Thursday, January 27, 2011

BETUL KE CARA AKU MENDIDIK ANAK NIE?


Demi agar anak tidak melakukan aktiviti2 memunggah barang2 yang lain,
maka disarankan kepada ibunya untuk melayan anak bermain dengan cara yang betul.
Jangan mengajar anak bermain permainan yang bukan2.
(Saranan Kerajaan Al-Berbiri..) Huhuhu...

Yow... Kimmy main daun trup !! OMG..
Jangan gatai2 nak tuduh Ayumi ajar anak yang bukan2 ek.
Nie adalah "FITNAH" semata-mata. Jangan tiru aksi ini..

Sebenarnya Ayumi ngah kepenatan , so terasa badan ini ingin rebah wat
seketika di atas katil yang sentiasa sejuk & empok nie.
Untuk mengelakkan anak berkeliaran bermain turun naik tangga, jadi Ayumi
mengadakan sesi "Mari Belajar Mengira" menggunakan daun trup Bruce.


Kimmy nie walau pun baru berusia 2 tahun, tapi dia dah pandai mengira sampai 10
dalam Versi Bahasa Melayu & english yer. Hebat tak ?
Dulu Ummy dia agak lembab sikit. Umur 4 tahun pon lum pandai mengira lagi.
Banyak makan semut kot. Anda jangan senyum !! :p


Teknik2 berkesan untuk bagi anak2 kita nie senang @ cepat tangkap dengan
cara kita mengajar sambil bermain dan menyanyi.
Budak2kan suka cara2 camnie.

So, daun trup tu kita kira satu per satu.Biar anak2 yang cuba mengiranya.
Kita support cakap bersama2.
Lagi satu , kalau dia dah dapat tangkap, cuba kenalkan plak
nombor2 tu pada dia. Dapat sehari 1 @ 2 nombor yang dia ingat jadilah.
Budak2 mana leh nak blajar skali gus. Ingat otak dorang cam otak orang dewasa ke?
Kadang2 otak orang dewasa serius lagi lembab & tepu dari budak2.


Bila dia dah rasa agak bosan, berhentikan sesi pembelajaran tu.
Sebab kalau dipaksa pon tak kan menjadi punyer.
Sebab dalam otak dorang dah memikir benda lain. Fokus mereka sudah terbang ke Uganda !!
Selamat Mencuba ek.. Ayumi pun belajar dari buku jugak..hehehe..

0 comments:

Post a Comment