Sunday, October 31, 2010

KEK COKLAT KAYANGAN ~ EDISI BUATAN SENDIRI


Hari tu Ayumi ada wat Kek Coklat Kayangan.
Hehehe... kek coklat nie Ayumi wat sendiri tau. Bruce tolong Ayumi gaul adunan.
Maklumlah tekak nie sekarang kalau leh nak makan kek coklat je hari2.
Sekurang2nya nak makan kek coklat sepotong. So, sekarang nie peti ais Ayumi
akan sentiasa ada kek coklat.



Masa nie ngah bakar kek tu.
Kene letak dalam dua bekas coz nak wat double kek ada coklat
cair & kacang di tengah2 kek.



 Setelah siap, lapisan pertama kek kene letak coklat cair & kacang/badam.
Maaf gambar tak berapa clear coz guna camera handphone.



Wakaka... agak comot yer cara menyapu coklat...
Baru belajar kan, next time Ayumi kasi perkemaskan lagi..
Setelah siap , Ayumi masukkan dalam peti ais.
Makan time kek sejuk lagi Layan !!


AUTO SHOW @ KBS


Agak terlambat sikit Ayumi nak post kan Autoshow kat 
anjuran Kemeterian Belia & Sukan kat Putrajaya.
Jom kawan2 tengok kereta2 yang telah diubah suai..
  
Kemungkinan besar, Bulan May 2011 akan ada Autoshow besar2an tau.
Tempatnya di Putrajaya tapi kawasan belum di kompom kan..
So, tunggu Ayumi akan update status k.

















Autoshow kali nie malam. So, kalau malam memang cantik kereta yang banyak letak
lampu2. Kereta yang masuk pon kebanyakkannya dari group2 masing2.
Antaranya Club VIC , Antera & lain2 lagi
Malam tu memang sangat menyeronokkan selain dapat berkenalan dengan kawan2 baru.








Saturday, October 23, 2010

DONNUT BIG OREN AYUMI....



Selalunya asik beli je donut. Sekarang nie Ayumi wat sendiri tau.
Jangan tak percaya plak.
Rasa2 leh bukak kedai tak??? wakakaka..


Donut nie Ayumi wat sempana wat makan petang di hari minggu.
Saja je wat lebih2 coz nak bagi jiran tetangga sowang sikit & bawa kat sekolah.
Masa nie dunot telah siap digoreng..


Akhirnya.... Donut Coklat Rice dah siap..
Berselera tak kawan2.. Senang je nie.... Belum cuba belum tau..

Thursday, October 14, 2010

IKLAN DONNAT BIG APPLE ??


Tekak nie terasa nak makan je.
Pantang dah sekarang nie kalau tengok iklan makan. Rasa macam teramatlah teruja.
Kalau boleh lepas tengok je ,cepat2 nak pegi beli.
Bruce plak memang rajin melayan Ayumi.
Alhamdulillah dapat suami yang memahami. Bukan apa ragam wanita nie
kadang2 kita sendiri pun xtau, nape kita bersikap macam budak2 kekadang.



Sedap tak Donat nie.. Semua nak coklat je.
Yum..yum..... Terasa terliur semasa postkan gambar nie..wkaka..
Daddy, kalau Daddy baca entry nie .. Jangan lupa beli tau donut nie..
Sekarang nie, Bruce dah makin sibuk ngan Project Printing dia.
So, Ayumi sekarang banyak menghabiskan masa kat sekolah & dapur di rumah.

Sekarang nie, semenjak dua menjak... Bruce nak makan kat umah.
Hari2 dia akan kata " Daddy balik makan tengahari".
So, sebelum gi sekolah, Ayumi akan masak menu yang dia nak.
Menu tu, malam sebelum esoknya dia akan bagitau Ayumi.
So, pagi2 je Ayumi dah start lah prepare untuk dia.

Bruce kata Ayumi dah pandai masak macam2 sekarang. Kalau dulu baru kawen,
memanglah apa pun tak tahu.
Sekarang nie macam2 menu Ayumi akan masak setiap hari.
Contohnya;  Masak Kurma, Sambal Merah, Gulai Lemak, Kari, Masak Kicap,
Masak Toucu & macam2 lah. Selain tu, Ayumi sekarang suka buat kek, muffin,
biskut & apa2 je yang Ayumi rasa sedap nak makan, Ayumi akan buat.

Penangan air tangan isteri memang menakjubkan..
Hehehe... apa lagi, kawan2 yang belum kawen, cepat2 lah kawen.



