Saturday, June 12, 2010

NAK HIDUP, WAJIB KERJA



Erm... pagi2 lagi kami berdua dah terpacak kat Tesco nie.
Mau tak nyer, nak kene tengok company baru masuk untuk setup
barang2 dia kat sini.

Kali nie yang masuk plak adalah company "Skin Care".
So, kene lah tengok2 masa dorang setup booth nie & Bruce
berikan sedikit keterangan.


Sebenarnya, pagi ni banyak giler kerja yang nak dibuat.
Kami sempat menjengah dorang setup sekejap,
pastu kami terus bergerak pantas ke bank pulak.

Selepas ke bank, kami terus ke Sunway utuk collect cheque.
Terasa sangat kepenatannya pada hari nie.


Dalam perjalanan ke Sunway, tiba2 ada sebuah kereta kancil putih
nie main "Cocok" plak dari belakang kereta kami.
Bruce plak cepat je nak melatah.

Ayumi selalu bagitau kat Bruce, kalau ada orang macam tu biar je.
Bagi je dia jalan, tak susah pun kan.
Bila Bruce bagi kereta kancil putih yang agak "Lowed" nie jalan,
tetiba kami berdua tergelak sama.

Mana taknyer, ingatkan pemandu kereta ni budak2 remaja.
Rupa2nya, ada 3 orang bakal2 "Imam Tua" daaa..
Siap berjubah & bersongkok serban sekali.

Wah....! boleh tahan pak aji nie???
Bawak kereta main cocok2 bontot kereta orang.
Siap plak tu yang sorang lagi terbaring kat belakang sambil kaki naik
kat cermin tingkap.
Haish... macam2 lah dunia sekarang nie.


Pakcik2 sekalian, bawaklah kereta dengan berkhemah yer.
Semua orang pun nak cepat, tp bawak lah sabor2.
Sabar tue kan separuh dari IMAN.


Aiks.. Apasal plak muka Ayumi nie??
Hahaha... Bukan apa, sebenarnya ngah Geram sangat dengan sorang akak
kat kedai makan tadi.
Kedai makan tu kat area Sunway.
Berdepan ngan Sunway Piramid.

Mana tak hangin, tau lah kedai tu ramai,
then, kami pun tunggu lah meja kosong coz lapar sangat time tu.
Ada satu meja ni orang baru kuar.
So, Bruce panggil lah akak tue tolong kemaskan meja.
Siap boleh dia cakap, gi makan kat tingkat atas lar.

Mangkok Tingkat tul lah akak tue.
Sepatutnya, angkatlah pinggan2 atas meja tu.
Ramai giler nak makan tak de meja.
Siap leh suruh2 kita makan kat atas plak.

Ayumi dah nak ajak Bruce kuar je dari kedai tue.
Bruce plak biasalah, hangin dia sudai mai...
Dia panggil gak akak tue kuat2 suwuh kemas meja.
Erm... bila orang dah pandang Bruce tinggi suara,
barulah terhegeh2 akak tue nak amik kain & angkat pinggan.

Bukan nak malukan dia, tapi tanggungjawab lah cikit.
Ada ramai lagi orang yang menunggu nak makan.
Janganlah wat macam tue.
Dah lah awak tue meniaga. Kalau orang tak nak datang kedai
awak baru tau.



0 comments:

Post a Comment