Wednesday, February 2, 2011

SEORANG "SIBUK" , SEORANG LAGI "PENYEBUK"


Happy CNY to all my chinese Frends.. !!
Jiran sebelah menyebelah Ayumi pun dah balik kampung masing2. Sunyi giler seyhh dibuatnyer.
Majoriti jiran " escalator " Ayumi nie semuanyer chinese. So, bila dorang semua tak dor kat umah,
memang terasa sangatlah tinggal kat hutan belantara.

Tapi yang bestnyer bila berjiran ngan cina nie, banyak dapat limau wooo !!
Cuma angpau saja taalak dapat oooo... Huhuhu..  :p
Tapi bila time Hari Raya Aidilfitri, pergh .. jenuh giler Ayumi & Bruce nak masak,
sebab kompem mereka semua datang menyerang umah kami tanpa segan & silunyer.. Uwaa.. Hehehe..

 Bosan2 dirumah, kami pun meronggeng lah ke IOI Mall Puchong.
Erm.. macam tak de tempat lain ek. Dah ini je paling dekat ngan umah. Pastu kat sini semuanyer ada.
Tak payah membazir waktu, duit & minyak nak gi jauh2.
Lagi pun harga minyak dah makin naik. Subsidi pun kat minyak '97 je. Nyampah tau !!


Kami kalau gi IOI nie bukan nyer jalan2 pon. Habis2 pun kami gi makan, tengok wayang,
bowling @ pun beli barang2 rumah.
Kalau nak shopping yang lain, kami selalu je tunggu SALE !!
Hahahaha... Bagus tak idea tue. Giler tipu Untie yang menulis blog nie !! Wakakaka.. :p
Pantang nampak cantik barang2 kat mall tu, bukan main ... SEBAT je ke? ..
Owh No.... Bukan Ayumi ek, tapi Bruce. Hehehehe..


Nie yang Ayumi geram nie kat anak & bapak nyer.
Seorang "SIBUK", & sorang lagi "PENYEBUK".. Daddy dia sibuk je memanjang.
Anaknyer plak asyik menjadi "Penyebuk Antarabangsa".
Si Kimmy nie memang pantang Daddy dia bukak laptop nak wat kerja je, kompem dia
datang menyelah nak tengok juga apa yang daddy dia buat.

Yang paling tak tahan tu bila tangan dia pun sibuk jugak nak menekan keyboard laptop tue.
Apa lah lagi, WAJIB akan kedengaran suara daddy dia menjerit ......
" Kimmy..... jangan usik. Daddy nak wat kerja nie. Ummy tengok Kimmy nie, dia kacau daddy"
Erm... Ummy dia jugak yang kene settle kan masalah mereka berdua.


Tengok aar tu si Kimmy.
Mula2 tengok dari jauh je. Lama2 sampai lubang hidung tue melekat kat screen laptop daddy dia.
Mau tak hangin daddy dia nak wat kerja. Hehehe.. Eloklah tu, anak beranak perangai lebih kurang je.


Senyuman "SEPARUH IKHLAS & BANGGA".
Selepas kene marah dengan daddy dia akibat telah melekatkan 
mata & lubang hidungnya ke screen laptop daddy. Sungguh NAKAL ini budak !!


Setelah selesai makan Nasi Ayam kegemaran Ummy & Kimmy, kami pun bergerak menuju
ke tempat parking kereta. Bruce cuma makan bubur nasi je.
Tapi nie nak bagi tau, bubur nasi kat food court Jusco,IOI Mall nie memang sodap aar.
Yang mana belum cuba, silalah Mencuba. Pasti Enak dong !


Inilah dia "Raja Escalator".
Huishh.. Pantang nampak escalator, wajib si kecik nie akan rasa TERUJA semacam je.
Ketika itu pastikan dia dikawal dengan rapi selama 24 jam.
Kalau tak dia akan menaiki escalator dengan sendirinya & berasa sangat berMegah2..


Dah sampai di tempat parking, baru sibuk nak mencari Ummy dia yang jauh tertinggal dibelakang.
Ini kerana gara2 mata Ummy dia sibuk berlegar2 melihat barang2 yang ada SALE gitu.
Sampai tak sedar Ayumi sudah jauh ketinggalan. Hahahaha..



Setelah berada di dalam kereta dengan darjah celcius seperti dikutub ais,
maka  mata Kimmy telah pun menjadi mata "steam"boat akibat mengantuk sudah tiba.
Bila di ajak menyanyi, mood dia sudah hilang entah ke mana.
Tau2 je, Kimmy sudah melelapkan matanya. Maka. Episod Sibuk Penyebuk telah pun TAMAT !

0 comments:

Post a Comment