Friday, December 17, 2010

AYAH MERTUA @ HOSPITAL SG. BULOH


Petang tadi Ayumi gi minum petang ngan family Ayumi kat kedai belakang rumah.
Bruce masa tu gi jumpa kawan jap kat Bandar Puteri.
Masa sampai je Ayumi kat depan pagar rumah, Bruce pun sampai jugak.
Tapi time tu Ayumi tengok Bruce bawa motor laju semacam je..
Sampai je di depan Ayumi, Bruce terus tanya.... " Mak I ada call u tak sayang? "
Ayumi pun terus capai handphone dalam poket seluar & tengok kot2 ada misscall.
Tapi tak de pulak mak mertua Ayumi call.

Bruce kata tadi ayah call tapi tak sempat nak angkat.
So, bila Bruce telepon balik, mak mertua Ayumi kata ayah sakit.
Dia minta kami balik segera untuk bawa ayah ke hospital.
Ayah kata dia sakit pedih ulu hati & sakit dada serta pinggang dia.
Kebetulan plak, Aus (adik bongsu Bruce) tidur kat umah kami malam semalam.
So, kami terus bergegas balik ke Kundang.
Dalam perjalanan yang hujan & jalan sesak, kami sampai lebih kurang pukul 8.05malam.

Sampai je kami terus solat maghrib & bersiap2 bawa ayah ke hospital Sg. Buloh.
Sampai je sana, kami terus ke Bahagian Kecemasan.





Bila diperiksa oleh doktor, doktor kata ayah kene gastrik.
Tu sebab perut ayah pedih2. Sakit dada tu sebab angin dalam badan.Yang sakit kat pinggang tu,
coz kat buah pinggang ayah ada kuman.







Selepas pemeriksaan pertama, ayah diarahkan berjumpa dengan doktor pakar pulak.
So, kami semua menunggu giliran ayah masuk untuk wat pemeriksaan.
Makin malam, makin ramai yang datang hospital.
Tertamanya baby2... Kebanyakkannya demam panas.



Selepas jumpa doktor pakar, doktor kata ayah boleh balik.
Coz sakit ayah tak berapa kuat sangat. Doktor sarankan ayah makan ubat mengikut masa.
Bruce pun pergi ke Farmasi kecemasan untuk mengambil ubat2 ayah.

0 comments:

Post a Comment