Monday, May 10, 2010

EP : 5 JONKER STREET

MELAKA


Time ni lebih kurang pukul 8.00 malam.
Kami berempat berada di hadapan Jonker Street untuk gi membeli belah.
Ramai giler orang kat sini, nak cari parking pun susah.
Siap banyak kereta yang kene saman lah.
Ish2..ish... tapi kereta Ayumi xkene saman pun.
Coz ada strategi baik punyer...!!


Sebelum ke Jonker Street tu, kami sempatlah bergambar disekitar depan
Church lama kat Melaka tue.
Alang2 sampai kan... biar semua tempat menjadi kenangan.


Cantik giler pemandangan Melaka pada waktu malam nie.
Penuh dengan lampu2 warna warni lagi.
Bukan setakat bangunan & jalan2 je penuh ngan lampu
tapi beca pun ada lampu..


Tengok tue, pelbagai jenis kretiviti beca yang ada.
Sapa beca paling cantik, banyaklah orang nak naik beca dia.
Siap ada bunga2 & radio lagi.
Giler gempak syeh..


Dihadapan pintu masuk Jonker Street nie,
ada satu sungai yang dikelilingi ngan lampu2.
Kat sungai nie ada bot2 yang boleh kita naiki untuk melihat keindahan
di waktu malam.
Bayaran dia Ayumi tak tahu lah plak,
coz xsempat nak gi naik.


Diteruskan dengan aktiviti memborong sakan di Jonker Street.
Jongker Street ni seakan2 Petaling Street je.
Tapi kelainannyer dia ada banyak jual barangan kraf2 & antik2.
Ayumi sempat membeli baju T-Shirt yang comel2 kat Jonker Galleri nie.


Satu lagi keunikkan kat sini ialah banyak barang2 yang dijual
diperbuat dengan manik2.
Contoh baju2 ngan manik, wallet, beg, & lain2 termasuklah kasut yang bermanik.
Harga kasut kat atas tu ialah RM55 ringgit je.
Tapi Ayumi tak beli coz patern dia macam mak orang..
Wakaka..kaka..

Ayumi sempat shopping barang2 kraf seperti yang diperbuat dari kayu2.
Barang2 lain kita leh dapat kat Petaling Street je.


Selepas penat bershopping, kami pun berjalan2 disekitar Melaka.
Nie gambar kapal apa ek??
Macam2 jenis kapal ada kat Melaka nie.


Selepas tu kami pun menyinggah di Dataran Pahlawan.
Dataran Pahlawan nie lebih banyak tempat untuk kita cari makan je la.
Yang bestnyer Asam Pedas Melaka.


Apa pun percutian kami diteruskan keesokkan paginya.
Erm.. dah penat berjalan kami pun membuat keputusan untuk balik
ke Homestay dan berehat.



                                                 *****bersambung..........


0 comments:

Post a Comment