Monday, August 23, 2010

ZURIAT ANUGERAH ALLAH




Comel & Cantikkan budak perempuan nie.
1st time Ayumi tengok gambar nie, terusa je terpikat.
Sayu pun ada rasa kat hati nie.

Sangat2 cantik. Alangkah indahnyer ada anak yang seindah wajah budak 
perempuan nie kan??
Tetiba pula aku teringat arwah anak Ayumi, Siti Aisyah.
Walau apa pun, wajah Siti Aisyah lah yang paling cantik dimata Ummy.
Semoga Allah meletakkannya bersama2 oranh yang dikasihani nya.
Amin


BRUCE & TEAM BOWLING




Kali nie gambar2 Bruce training bowling ngan member2 club dia.
Selalunya gambar2 yang dia training sorang tu sbb ada jurulatih dia..
So, agak kene buli lah Bruce tu.




Time nie, Jurulatih dia tak datang.
So, apa lagi bukan main seronok lah dia.
Kebetulan plak, member2 dia ada skali kat sana.
So lepas 5 game traning, sambung lagi 2 game.






Bermacam2 aksi & gaya boleh kita lihat.
Bukan nak main bowling betul2, tapi gelakkan orang je lebih masing2.
Bruce sebenarnya dah beli bola bowling baru.
So, ada salah seorang kawan dia nie beli bola bowling lama Bruce.
Kira Bruce kenal dorang tu pasal jual beli bola bowling lar.


Itulah gaya2 macam orang nak main luncur ais.. wakaka..




Tuesday, August 10, 2010

KHASIAT ~ INNERSHINE BRANDS




Ayumi sekarang banyak mengambil suplement2 seperti vitamin.
Maklumlah, wanita kalau pas2 bersalin nie banyak sangat yang kene jaga.
Orang kata baik luar & dalam lah.
Selain mengambil suplement, Ayumi juga kini kerap mengambil InnerShine Pati Prun.
Coz ianya memudahkan penghadaman & dapat mengurangkan toksin dalam badan.

Sekarang nie Ayumi akan minum sebotol Pati Prun setiap pagi.
Kene pulak sekarang nie bulan puasa, so Ayumi amik time sahur lar.
Maklumlah, kalau badan kurang air memang sukar lah badan kita menghadamkan makanan.
Dengan cara minum InnerShine nie, Ayumi dah tak perlu risau lagi.

Bruce kata, Ayumi tak leh makan jamu2 sangat coz jamu tu panas.
Lagi pun, kalau merancang nak anak, doktor tak berapa galakkan untuk mengambil pengambilan
jamu2 nie.
So, Ayumi amik vitamin & minum InnerShine nie je lar..


RAMADHAN KINI KEMBALI



Ya Allah.... seronoknya bila datang bulan puasa nie.
Time2 nie lah nak wat ibadat & amalan lebih2 cikit. Yelah kita nie manusia kan.
Ada masanya kita selalu lupa dengan yang Maha Esa.
Bulan Ramadhan tahun nie sepatutnya kami berpuasa bertiga.
Ayumi , Bruce & arwah anak kami Siti Aisyah.
Tapi semuanya telah ditakdirkan Allah.
Semoga ada hikmah disebaliknya.

Ayumi mengharapkan Ramadhan ini penuh dengan segala keberkatan
kepada kami suami isteri. Nie dah masuk tahun ke-2 kami puasa bersama.
Alhamdulillah... syukur sangat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami & dimurahkan rezeki lagi.

Kehidupan suami isteri ini, membawa sejuta satu rasa dalam kehidupan Ayumi.
Apabila kita sebagai seorang perempuan telah berkahwin, maka
segala telah bertukar tangan 100% dari kedua orang tua kita.

Ibubapa sudah tiada lagi kuasa ke atas anak perempuan mereka.
Amatlah berdosa besar sekiranya kita derhaka kepada suami.
Kalau sebelum kahwin, dosa besar apabila derhaka kepada ibubapa.
Tapi selepas kahwin, segala nya ditanggung oleh suami kita.

Insyallah, Daddy..... Ummi akan sedaya upaya menjadi seorang isteri & ibu
yang solehah di sisimu buat selamanya. Amin...
I Love U Daddy & arwah anak kita Siti Aisyah.

Kepada kawan Ayumi semua, tak kiralah yang di FaceBook, Blog & sebagainya,
Ayumi & Bruce ucapakan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan
yang mulia nie. Semoga kita sama2 beroleh Keberkatan dari yang Maha Esa..
Amin


ACTIVITY TESCO ~ 7 AUG 2010




 Nie aktivity Tesco kami pada minggu lepas.
Minggu lepas ada Colouring session & Balloon give away.. huhu..
Bruce ngah sibuk mengepam balon tue.


Nie pulak pensil colour untuk wat colouring session.
Rasa best plak, siap ada yang datang tanya bila nak mula.
Hehe.. ada yang sanggup menunggu & beratur untuk amik bahagian.



