Thursday, December 23, 2010

RUMAH KAMI ..... SYURGA KAMI

Tajuk Ayumi kali nie macam slogan plak.
Bulan April 2011 nie, Ayumi & Bruce genaplah 2 tahun kami berkahwin.
Pelbagai suka duka kami lalui.
Alhamdulillah.... semuanya dapat jua kami harungi bersama.

Hehehe.. cerita kali nie Ayumi sebenarnya nak cerita yang Ayumi ari nie penat mengemas umah.
Tapi leh teringat plak dah nak masuk 2 tahun kami kawen.
Nie semua gara2 bukak kalender 2011 masa mengemas tadi.

Pasangan yang baru 2 tahun kawen, memanglah orang kata barang umah tue 
banyak tak lengkapnya. Maklumlah baru nak hidup lah katakan.
Alhamdulillah, walaupun kehidupan ini sederhana saja tak seperti orang lain yang serba mewah,
namun kami berdua bangga & berpuas hati sebab semuanya hasil dari titik peluh
kami sebelum & selepas berkahwin.

Nie lah gambar rumah kami. Simple sangat2..
Yang penting kemas sudah & tak serabut.





 
Hiasan Ruang Tamu , Ayumi lebih kepada tema warna Gold & Brown.
Warna nie, Bruce memang sangat suka. Sampai hantaran Bruce bagi kat Ayumi
masa bertunang dulu pon warna Gold & Brown.



Hiasan Ruang Makan plak, Ayumi suka simple je.
Kerusi makan pun yang untuk 4 orang je. Nak beli besar2, kami cuma tinggal berdua je.
Kalau ada anak2 sok, baru kami tukar meja makan kami yang comel nie.





Dapur memang teramatlah sempoooi..
Maklumlah, Ayumi bab dapur very the sensitif yer.. Dapur ke lengkap dengan
barang2 untuk memasak. Kalau tak, kompem tak de mood nak masak..wakaka..





Tangga kat umah Ayumi nie dah macam ular kene palu.. (** Mama Ayumi kata).
Tangga yang berpusing2... Naik pening dibuatnya. Hehehe.





Untuk bilik tidur.. Ayumi campurkan warna Brown dengan Purple.
So tak lah asik nak brown je kan.
Janji leh tidur dengan nyenyak sudah lah.


Nie plak bilik tamu kami. Bilik nie khas untuk famili yang datang ke rumah kami.
Jangan sampai tidur atas tikar sudah lah.
Kami mampu sediakan yang nie je wat masa nie.
Bilik satu lagi... kami wat tempat letak baju2 yang telalu banyak.
Sekurang2nya, jadi almari no. 2.hehehe..

Harap2 gambar nie leh jadi kenangan kami sok bila dah tua.
Imbas kembali zaman2 kami baru mula nak wat kehidupan baru.
Anak2 kami pon sok leh tengok, kehidupan Daddy & Ummy dia sebelum dapat dorang.
Biar bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian..Insyallah.
Harap jugak sok anak2 dapat berdikari sendiri. Jangan terlampau bergantung
dan juga mengharapkan orang lain.
Usaha sendiri supaya mereka menghargai setiap apa yang diusahakan.



0 comments:

Post a Comment