Saturday, January 22, 2011

LENCANA SEKOLAH YANG PERNAH BERTAHTA DIBAJU KU










Teringat zaman sekolah2 dulu, wat kan Ayumi teringat Lencana Sekolah2 Ayumi.
Nasib baiklah tadika punyer lencana Ayumi tak dapat cari.
Kalau tak leh post kat blog nie. Tapi camner nak cari lencana sekolah tadika.
Sedangkan nama sekolah tadika Ayumi pon dah lupa. Punyer lah berkurun dah tinggalkan 
zaman tadika itu.

Lepas je zaman tadika, Ayumi terus dimasukkan ke Sekolah Rendah Seksyen 24, Shah Alam.
Dulu sebelum pindah ke Puchong, Ayumi & famili memang asal dok sana.
Dari Ayumi lahir sampailah darjah 3 pertengahan tahun.


Nie lah rupanyer lencana masa kat sekolah Shah Alam dulu.
Tempat tinggal Ayumi masa tu dekat je dengan sekolah. So gi sekolah jalan kaki je selalu.
Pengalaman paling tak dilupakan, tali beg sekolah putus & beg terus masuk longkang besar.
Maklumlah masa tu suka gendong beg sebelah je.
Bila dah putus tak dapat nak selamatkan beg. Habis basah buku2 kene air longkang..
Uwaaa..kesian tak ?


Pertengahan darjah 3, Ayumi dah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Puchong Bt14.
Ayumi dok sekolah nie sekejap je. Sebab nak tunggu sekolah area rumah Ayumi bukak 
lagi 5 bulan. Pengalaman yang tak boleh dilupakan plak kat sekolah nie pasal pakaian sekolah.
Ayumi dulu gi sekolah memang suka pakai baju skirt sekolah yang warna biru tu.
Boleh dikatakan tak ramai pelajar melayu yang pakai skirt ke sekolah.
Jadi dalam kelas, Ayumi seorang je pakai.
Suatu hari tu, semasa ngah tunggu loceng berbunyi untuk masuk sekolah petang,
ada seorang lelaki senior tanya Ayumi " Eh, budak.. Tak malu ke pakai skirt pendek?"
Ayumi pon masa tu suka sangat menjawab.Then berbalas2 jawab sampai jadi bertengkar.
Apa lagi.... Walaupun Ayumi berskirt pendek time tu, boleh plak kami bergaduh.
Bukan setakat bergaduh mulut, malah siap bertumbuk bertendang lagi.
Sengal tol budak laki tu... abis tali pinggang skirt Ayumi putus.
Baju plak kotor giler. Pergh...... gaduh dengan budak laki tu !!
Gengster Kampung Pisang !! hehehe..

Ari tu jugak ayah Ayumi datang sekolah. Jumpa cikgu sekolah.
Ayah tanyer ingat tak muka sapa yang pukul?
 Oleh disebabkan takut kene marah,
Ayumi kata tak berapa cam. Sebab dia sekolah pagi.
Sebab kalau ayah jumpa dia, dah tentu2
budak tu akan kata Ayumi yang sepak dia dulu. Tapi dia yang ejek Ayumi dulu.
Sapa salah sebenarnyer?

Mula dari hari tu, terasa diri sangat bangga sebab nama Ayumi telah diumumkan kat perhimpunan
kerana kes bergaduh minggu lepas.. Haish.... malu2 bangga gitu .
Tu baru sekejap dok sekolah tu. Kalau lagi lama tak tahulah apa nak jadi.




Darjah 4 sampai lah UPSR, Ayumi dah tukar ke sekolah area rumah Ayumi.
Di Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana.
So gi sekolah naik basikal, sebab dekat sangat.
Kat sekolah nie, Ayumi dah tak gaduh2 dah. Ayumi lebih banyak join aktiviti
kebudayaan & sukan.
Masa nie dah besar sikit. So, sifat malu tu mula timbul. Cewaah !!
Lagi pon mama Ayumi selalu pesan,
" Orang perempuan kene sopan santun.Kalau tak, nanti kawan2 semua lari."


Start form 1 sampai 5, Ayumi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana.
Sekolah paling lama Ayumi menetap.
Dari exam PMR sampailah SPM. Kenangan kat sekolah nie, Ayumi memang bergerak aktif
dalam kokurikulum. Terutama PRS, Pengawas Sekolah & Sukan.
Lagi satu, bab2 Pertandingan bersajak, bersyair, berdebat & segala ber.. tu memeng Ayumi
cukup suka. Menang tu adalah juga. hehehe..


Form 6 Ayumi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Bt14.
Kat area puchong, Sekolah nie je yang ada form 6.
Batch kami yang pertama kat sekolah tu.
Sebelum nie tak de lagi form 6. Sekolah nie pon tak lama.
Coz untuk tempoh belajar form 6 hanya 1 setengah tahun je.


Sekolah2 nie lah yang watkan Ayumi menjadi seperti sekarang.
Walaupun tak dapat nak lanjutkan pelajaran sampai peringkat lebih tinggi, 
Ayumi syukur & bangga menjadi diri Ayumi sekarang.
Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang Allah berikan bersama suami tersayang.
Kejayaan bukan dari akedemik semata2. Yang penting cari bakat yang kita ada.
Gilap, dan jadikan ia sebagai Puncak Kejayaan kita.
Dari situ, Ayumi belajar bahawa ,kejayaan kita terletak pada usaha kita.
Renungkan ... !!

0 comments:

Post a Comment