2 semua dah tidur agaknyer.
Kami je yang baru nak balik rumah untuk tidur.
Itu pun belum tentu tidur lagi. Kasi layan dulu tengok tv & facebook
barulah nak tidur.



Monday, May 24, 2010

POTATO CHIP vs TV

POTATO CHIP.... yumm..yumm!


Pagi2 lagi Ayumi & Bruce dah keluar rumah. Coz Ayumi ada
meeting dengan orang kat Campbell (betul ke aku eja) di KL.
So, macam biasa Bruce yang temankan.
Selepas tu kami terus gi jumpa client Bruce & collect cheq.
Balik dari wat semua tu, kami pun apa lagi bergerak cergas
pulang ke rumah. Yelah dari pagi dah keluar, petang baru balik.

Sebelum sampai rumah kami singgah di station minyak kat area
umah kami. Selalunya kitaorang suka isi minyak penuh2 senang untuk esok.
Lagi pun orang kata, kalau nak jimat minyak kereta kene selalu isi
penuh2 tau. Betul ke tak, entahlah.


Sambil isi minyak, sempatlah Ayumi menyambar tong Potato Chip nie.
Nak makan ice cream ngah selsema. Nak makan coklat
badan plak dah naik. Erm..mulut nak mengunyah je plak tue.
Tue yang Ayumi amik tong potato nie.


Bukan apa, wat kudap2 (org jawa kata) ketika menonton tv.
Tak best rasanya bila tengok tv sambil tak makan apa2.
Lagi2 kalau ngah layan cerita2 best kan.


Kebetulan plak masa nie ngah layan cerita korea.
Fulamak..... memang best giler.
Cerita korea sekarang nie best2 lah plak.


Sekarang nie Ayumi kurang sikit hindustan2.
Now, Ayumi layan korea movie plak.
Leh wat giler seyh...  =)
Bukan Ayumi je, Bruce pun layan gak tau..haha..



Sunday, May 23, 2010

MEMASAK DI KFC ??


Memandangkan terlalu banyak kerja kat ofis, so terasa penat
sangat nak masak untuk makan malam.
Selalunyer kalau tak Ayumi yang masak, Bruce akan masak.
Tapi hari Jumaat tu kami masing2 malas tahap gaban.
So, apa lagi singgah je KFC kar area umah kami kat Puchong Prima.

Bruce rasa perisa Ayam Lada Hitam baru KFC.Erm.. sedap lah plak.
Rugi tak amik. Ayumi amik yang original plak tu.
Apa lagi sesi mencukai lah ayam Bruce.


Muka Ayumi baru balik ofis. Erm.. dengan tak makeup lagi gi ofis.
Semenjak dua menjak nie, agak malas2an nak makeup.
Tak pelah, janji kemas kan.
Rambut pun sekarang dah malas nak fesyen2. Abis2 senang ikat je gi kerja.


Awat panjangnyer muncung tu DD??
Rupanyer ayam Lada Hitam KFC ni memang pedas tau.
Bruce ni kurang cikit bab pedas2 nie.
Tapi alhamdulillah, semenjak kawen nie Bruce leh tahan jugak makan pedas.
Ayumi kalau tak pedas macam tak sah.


Pedas2 pun makan jugak. Ayumi ajak tukar ayam tak nak plak.
Hehe.. Bruce kata ayam Lada nie sedap tapi pedas.
Kalau sedap, kene tahanlah pedas sikit yer sayang.  =)

Bagus gak Bruce belajor makan pedas.
Ayumi plak dari tak makan daging, sekarang Ayumi leh cikit2
makan daging. Tapi hanya masakan mama & Bruce je Ayumi makan.
Coz daging tu kene rebus lama2 sampai tak de bau.
Ayumi dari kecik tak makan daging sebab bau daging lar.


Tuesday, May 18, 2010

APA SALAH & DOSAKU ?



Erm.... Apa yang anda dapat fikirkan tentang Kucing nie??
Sebenarnyer kucing nie hangin satu badan ngan Bruce.
Mana tak nyer, elok2 lah Pak Oren nie nak membuang di ambil nyer gambar.
Dah lah member ngah sembelit time nie. hehehe..


Agak2nyer, kalau kucing nie leh cakap macam
manusia, mau agaknyer dia dah maki hamun.
Mesti kucing nie berkata " Apa Salah & Dosa Aku?? "
Nak membuang pun tak senang.


