Sunday, November 1, 2009

KIMMY BOTAK !


My Baby dah BOTAK!!!
Kimmy yang comel ni sentiasa wat Ayumi tersenyum setiap hari.
Kalau rasa bosan & penat tentu akan hilang bila dapat
Peluk & Cium die.
Hai... macam manalah kalau anak sendiri nanti?
Lagi lah hati ni memberontak nak balik umah je kn.







Sekarang dah pandai dah Kimmy.
Pantang suruh senyum je depan kamera pasti die senyum..
Pandai Posing skg ni...

PERTUNANGAN ADIK BRUCE "FAREED"





Gambar kat atas tu time mama Bruce sarungkan cincin Merisik & Pertunangan
pada jari Hazreen .
Bertemakan Pink putih daripada Pihak Perempuan
&
Teman Hitam Putih daripada Pihak Lelaki.
Majlis telah diadakan di kediaman Hazreen di Sg. Buloh, Selangor.

Hantaran daripada pihak Lelaki untuk Pihak Perempuan.
5 dulang Berbalas 7 dulang.

Ini pula hantaran daripada pihak Perempuan utk Pihak Lelaki.


Ayumi bergambar dengan Bakal pengantin Hazreen.
Insyallah, perjanjian diikat selama 4 bulan lebih.
Majlis Perkahwinan akan dilangsungkan pada 20 March 2010.
Hantaran Sebanyak RM11,000.00 telah diberikan oleh pihak lelaki.
Adik Bruce adalah yang lelaki (Farieed). 

Berkemungkinan besar, time dorang langsungkan Perkahwinan
Ayumi masa tu tengah dalam pantang.
Erm.... tak dapat Ayumi nak bergerak2 banyak sangat.

Ni adalah gambar sepupu belah Bruce.
Sebelah HAzreen tu ialah si Naquiyah (adik) & Rabiayatul.
Masing2 Bertemakan Hitam. 

Macam tak nampak je kan perut Ayumi.Hihi.... :)
Ramai makcik2 Bruce kata macam tak pregnant je. Tapi sedangkan dah 5 bulan lebih.
Dah doktor kata memang tak akan berapa nampak
coz perut Ayumi panjang & Ayumi tinggi.
So doktor kata susah nak nampak tapi bila pakai baju KETAT2 baru nampak. :P

Ni gambar kepenatan setelah balik daripada rumah HAzreen.
Maklumlah tidur tak cukup.
Coz tidur pukul 1.30pg & bagun pukul 4.30pg.
Sebelum mengantar rombongan, pagi2 tu mama Bruce ada panggil orang Masjid
untuk wat Tahlil sikit.
So, kena masak2 la kan! hihii....
Apa2 pun Alhamdulillah....Semua dah Selamat.

Thursday, October 29, 2009

5 ++ MONTHS PREGNANT


Baby - 21 weeks 1 day??
28 October 2009
Erm...... Sepatutnya baby baru je 20 minggu 4 hari..
Tapi bila scan doktor kata baby sebenarnya 21 minggu 1 hari.
Siap ada tarikh bersalin yang baru "9 March 2010".
Dari tarikh 14 March 2010 jatuh kepada 9 March 2010.
Tak kisah lah, yang penting Baby Ummy sihat & cukup sifat!! AMIN...
Jeng2...jeng..jeng!!! Doktor kata kemungkinan Ayumi & Bruce dapat baby GIRL!!!
Tapi doktor tak berapa pasti, so next month Ayumi & Bruce scan sekali lagi.
Tak kisah la Baby Girl or Boy..
Doktor kata Ayumi dah terlebih berat badan plak bulan ni.
Bulan lepas jatuh 2.05kg sekarang tambah 2.6kg plak!!
Lagi satu doktor kata Uri Ayumi ada yang ke bawah. Tapi masih ok lagi.
Risau jugak dibuatnya... Harap2 xde apa2...
** Tengok gambar scan baby Ayumi tengah meniarap.
Doktor kata baby lasak & aktif sangat.
Doktor kata baby Ayumi ni Tinggi orangnya coz doktor ukur kaki baby panjang.
Mcm Daddy & Ummy die la kn!!! :)
Susah nak tangkap gambar die coz asik gerak je!!
Doktor Pun TENSION!!! hehehe.....