Wednesday, October 6, 2010

5 OCTOBER ~ MY BESDAY




Sedar tak sedar kini Ayumi dah 24tahun. Next year, Ayumi dah 25tahun.
Rasa macam sekejap sangat.
Tahun nie Ayumi sambut ulang tahun Besday Ayumi bersama suami saja.
Ingat kan tahun nie dapat sambut Besday ngan anak kami, 
tapi Allah Taala lebih sayangkan dia.
So, kami sambut berdua lagi. Insyallah kami mengharapkan tahun hadapan
dapat kami sambut segala2nya bersama Insan yang kami tunggu2 selama ini.


Sambutan kali nie sederhana saja. Pada mulanya memang terasa sangat2 sedih.
Kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang telah tiada bersama.
Namun Ayumi bersyukur suami amat memahami.
Walaupun begitu, Bruce tetap juga nak celebrate besday Ayumi bersama.


Hati kecik ini terasa sangat tersentuh apabila Bruce kata,
"Insyallah Ummy, berdoa & tawakkal sayang.. Mohonlah doa selalu selepas solat."


Ayumi berdoa kepada Allah, 
"Sempena keberkatan pada Ulang tahun kelahiranku, kau lahirkanlah zuriat kepada kami
ya Allah. Zuriat yang sihat & sempurna, yang lahirnya dari sisiMu. "


" Ku berikan ciuman Ikhlas ku ini kepada mu Wahai Suamiku.
Sesungguhnya akan aku sedaya upaya untuk membahagiakan dirimu,
sehingga akhir hayatku."


Allah tu memang Maha Adil kan.
Setiap manusia diciptakan ada Kelebihan & Kekukarangannya.
Kelebihan & Kekurangan kami melengkapkan antara satu sama lain.
Anugerah Allah yang paling indah.


Sesungguhnya aku bersyukur padamu ya Allah.
Tiada lain kata yang mampu aku ucapkan.
 Ya Allah, semoga di usia aku 24tahun ini, aku akan lebih matang dalam kehidupan ini.
Kau bukakanlah pintu & murahkanlah rezeki kami.
Berkatilah segala rezeki kami supaya mendapat keberkatan Mu dunia akhirat.
Kekalkan kasih sayang, cinta & setia kami di antara satu sama lain,
sehingga akhir hayat kami.
Kau jauhilah kami, dari seksaan api nerakaMu, kau bawalah kami ke jalan2
yang kau redhai serta berikan kami Taufiq & Hidayah untuk kami
lalui kehidupan di atas muka bumi Mu ini ya Allah.

Sesungguhnya kau Maha pengampun,penyayang & Maha berkuasa.
Amin


Khas untuk Suamiku : " Daddy, terima kasih sangat2 kerana mencintai & memberi Ummy sepenuh
kasih sayang. Daddy tak pernah mengeluh walauapa jua rintangan yang datang dalam kehidupan kita.
Sifat itu, kadang kala Ummy terasa mahu mengikutinya, namun Ummy tak sekuat Daddy.
Ummy bersyukur, kerana Allah menganugerahkan Daddy sebagai suami Ummy dan 
juga Siti Aisyah anak perempuan kita.

Daddy ketahuilah bahwa Ummy sangat mencintai Daddy sepenuh hati Ummy.
Ummy akan membuat yang terbaik untuk keluarga kita.
Demi masa depan kita & anak2 kita nanti.
~ Insyallah ~






Saturday, October 2, 2010

KAD RAYA + RAYA vs KERJA


Memang agak terlambat untuk Ayumi ucapkan 
"SELAMAT HARI RAYA"
kepada semua member2 Blog Ayumi.
Kalau kat facebook tu Ayumi selalu guna handphone je.
Tapi kalau kat Blog, agak payah untuk wat pakai h/phone.

Nie lah gambar kad hari raya kami.
Design by Bruce Samuel.
Husband Ayumi yang reka sempana hari raya ari tu.
Simple je. Kalau dulu kene bagi kad raya untuk hantar kat kawan2.
Tapi sekarang, orang banyak pakai sms,mms & yang paling digilai dengan FB.


Mana2 kawan2 Ayumi yang tak sempat Ayumi wish raya,
di sini Ayumi & Bruce nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & BAtin kalau ada salah silap kami pada korang semua.

Open house???
Insyallah, tak berani nak janji bila? Coz Raya tahun nie kami
rasa macam tak beraya pun ada disebabkan time raya kene kerja.
Selepas seminggu beraya baru ada free 2hari, pastu kami sambung kerja lagi.

Kerja sendiri terpaksalah berkorban.
Kalau kerja dengan orang, kompem dapat beraya sakan.
Insyallah, kami mengharapkan sukses selepas nie.
So next year, kalau panjang umur & murah rezeki kami beraya sakan lah.