Erm... Lantaklah korang manusia, janji aku dah settle.
Wakaka... Giler nyer lawak !!

AKU & GUITAR






Tajuk blog Ayumi kali nie macam Gempak cikit.
AKU & GUITAR
Hahahaha.... tapi nie cerita tentang apabila Ayumi bosan.
Apabila setiap hari diri sibuk dengan pelbagai kerja terasa sesekali
ingin menghiburkan hati.
Tak kiralah dengan apa cara pun yang kita lakukan.
Kalau kita suka, sudah pasti kita akan lakukan.

Sebagai contohnyer, Cerita kami suami isteri.
Kami kalau dirumah sentiasa menyibukkan diri dengan
PS2, komputer, karaoke, & melalak dengan guitar.
Itu kalau kami bertenggek kat rumah lah.


Ayumi lebih gemar menyanyi je dari main alat muzik.
Contonyer gitar nie.
Selalunyer Bruce yang akan mainkan gitar & Ayumi akan menyanyi.

Tapi pada hari kejadian Bruce menyibukkan dirinyer dengan
kamera baru plak.
Erm... sapa nak main gitar nie???
Bruce mengarahkan Ayumi main gitar & nyanyi sekali.
Erm..  best juga nyanyi sambil main gitar.
Baru ada feel .... " I Feel Good " wakaka..


NAKALNYA KAMU !!




Kalau kawan nak tahu, ni gambar Ayumi sewaktu bangun dari tidur.
Ini semua kerja si Bruce lah.
Hari2 minggu memang sekali mengidamkan tidur yang lama.
Yerlah... selalunyer bangun awal2 pagi.
Bercadang juga nak bangun tidur pukul 10.00 pagi.

Tapi impian & angan2 nak tidur lama sikit diganggu gugat
oleh Daddy Aisyah nie.
Haiyaa... ini orang kan memang tak boleh tengok olang
sinang sikit. hehehe..  =)

Akibat dah terbiasa bangun pagi2, so bila cuti pun
mata secara automatik celik.
Ayumi boleh je sambung tidur.  =)

Si Bucuk Ayumi nie pula kalau dia bangun sowang2,
mulalah dia kacau Ayumi tidur.
Nak ajak Jongging lah, ajak sarapan kat tempat jauh2 la.
Haish.. ada je alasannyer si Bruce nie.

Nak wat cam maner... sayang suami punyer pasal !!
Hik...hik.. hik..  =)



TUGU NEGARA ?



=)  Mesti ada yang tetanya2 kan nape plak suami isteri ni leh ada kat
Tugu Negara. Erm.. sebenarnya kami tersinggah secara tak sengaja.
Kebetulan pergi hantar gambar & montaj customer kami bertunang
kat area Taman Medan & KL.

Bolehlah wat duit2 shopping sikit2.
Alhamdulillah.... rezeki murah semasa kehadiran arwah anak kami
Siti Aisyah binti Mohd Fairus.
Bruce sekarang nie lebih bertumpu kepada Ayumi Resources
sepenuh masa. Kadang2 macam tak percaya pulak
Ayumi Resources ni wujud dalam kehidupan kami.

Bruce lebih fokus kepada Skop Event Organizer nyer.
Ayumi pula lebih pada Wedding Planner.
Kami kerja satu bumbung yang sama tapi berlainan bidang.


Sekarang nie, Bruce ada jugak tolong2 Ayumi dalam kerja Ayumi.
Macam biasalah, kalau Ayumi sibuk makeup & decoration majlis kawen
atau pertunangan customer, Bruce akan jadi juru gambar.
Sebenarnyer, alhamdulillah kami cebur pulak dalam
bidang photography nie. So far, feed back semua kata
berpuas hati.

Mula2 rasa macam tak yakin nak buat.
Tapi atas sokongan Suami tersayang, Bruce bagi sepenuh galakan.
Bruce kata " Kalau Umy tak cuba, macam mana nak tahu kita boleh @ tak".


Kebetulan nak cari tempat menarik untuk sesi Outdoor untuk
customer kami yang bakal kawen awal bulan 6 nie,
kami cadang nak bawa di Tugu Negara.
Hehe... bukan apa Ayumi & Bruce suka suasana kat kolam air dia.
Macam best kalau wat gambar outdoor untuk pengantin.


