Friday, October 19, 2012

Thursday, March 29, 2012

Makan Malam @ Chilis, Subang


Sebenarnya malam tu tak tahu nak makan apa.
Ayumi & husband sampai pening hari2 dok pikir nak makan apa & kat mana.
Semenjak Damien ngah lasak nie, payah Ayumi nak berasapkan dapur.
Kene plak Damien sekarang pantang letak. Kalau tak nampak muka Ayumi mesti dia nangis punyer.

Daddy dia sah2 sibuknya dengan meting sana sini.
Kalau time husband free , dapatlah Ayumi merelax's kan badan sekejap.
Sebab masa tu Damien akan bermain ngan daddy dia.
Damien plak sejak dah masuk 5 bulan lebih nie, macam2 ragam & peragai dia.
So, kami kene lah melayan apa jer kehendaknya.
Sekarang nie dia suka main lompat2.
Adoooiiyai....... Lenguh tangan dibuatnya. Kadang2 krem tangan nie.


Jaga anak lelaki nie memang mencabar lah cikit.
Lasaknya tu memang berlebih2an.
So, mana yang ada anak lelaki , dah tentu2 tau macam mana kerenah mereka.
Damien nie suka tahan mata bila mengantuk.
Asyik nak main jer. Sedangkan mata tu dah merah & kuyu jer nak tidor.


Berbalik citer pasal gambar nie,
teringat masa mengandungkan arwah anak yang pertama iaitu kakak kepada Damien nie.
Ayumi kerap asyik mengidam makan kat Chilis nie.
Dalam sebulan kadang2 dua tiga kali gi makan kat cini.
Masa mengandungkan arwah kakak Damien nie,
Ayumi memang tak makan nasi. Alergi giler ngan nasi. Bau nasi pun tak bleh.


Tapi masa mengandungkan Damien nie,
Alhamdulillah tak de alahan pun. Pantang ada iklan kat tv @ orang ckp2 terus terliur.
Husband lak excited melayan Ayumi makan.
Sampai berat badan naik 4kg sebulan.
Apa lagi, kene minum air gula aar bila gi check doktor.
Minum air gula sampai 3 kali, tapi alhamdulillah tak de plak kene kencing manis.
 

Doktor kata risau kalau berat Ayumi berlebihan akan membuatkan baby dalam kandungan
akan membesar.
Alhamdulillah, walaupun berat Ayumi masa pregnant naik sampai 88.5kg dari berat asal hanya 63kg.
Tapi Ayumi lahirkan Damien tak lah besar sangat.
Damien lahir 2.89kg jer masa tu. Tak sampai 3kg pun.
Tu menandakan bukan baby yang besor yer, tapi mak dia yang membesorrr!! hahahaha,,....


Masa makan nie, Ayumi bawa Efi sekali (adik bongsu Ayumi).
Dia suka bila Ayumi ajak dia makan kat sini.
Apa yang dia suka sangat pun tak tahulah.


So, bila ada anak nie makan pun kene bergilir2 ngan husband.
Sorang makan, sorang lagi jaga anak.
Kalu dulu makan sama2. Sanggup tunggu nak makan sama2.
Tapi sekarang kene berkorbanlah cikit.
Boleh jer makan sama kadang2, tunggu Damien tidor dulu. 
Atau pun salah seorang tolong suapkan... Betul x?