TENGAH MALAM DI PUTRAJAYA


Malam tue Bruce tak dapat tidur sebab dia kata cuaca panas betul malam tu.
Ayumi plak, pantang baring memang akan hilang lah.
Bruce kata, tak pe lah Ummy tidur dulu. So, Ayumi pun mengambil peluang yang ada
untuk melelapkan mata dulu.

Tetiba, Ayumi tersedar Bruce kejutkan Ayumi bangun dari tidur.
Masa Bruce bangunkan Ayumi, tiba2 terfikir " Dah Pagi ke?Rasanya baru aku tidur. "
Bruce bagitau yang Apis ada call dia nak ajak gi lepak2 kat luar.
Ayumi pun tanya Bruce " Dah pukul bape nie nak kuar? "
Bruce kata dah pukul "12.30 tengah malam ".


Ayumi pun terus bangun & basuh muka.
Kuar dari bilik air Bruce siap dah ambilkan Ayumi baju sejuk & siap nak 
tolong sikatkan rambut Ayumi sekali.
Nie betul2 amik hati nie nak ajak kuar . Hehehe..


Bruce kata nak lepak Putrajaya. Tapi kat sana bukan ada apa pun kalau dah
tengah malam. Bruce kata cuma nak gi jalan2 amik angin je.
Sebelum ke Putrajaya, kami singgah amik Apis & isteri dia Ira kat umah mak Apis.
 Para2 suami semua muka segar bugar. Ayumi dah Ira masing2 mata kuyu semacam je.


Kat Putrajaya kami ronda2 je kat area sana. Jalan memang lengang giler.
Seronok gak gi jalan2 macam tu.
Kami lepak jugak kat jambatan Putrajaya tu. Tapi kat jambatan tu
memang ramai orang lepak coz angin malam dia best giler.
Kalau ada sesapa nak relaxkan kepala, leh ar gi lepak kat jambatan Putrajaya
tu time tengah2 malam.


Agak2 dah bosan lepak, kami pun bergerak cergas balik ke Puchong
untujk gi cari makan plak.
Pagi buta tu kami lepak makan kat restoren yang selalu Ayumi & Bruce lepak
makan iaitu kat Restoren Rejab, Puchong Utama.
Kami pun lepak lah sampai kul 4 pagi.

BRUCE JADI PEMAIN BADMINTON MALAYSIA?


Malam minggu yang membosankan selalunya Bruce akan ajak Ayumi
keluar makan2 kat area KL. Kalau tak pun area rumah kami.
Kadang2 tu bosan jugak, asik makan je.
So, kali nie kami ada aktivity lain iaitu bermain badminton.

Masa nie Bruce main badminton ngan Tancak (member bowling Bruce).
So malam tu Tancak bawa aweks & adik2 dia join main sekali.
Ayumi sememangnya tak boleh wat aktiviti lasak, sebab itu arahan dari doktor.
Jadi Ayumi sebagai penonton merangkap tukang sorak & juga juru gambar.


Tengoklah gaya Bruce bermain. Macam pemain Badminton Malaysia tak??
Dengan kasut merah yang memberikan lagi aura kehebatan Bruce bermain badminton.
Sebelum nie Bruce memang tiap2 malam khamis dia akan bermain badminton
ngan jiran sebelah rumah nie si Andy.

Tapi selalunya dorang main kat Dewan sekolah Cina kat sekolah tempat
isteri Andy mengajar.
Ayumi memang sesangat sokong kalau Bruce nie bersukan macam nie.
Sekurang2nya leh mengeluarkan peluh & boleh kurus.. hehehe..
Ikutkan hati Ayumi nak je join main.


Nie lah Tancak dengan aweks dia.
Sesama sedondon berbaju biru. Ngah hangat bercintakan namanya.


 Nie apa gaya nie Daddy?
Menari zapin ka?? Hehehe... Punyer lah bersemangat bermain badminton.
Tetiba Ayumi tertangkap plak Bruce menari Mak Yong.. wakaka..
Daddy jangan marah ek.

Friday, October 1, 2010

BRUCE BUAT SURPRISE DI SUNWAY HOTEL


Masa nie hari ke2 terakhir puasa. Bruce kata nak gi beli baju raya.
Kami tahun nie beli baju last minit sebab terlalu sibuk.
Ayumi sempat beli baju 2pasang je. Kedua2 baju tema Hitam.
Satu baju kurung beli kat SACC Mall S.Alam & satu lagi baju kurung beli kat
Plaza Alam Sentral S.Alam.