Monday, October 26, 2009

PERTUNANGAN AZA


INI GAMBAR AYUMI NGAH OTW NAK GI RUMAH MEMBER BRUCE UNTUK
BUATKAN "MAJLIS PERTUNANGAN"NYA.
COZ MEMBER BRUCE AMIK PAKEJ KAT AYUMI RESOURCES.
PAKEJ MAKEUP, PELAMIN TUNANG & JURUGAMBAR.

SEBELUM SELEPAS
HA.... NI LAH MEMBER BRUCE..... NAMA DIE AZAH.
NI GAMBAR SEBELUM DAN TENGAH DI MAKEUPKAN..

BERTEMA KAN BIRU AIR LAUT...HIHIHI...
SO EYESHADOW PUN LETAK BIRU.

SETELAH SIAP INI LAH HASILNYA.

NAK TENGOK GAMBAR AZA BERTUNANG BYK2..
SILA LAYARI :

KL - JOHOR - KL



WAH!!!!!!!!!
DAH LAMA TAK LAYAN BLOG NI.
TETIBA DAPAT GAMBAR NI KAT PENDRIVE BRUCE.
NI GAMBAR DIE TIME NAK GI JOHOR ARI TU.
SUBUH2 DAH KUAR RUMAH DALAM 4.30PAGI.
AYUMI NAK HANTAR GI KLIA BRUCE TAK BAGI PULAK.
DIE KATA BAHAYA BAWAK KERETA GELAP2....
SO, SEWA TEKSI LIMO GI SANA.


SEMENJAK BRUCE WAT BISNESS EVENT NI, AYUMI KENA PAHAM CIKIT
LA KERJA DIE.
MASA NAK BERCINTA2 MCM DULU AGAK TERBATAS CIKIT.
KADANG2 BILA KAT UMAH PUN MASIH BUAT KERJA LAGI.

TAPI ALHAMDULILLAH, BRUCE MASIH TAHU CARA NAK AGIH MASA
UNTUK KERJA & FAMILY.
TAK LAMA LAGI NAK JADI AYAHKAN!!!!! :)

KADANG2 TU AYUMI IKUT BRUCE GI WAT KERJA.
TAK KIRA SIANG MALAM @PON WAKTU CUTI.
KERJA SENDIRI KENA LAH KUAT CIKIT.


CUMA KALAU OUTSTATION BALIK HARI, AYUMI JARANG IKUT.
TAPI KALAU OUTSTATION BYK HARI JE AYUMI IKUT.
BRUCE KATA DIE SANGGUP BAYAR GAJI AYUMI SELAMA AYUMI CUTI
UNTUK IKUT DIE GI OUTSTATION. JANJI AYUMI IKUT DIE.


TENGOK KAPAL TERBANG NI, TIBA2 TERINGIN NAK GI BERCUTI PLAK.
TAPI TENGAH PREGNANT NI MCM TAK BERAPA BEST.
BRUCE KATA KITA GI BERCUTI BILA AYUMI DAH ABIS PANTANG BERSALIN.
TIME TU BARU SERONOK GI "BERTIGA".

TERMENUNG APA AGAKNYA KEKANDA KU INI???
MEMANDANGKAN USIA KANDUNGAN AYUMI DAH PUN 5 BULAN LEBIH,
SEKARANG KENALAH CARI DUIT LEBIH NAK BUAT PREPAIR UTK BABY.
BULAN DEPAN DAH NAK STANBY BARANG BABY COZ DAH 6 BULAN.
BELI CIKIT2 JE DULU.


28/10/2009 NI, AYUMI ADA APPOIMENT NGAN DOKTOR.
UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT BABY DAH CECAH 5 BULAN LEBIH.
MACAM SEKEJAP JE DAH 5 BULAN.


GAMBAR MATAHARI TERBIT.
INSYALLH YE DD, DENGAN KEHADIRAN ANAK DALAM HIDUP KITA NI
AKAN BERI LAGI SINAR BAHAGIA & REZEKI YANG MELIMPAH RUAH.
AMIN!!!..


AKSI2 BERGAMBAR SENDIRI...

Tuesday, October 6, 2009

OPEN HOUSE RUMAH MAMA



OPEN HOUSE UMAH MAMA AYUMI PADA 4 OKTOBER 2009.
ERM..... BUAT KECIL2AN JE.
UNTUK FAMILY BELAH AYAH & MAMA SERTA JIRAN TETANGGA.
ATAS TU AMBAR BRUCE TENGAH WAT "SENAMAN PIPI".


NI GAMBAR ANAK2 JIRAN SEBELAH YANG TOLONG AYUMI & MAMA
WAT "POPIA GORENG".
PANDAI DORANG KAN!!! SAPA2 NAK DATANG MEMINANG LEH LA..



AYUMI NI POTONG TEMBIKAI, TAPI XLEH MAKAN.
KANG KEMBUNG COZ PREGNANT KAN!...


ADIK AYUMI SI EMAN NI PON TOLONG GAK.
BRUCE KAT BELAKANG TU TOLONG "MAKAN" JE..HIHI...
BRUCE DAH SIAP KERJA DIE.
KERJA BUAT AIR..


AYAH AYUMI NI LAH KERJA DIE.
MAIN NGAN KUCING DIE JE SI COMOT!!!


SI ANGAH PUN NAK TUNJUKKAN KEBOLEHAN MENGGORENG POPIA.
WAT2 RAJIN JE TU SEBELUM AWEK DIE DATANG SAT LAGI.


NI SUASANA MAMA & AYAH AYUMI MELAYAN TETAMU YANG DATANG.
MENU UNTUK HARI TU :
1) BIHUN SUP
2) NASI IMPIT
3) BIHUN GORENG
4) PECAL JAWA
5) BUBUR KACANG DURIAN
6) KUIH MUIH
7) KEK COKLAT & PISANG
8) MANISAN PENCUCI MULUT TERMASUK BUAH2AN.



JEMPUT MAKAN EK!!!



NI GAMBAR KAWAN2 EMAN YANG DATANG BERKUNJUNG
KE RUMAH.
MEMBER FORM 6 DIE..


NI AYUMI BERSAMA COUSIN BELAH AYAH.
KAK HAIZA & KAK ZILA
DUA ORANG SEPUPU AYUMI NI OTAK MASING2 GILER2...
TAPI MMG FUN LAH NGAN DORANG.
JENG2 JENG......NAMPAK TAK PERUT 4 BULAN LEBIH AYUMI.


HEHE...SI DAFINA NI TAK KETINGGALAN BERGAMBAR NGAN
"UNTIE AYUMI" DIE...

EFI & NABIL SHUFFLE


Yang berbaju hitam tu adik Ayumi & sorang lagi anak angkat Family Ayumi.
Mama Ayumi jaga dia dari kecik lagi.
Tu sebab rapat macam family sendiri. Asal sabtu ahad je die nak balik umah mama Ayumi.


NAK TENGOK RAGAM DORANG SHUFLE???
Tengok jangan tak tengok
****************************************
SHUFLE DISCO oleh NABIL

video


SHUFLE MOMOK oleh EFI

video

TEAM KOMPANG BERAYA

Ini gambar "ANAK BUAH" Bruce...
Kira Anak Murid Bruce coz Bruce ajar Kompang kat Taman Kawasan Rumah kitaorang
di "Putra Perdana."
So, Setiap malam "Jumaat & Sabtu" Bruce akan ajar budak2 main kompang.
Ni gambar budak2 Kompang Bruce datang beraya.
Lebih kurang dalam "25 orang" team Kompangnya.


Bruce hanya masakkan budak2 ni "MEEHOON SINGAPORE" & "kuih2 raya".
Coz datang tak bagitahu awal2.
Kira makan apa yang adalah.... Hehe.......


Kat kawasan rumah kitaorang, Bruce lebih dikenali sebagai "Abang Ujang".


