Friday, June 5, 2009

BERCUTI KE KELANTAN


Ia merupakan kali pertama Ayumi menjejakkan kaki di Negeri Kelantan.
Agak memabukkan perjalanan ke Kelantan ini.
Terutamanya di Jalan Gua Musang.
 Sebenarnyer, Ayumi & Sal ada kerja di Kelantan.
Sebab kami kene follow lori penghantaran Kertas PTK.
Iaitu kertas peperiksaan untuk guru2 satu Malaysia.

Kebetulan Ayumi & Sal dapat Negeri Kelantan plak tahun nie.
Ingatkan kami dapat jaga local je. Rupanyer kene outstation plak.
Takpe2... yang penting Elaun banyak sikit.

Hahaha.. jangan terkejut. Si kesayangan Ayumi pun ikut juga.
Ayumi bawa die jadi Bodyguard. =)
Kami ke Kelantan seramai 4 orang.
Seorang lagi driver lori company Ayumi namanyer Abey.
Dia memang orang Kelantan, so takdelah kitaorang sesat.


Setelah selesai melakukan kerja2 yang wajib, kami berempat pun
tidak ketinggalan untuk berjalan2 disekitar Kelantan ni.
Haiya... banyak tempat2 menarik.
Tapi memandangkan kami tak cukup masa coz kene balik Puchong
keesokkan harinya, jadi kami berjalan2 ditempat2 yang dekat2 dengan
hotel yang kami duduk.


Hotel yang kami duduk tu berdekatan dengan
Pasar Wan Siti Khadijah.
Kat situ banyak orang jual2 barang seperti kain2 baju, kasut,
makanan, sayur & macam2 lah.
Termasuklah tempat makan yang kitaorang makan.

Selain tu, ada juga tempat2 lain iaitu
Pantai Cahaya Bulan & macam2 lah (tak ingat nama tempat tu).
Wah... macam barang murah2 boleh kita dapat.
Ayumi sempat lah beli2 barang sikit.
Kalau nak tahu, tilam Toto @ lemet tu kat sana murah giler.
Kalau kat KL Ayumi tengok dalam RM70.
Tapi kat sana cuma RM35 je..
Murah tak??


Ha... ni lah suasana Pasar Wan Siti Khadijah.
Kat dalam bangunan ni memang orang jual barang basah.
Tapi kat luar macam2 ada.
Kat dalam Pasar ni, ada tempat makan menarik kat atas bangunan ni.
Mak aai... kedai makan yang jual makanan
Udang & Ketam besar2 Giler !!!!

Kitaorang berempat makan sampai tak ingat.
Sekali bayar makan untuk 4orang RM143.20.
Apa pun berbaloi2 makan kat situ. Tak ingat pulak makan sampai
tak ingat orang kanan kiri.

Apa pun separuh bil Ayumi claim company.
Wakaka.. (Jahatnyer aku!!)


Ini lah wajah member office Ayumi.
Salbiah Rashid namanyer.
Nampak je lembut orangnyer, tapi agak ganas juga. =)
Kat office pun, kitaorang dua je perempuan.
Yang lagi 15orang pekerja lain adalah Lelaki.

Mau tak kene ganas2 kitaorang kalau kerja.
Kalau buat lembut2, pijak kepala plak dorang.
So, cakap pun dah tak de sopan2.

Kat Office tu, Ayumi yang jaga Account.
Salbiah pula bahagian Admin & Abg din bahagian Transport Planner.
Tambah bos yang tak macam bos, tambah ngan budak2 driver & kalendan.
Semuanyer ada 17orang staff.
Jom tengok Video nie..

0 comments:

Post a Comment