Pas ke Shah Alam cari baju Ayumi, kitaorang terus gerak ke
Sunway Pyramid sebab nak beli baju Bruce pulak.
Bruce selalu shopping baju kat Sunway Piramid.
So, tiap2 kali nak shopping baju dia, kami slu ke sana.


Pusing punyer pusing, Bruce beli 2pasang je t-shirt.
Seluar jean dah beli awal2.Baju melayu tahun nie Bruce tak nak beli.
Coz dia kata membazir je. Baju tahun lepas baru pakai bape kali je.
Bila fikir2 balik betul jugak. Lagi pun tahun nie, raya ke-2 dah start keje.


Memangdangkan jam time tu dah pukul 6.00petang,
Ayumi ajak Bruce gi cari tempat makan untuk berbuka puasa.
Ayumi risau kalau xsempat. Kalau lambat kompem tak dapat tempat duduk.
Bruce kata, banyak lagi tempat makan. Kalau tak sempat,
kita buka air dulu, pastu baru kita cari makan.
Makan dalam kereta pon boleh jugak.

Ayumi pon mengiakan je. Setakat buka puasa, mana2 pon boleh kan.
Drive Thru pun ok gak.
Bruce terus ajak Ayumi ke tempat game.
Dia kata dah lama xmain game tembak2. So, kami pun gi sana & main game.


Jam dah menunjukkan pukul 7.00ptg.
Air minuman pon xbeli lagi. Jap gi nak berbuka.
Tapi Bruce wat tak endah kan je apa AYumi cakap.
Dia asik kata " Kejap lagi kita beli"..


Peliknya sesedang Ayumi mengambil gambar orang main ice skating,
tetiba dia kata, " Ummy, kita makan kat Sunway Hotel nak??"
Ayumi pon terus cakap nak je. Tapi time tu Ayumi tahu Bruce saja nak bergurau.
Bruce pon wat alar2 konon nak masuk dalam Sunway Hotel tue.
Ayumi siap amik gambar dia jalan masuk lagi.
Sebab Ayumi tahu Bruce memang suka bergurau.

Ayumi pon apa lagi, saja follow Bruce dari belakang sambil tersenyum
tanda dah tahu Bruce saja nak bergurau.
Perjalanan Bruce makin ke dalam Hotel.
Tetiba Ayumi rasa pelik sekejap. Ayumi pun terus panggil Bruce.
" Daddy, cepat ar... jangan main2.. Dah nak waktu berbuka dah"

Bruce terus tarik tangan Ayumi. Dan dia kata " Nak berbuka lah nie. Ari nie kita
Berbuka kat sini."..
Tercengang Ayumi dibuatnya. Masih memikirkan Bruce sedang bergurau senda ngan Ayumi.
Sesampai di kaunter, Bruce terus tanya budak perempuan tu,
" Nama saya Bruce. Meja no. bape ek kami?"

Perempuan tu check kat dalam kertas dia & terus cakap,
" Mari saja tunjukkan meja cik berdua"
Bruce hanya tersenyum je tanpa cakap apa2 kat Ayumi.


Rupa2nya dia booking dari semalam nya lagi.
Saja nak buat surprise kat Ayumi.
Bruce kata, dia dah niat dari awal puasa nak bawa Ayumi kat sini.


Wah... teruja & terharu plak Bruce wat suprise macam nie.
Thank you Daddy... Love u so much.
Punyer dah diet sepanjang puasa, tetiba last puasa tambah balik berat badan.

Menu makan 1st Ayumi memang kene nasi. Tak tahulah
kenapa Ayumi tak leh lekang nasi. Sekurang2nya dapat makan sikit.
Bruce ari tu tak makan nasi. Dia cuma makan lauk2 je & makanan lain.




Tinggal lagi beberapa minit nak berbuka.
So, nie muka2 ngah menunggu waktu azan. Masing2 dah tak sabar nak makan.
Terutamanya orang yang pakai naju hijau tue.. hehe









Lepas satu, satu lagi makanan di ambil & di makan.
Rasa macam nak buka je butang suar jean nie. hehe
bukan apa dah sendat,perut penuh ngan makanan + ngan air lagi.





Blasah Ayumi makan semua yang ada.
Balik kang jangan nak menjerit bila timbang berat badan.



Kami habis makan lebih kurang kul 8.15malam.
Dah kekenyangan so bergerak balik ke rumah dengan berjalan perut masing2 ke hadapan.



Otw keluar parking kereta, sempat gak Ayumi amik gambar lampu2 sekitar
Sunway Pyramid nie.