Sunday, July 18, 2010

VIDEO SCAN ARWAH ANAKKU




Hari nie Ayumi banyak menghabiskan masa dengan membelek2 komputer.
Dengan tak sengaja, tiba2 Ayumi terjumpa video scan arwah anak Ayumi
semasa usianya 5 bulan lebih di dalam kandungan.
Ketika nie, Allah saja yang tahu perasaan kami suami isteri.
Terasa gembira yang amat sangat & tak sabar2 ingin menunggu kelahirannya.

Semenjak dua menjak nie, Ayumi terlalu agak sensitif bila ada perkara
yang berkaitan ngan baby.
Mungkin Ayumi terasa rindu sangat kot dengan arwah Aisyah.
Sehingga dulu Ayumi mengalami Truma yang teruk.
Alhamdulillah, sekarang Ayumi redha dengan segala ketentuan Illahi.
Cuma kadang kala, diri ini merasa cemburu & iri hati kepada ibu2 yang ada
baby kecil. Ada masanya, Ayumi boleh menangis teresak2,
cuma dengan melihat baby itu tersenyum @ bermain.

Bila ada kes2 pembuangan bayi je, Ayumi menjadi terlalu marah sangat.
Rasa macam orang tue dah lama sangat Ayumi benci dia.
Perkara yang paling Ayumi benci sekali sekarang nie,
tengok kotak rokok yang ada gambar baby tu. Ayumi tak suka tengok.

Harap2 suatu hari nanti, semua nie akan berakhir.
Hanya pada mu Ya Allah ku panjatkat segala doa. Agar kau tunjukkan
aku jalan yang benar.. Amin

0 comments:

Post a Comment