Ayumi juga sekarang nie sibuk wat part time kat ofis lama Ayumi.
Hehe.. itu sekadar isi masa lapang.
Bos lama Ayumi Mr Ronny & Kelly minta Ayumi tolong company dia.
Coz sepanjang 2 tahun lebih Ayumi tinggalkan company tu,
tak ada sapa pun yang boleh lekat @ kerja lama kat situ.
Erm... kesian jugak tengok dorang.


Minggu lepas Bruce suruh Ayumi berhenti kerja part time
kat ofis lama tu, tapi Kelly minta tolong sangat sebab tak de sapa nak
backup kerja tu.
Kalau boleh mintak sangat sampai bulan 6 ni.
Coz bulan 6 nie ada budak baru masuk.
Bruce suwuh Ayumi berhenti sebab doktor kata Ayumi kene
banyak berehat coz Ayumi baru lepas 6 bulan bersalin.


Suami mana tak sayang isteri & Isteri mana tak sayang suami kan??
Apa pun Ayumi tetap minta izin Bruce untuk kerja sebulan dua lagi kat
ofis lama Ayumi.
Alhamdulillah Bruce akhirnya faham.
Tapi Ayumi kerja kerap gak ar ponteng. hehehe...
Kadang2 dalam seminggu sehari je kerja.

Bukan apa, kadang2 terpaksa ikut Bruce outstation kan.
Bruce dia dah letakkan perkataan WAJIB untuk Ayumi ikut
dia ke mana saja dia outstation.
Lagi pun kalau Ayumi banyak job, terpaksalah cuti keje part time.
Kalau Ayumi free je Ayumi datang sana.


Bersyukur pada Allah dikurniakan suami yang memahami.
Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan.
Perkenalan 3 bulan sahaja mengikat kami menjadi Suami & Isteri.


Kita sememangnya kene yakin dengan jodoh kita.
Insyallah, Allah akan makbulkan permintaan kita.
Walaupun pelbagai dugaan yang kami lalui, itu semua
tak mematahkan semangat & cinta kami.
Allah Maha Adil.
Sesungguhnya orang2 yang menganiaya kami akan mendapat
balasan dari Allah S.W.T.
Kami hanya mampu memaafkan mereka.
Tapi dosa mereka dengan Allah, hanya mereka yang perlu
memohon keampunan dariNya.


Haiyaak.... apa emo2 malam nie.
Hehe... Kawan2 ada tempat2 menarik tak nak wat outdoor pengantin??
Selalunyer Ayumi lebih kerap bawa customer kat Taman Putrajaya.
Yang itu pun paling dekat.. hehehe...


Inilah jurugambar tetap Ayumi Resources.
Siap terbaring2lah amik gambar Ayumi berposing.
Siapa lagi kalau bukan Suami tercinta Ayumi nie.



Sunday, May 16, 2010

BRUCE & CHELSEA

di RESTOREN ABC


Semalam memang penuhlah kat semua restoren makan.
Maklumlah ada perlawanan bola.
Kalau tak silap Ayumi pasukan bola Chelsea.
Berlawan ngan pasukan mana pun Ayumi memang tak amik port.
Ayumi hanya sekadar menemani sahaja En Bruce tengok bola.

Yang penting Ayumi dapat makan malam tu.
Hehe.. selera Ayumi nak makan Bihun Goreng lah plak.
Bruce plak tak habis2 ngan Roti Nan dia.


Apalah yang best sangat dengan bola nie.
Sampai berpuluh2 kali Ayumi menguap kat restoren nie.
Sampai menguap sebesar2 alam lah.  =)
Aish... bola2.. Kuat sungguh penangan ko ek.


Mana orang yang minat bola mesti kata Ayumi tak sporting kan.
Yelah, sebab Ayumi bukan layan sangat bola nie.
Kadang2 kesian jugak kat Bruce layan bola sowang2.

Erm.. akibat mengantuk yang amat sangat, Ayumi meneruskan
menguap secara comel.. wakaka.... Adake ??

Bruce yang asik tengok Ayumi menguap tak henti2,
mengajak pulang ke rumah.
Bruce kata dia sambung tengok bola kat rumah.
Dalam hati berkata : -
"yes2.... balik jugak akhirnya. Aku dah ngantuk nie".
Alhamdulillah, memahami jugak suamiku ini.

Ayumi betul2 tak tahan, mata dah mengantuk sangat2.
Bila sampai je rumah terus golek2 atas katil & tidur.