Muka Penat Bruce mengepam balon yer.
Tak pe lah DD, nasib baik tak tiup. Kalau tak abis air liur & nafas U. huhu..







Nie lah wajah2 kanak2 yang sedang mewarna & bersama hasil warna mereka.
Macam2 gelagat dorang nie. Seronok Ayumi tengok.


Hehe... Ayumi sempat gak lah bershopping jap kat Tesco untuk beli hadiah
Wedding cousin Ayumi.
Tak tau nak beli apa, main sebat je & terus suwuh org Tesco balutkan.
Bruce kata express nyer beli hadiah.. hahaha..




Monday, August 9, 2010

SHOOTING @ SURIA KLCC



Wah.. Kimmy, tengok aweks Dior ek??
Sebenarnya tujuan kami gi KLCC nie coz Ayumi ada fotoshoot kat Taman KLCC
untuk catalog baju.
Mau taknyer, masa ni hari rabu lepas kot.
Appoiment Ayumi jam 4 ptg.


Sambil2 tu bawa Kimmy jalan2 kat Taman KLCC nie.
Suka sangat dia jalan2 kat situ.
Lagi2 dia bagi burung2 kat situ makan "Pop Corn".



Muka Kimmy ngah masam time nie. Hehehe..
Coz Kimmy sebenarnya baru tidur dalam kereta. Pastu Bruce angkat dia.
Tu yang dia terjaga. Muka tak cukup tidur.
Time kat rumah, Ayumi suwuh tidor, dia gi main bola ngan Daddy dia.
Tapi sekarang nie dah jadi tabiat Kimmy, asal masuk dalam kereta je nak tidur.



Masa nie Bruce & KImmy ngah lepak2 ngan PR Ayumi si Amirul.
Ayumi plak ngah wat fotoshoot ngan fotographer.


Tengoklah Daddy dia sentiasa bz memanjang.
Telefon tak henti2 berdering. Kadang2 sampai Ayumi yang kene jawab
coz Bruce dah tak larat nak jawab.
Tengok tu Kimmy main Kipas Ummy yer?? hehe...





Daddy dia rajin melayan.
Cadang nak bawa Kimmy gi mandi2 kat sana. Tapi cuaca panas plak.
Bruce tak bagi Kimmy mandi.
Apa lagi, tak jadi mandi jom ler kita gi makan.
Ummy pon ngah lapor nie.


Sesampainyer dirumah, lihatlah muka Kimmy yang kelesuan.
Ada hati nak main bola ngan Daddy dia tu. Tapi mata dah kuyu.
Kalau dah start tergaru2 kepala tu, tanda2 mengantuklah tu.
Ayumi pun terus letak dia atas katil & pasang air cord.
Tepuk2 dia, tak lama Kimmy terus tidur.
Ngantuk sangat lah tue.













MY TOUCH ~ HAIZA WEDDING



Agak bz yang melampau2 Ayumi minggu lepas. Sampai nak tengok blog pon tak sempat.
FB pon leh layan pakai h/p je.
Minggu lepas Ayumi sibuk ngan tolong Bruce wat promotion untuk 
"Pameran Automobil 2010" kat Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Lepas tu pulak, Ayumi sibuk dengan majlis Perkahwinan Cousin Ayumi
Kat Taman Dato' Harun nie.
Kat Atas tu gambar cousin Ayumi si Haiza sebelum Ayumi makeupkan dia.


Majlis yang dibuat secara sederhana saja. Maklumlah mak ayah dah tak de.
Mengharapkan kakak, abang & sedara mara lah untuk sama2 wat majlis nie.
So far, Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar,
Sepanjang sesi perkahwinan Haiza, Ayumi yang makeupkan.






Baju putih nie sewaktu Majlis Malam Berinai Haiza.
So serba putih lagi pengantin kita nie.
Pasangan yang sepadan BOB & HAIZA.


Hehehe.. Interprem plak mak andam nie.
Nie ngah tunggu pengantin nak gi basuh muka. Coz sesi makeup akan bermula.
Bersanding pas zohor so Ayumi start makeup kul 11.00pagi.
Awal cikit makeup takdelah rush sangat kan.


Bergitu tekun yer mak andam kita nie..wakaka..
Nie Ayumi ngah wat hidung jadi mancung & terpacak yer.



Ini lah hasilnya.... Sentuhan dari Ayumi..
Cantik tak???
Untuk Persandingan, Haiza memilih tema warna hitam.
Cantik sangat baju tu kan.



Nie plak Ayumi ngah siapkan pari2 pengantin.
Macam nak jd Snow White pon ada budak nie.huhu..
Kalau nak tau, nie anak buah Ayumi.
So, dia panggil Ayumi Auntie Long.. Dah tua Ayumi yer....



Pengantin lelaki orang sebelah kampung je.
Kat area Taman Medan.
Senang sikit dokat je nak sampai.
Ayumi jugak merangkap mak andam "cum" pengapit.
Banyak kerja nie..
Majlis selesai lebih kurang kul 4.00petang.
Ayumi doakan semoga Bob & Haiza berbahagia sehingga akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru.