ISTERI PERLU SENTIASA DI SISI SUAMI
PART 1
Wah..... tajuk tue macam tak boleh blah jer..hehehe..
Kat chatbox Ayumi ramai yang tanya ke mana Ayumi tak jenjalan kat blog korang.
Bukan apa hampir seminggu Ayumi ikut husband outstation ke Melaka.
Coz husband ada kerja kat sana sempena Pelancaran NASA @ Planetarium Melaka.
Kalau outstation lama2, so Ayumi ke follow lah.
Tu yang tajuk pon berkaitan tue.. huhu..
Kami berangkat ke Melaka petang Khamis minggu lepas.
Sesampai kat sana, kami sibuk mencari tempat untuk menginap.
Sudah tentunya sampai2 kami nak mandi & rehat sebentar dulu sebelum membuat kerja.
So, kami pon menginap di Chalet Hjh Mahawa kat Pengkalan Balak, Melaka.
Chalet betul2 tepi pantai.
Pemandangan kat sini memang cantik sangat.
Kalau kawan2 semua nak bercuti ngan family, tempat nie memang best.
Siap ada tempat nak memancing & BBQ.
Dulu kami ada singgah sini untuk makan seafood.
Tapi kali nie, kami menginap sekali kat tempat nie.
Murah pon murah tau... Hanya RM80 satu malam.
Kami menginap kat sini selama 2 hari je..
Coz tempat nie tak de WIFI. Bruce kene carik tempat yang ada wifi supaya senang
dia nak wat kerja2 dia.
Kami plak tak pakai BB, kat umah pakai Streamyx je.
Sempat gak lah Ayumi bergambor2 kat luar nie sebelum senja.
Coz malam dah nak gerak ke Planetarium Melaka.
Kat sana dah standby kerja2 yang sangat berlambak.
Nie Project NASA. Coz pada 22-28 Nov 2010 nie, sainstis & angkasawan dari luar
negara akan datang ke Planetarium Melaka.
Baru je nak menikmati udara tepi laut nie, Bruce dah di bantai bertubi2 dengan
panggilan telepon. Nak wat camana, dah namanyer kerja kan.. hehe...
Tapi Ayumi tetap tak kisah sebab asalkan Ayumi akan sentiasa disisi suami tercinta.Ahaks..
Tenang rasanya menyedut udara yang nyaman tepi laut nie..
Kalau kat Puchong tu, tak dapat nak tengok nie semua. Relax je fikiran tau.
Bila2 nak ajak Bruce bercuti lama2 sikit kat sini.
Kalau datang disebabkan kerja memang tak enjoy.
0 comments:
Post a Comment