Wednesday, September 30, 2009

MY BABY



30 SEPTEMBER 2009
DIMANA TARIKH DI ATAS AYUMI & BRUCE KITA ORANG GI CHECKUP BABY.
MULA2 KITAORANG GI CHECKUP KAT KLINIK KERAJAAN DULU.
DARI PUKUL 8 LEBIH AYUMI & BRUCE TUNGGU SAMPAI PUKUL 1.00PTG.
PERGH....BUKAN MAIN LAMA TUNGGU.
MULA2 AYUMI MCM BIASA KENA CHECK AIR KENCING.
PASTU CHECK DARAH AYUMI "B +" , BRUCE DARAH "B -".
SELEPAS TU, AYUMI KENA CHECK PERUT , TEKANAN DARAH & BERAT BADAN.
ALAMAKKKK!!!!!!!!!!! DOKTOR KATA BERAT BADAN AYUMI TURUN "2 KG" LEBIH.
NURSE KATA NI KENA SCAN COZ TAKUT LA APA2 KN.
SBB ORANG PREGNANT BERAT BADAN SELALU NAIK BKN TURUN.
TAPI AYUMI CKP KAT NURSE MUNGKIN SBB AYUMI BERPUASA MASA RAMADHAN
& DAH 2 BULAN TAK SENTUH NASI.
AKIBAT TUNGGU PUNYA LAH LAMA NAK SCAN PERUT, BRUCE AMIK KEPUTUSAN
NAK SCAN KAT KLINIK SWASTA JE.
LAST2 GI KLINIK ZURAIDAH KAT PUCHONG NI UTK SCAN.
MURAH PUN MURAH... CUMA "RM35.00" JE.
ALHAMDULILLAH...... DOKTOR KATA BABY SIHAT.
DOKTOR KATA BABY NI LASAK COZ MASA SCAN ASIK GERAK2 JE.
DOKTOR INGAT BABY AYUMI DAH 5 @ 6 BULAN,
RUPA2NYA BARU 4 BULAN LEBIH DAH AKTIF.
BRUCE MCM BIASA LA "JIWA KUNTUM".
TENGOK BABY GERAK & DAH ADA SIFAT, BERGENANGLAH AIR MATA DIE.
SAMPAI DOKTOR KATA KAT BABY SURUH DUDUK DIAM2 COZ NAK TANGKAP
GAMBAR DIE.
YELAH...., GERAK KEPALA LAH, KAKI LAH, TANGAN LAH....
NOTY BABY UMMY NI Ek!!

Monday, September 28, 2009

RAYA KE 4 ~ RUMAH MERTUA DI SG BULOH



RAYA KE-4 AYUMI DAH ADA DIRUMAH PARENT BRUCE.
RAYA KAT UMAH MAK MERTUA LAH PLAK KAN.
TAHUN NI RAYA ADA BANYAK KAMPUNG..BEST TAU!!!
NI GAMBAR NGAH NAK MASAK MAKAN TENGAHARI.
AYAH BRUCE MCM BIASA TAK LUPA UDANG KEGEMARAN MENANTU DIE NI.
APA LAGI AYUMI BUAT UDANG GORENG TEPUNG.

SELAIN TU, AYAH BRUCE NAK MAKAN TAHU SUMBAT & IKAN GORENG.
KERABU KACANG BOTOL PUN ADA.
MAK MERTUA AYUMI , DIE TAK KISAH SGT BAB MAKAN.
KERABU NGAN NASI PANAS JE PUN CUKUP.


HEHE.... NI GAMBAR TANGAN AYAH MERTUA KU YANG CUBA MENGAMBIL TAHU
SUMBAT KEGEMARANNYA UNTUK DIMAKAN!!!..

EDISI RAYA : JALAN-JALAN KE BAGAN DATOK, PERAK

EPISOD 6
Jalan-jalan Cari Makan

KITAORANG OTW NAK GI JALAN2 TEPI LAUT.
SEBENARNYA BUKAN NK TENGOK LAUT SGT TAPI SAJA NAK CARI MAKAN.



SAMPAI DITEPI LAUT KITAORANG PUN CARILAH GERAI YANG BUKA KAT SANA.
ADALAH GERAI SOTO TAPI RAMAI PLAK.
JADI KITAORANG LEPAK2 MINUM SAMBIL MAKAN KOPOK LEKOR, GORENG PISANG
& MAKAN ROJAK BUAH.


TIME NI RAYA KE-2.
PERGH....PANAS TAK HINGAT..... TU YANG KUAR AMBIL ANGIN.




BRUCE & AYUMI PERKENA "ABC".
BARU LEGA TEKAK NI SAMBIL MAKAN KOPOK LEKOR.




MASA NGAH MAKAN & LEPAK2, AYAH AYUMI COLL TANYA KITAORANG KAT MANA.
AYAH SURUH KITAORANG BALIK COZ NAK GI JALAN RAYA UMAH SEDARA MARA.
SO, LEPAS MINUM KITAORANG PUN GERAK BALIK.



ANGIN KAT TEPI PANTAI NI BEST BETUL.TAPI CUACA PANAS SANGAT.
TAK SEMPAT NAK LEPAK TEPI PANTAI SGT.
KEPALA PUN DAH PENING2 NIE.




DAPATLAH TENGOK PANTAI SEKEJAP PUN JADILAH.



KAT PANTAI NI MCM2 ADA.
ADA ORANG MEMANCING BANYAKLAH...
ORANG NAK MANDI XBERANI COZ AIR DALAM.



INI LAH CERITA KAMI DI PETANG RAYA KE-2.