Tuesday, December 20, 2011

Saiz M - 2 + + Bulan


Semakin hari semakin geram jer tengok Damien dengan telatahnya.
Dah pandai berikan reaksi muka & mata bila kita panggil dia.
Nama Damien tu Ayumi & husband dah panggil semenjak Damien dalam kandungan lagi.
Cuma nama penuh dia kami langsung tak fikirkan sehinggalah Damien lahir baru kami fikirkan sambungan nama Damien tue. Akhirnya terjadi lah nama Miqhael Muhammad Damien.

Nama tu ada makna & kisah tersendiri. Insyallah, harap2 Damien boleh bawa nama dia dengan baik.
Kehadiran Damien dalam kehidupan kami memang di tunggu2.
Hampir 2 tahun selepas arwah kakaknya meninggal dunia.
Alhamdulillah, Allah makbulkan juga permintaan Ayumi & suami.

 

Semasa usia Damien 2 bulan lebih, dari pampers saiz S bertukar ke M.
Makin menembam anak Ummy sorang nie.
Lahirnya kecik jer 2.89kg. Bila dah kuar makin sihat cam Ummy & daddy dia. heheehehhe...
Alhamdulillah.... Ummy & daddy doakan semoga Damien membesar dengan sihat & sempurna.
Kami akan sedaya upaya berikan segala yang terbaik untuk kamu sayang.
Insyallah...




 Bukan setakat pampers jer tukar saiz, baju new born pun dah sendat.
So, minggu depan leh borong shopping baju Damien.
To daddy, "stand by ok...!" Hehehehehe.....


Thursday, December 15, 2011

Lullaby Song CD for Damien. Thanks daddy...!


Wah..... Daddy bagi Damien & Ummy hadiah hari nie.
Damien & Ummy dapat CD Lullaby Song. Banyak plak tue. Sampai 4 CD kami dapat.
Thanks daddy. Love u so much.



Sekarang nie Damien tidor dengar Lullaby song.
Selain tu, Ayumi selalu perdengarkan ayat2 suci al - Quran pada dia.
Insyallah, harap Damien menjadi anak & insan yang soleh.

Dengar lagu Lullaby nie leh wat Ayumi & husband layan mengantuk sama.
Hadoooiii.... Time Damien tidor lah baru dapat nak wat kerja rumah.
Kalau macam nie kerja rumah pun terbengkalai sebab join Damien tidor.
Damien kalau nak tidor senang jer, masukkan dalam buai letrik nie.
So buaian nie enjut sendiri sampai Damien tdo.
Tapi tak tahulah bila Damien dah besar cikit, nak @ tak nak lagi tidor dalam buai nie.



 Damien nie ada perangai sama macam daddy dia.
Sebelum nak tidor kene pastikan bilik tidor tu disejukkan dulu.
Tidor kalau panas sikit confirm dia bangun balik.
Erm.... sekarang nie air cond ON jer 24jam.
Bill letrik dari seratus lebih sebulan dah jadi dua ratus lebih sebulan.
Anak punyer pasal, tak de hal punyer..(ayat daddy Damien).


Sunday, August 21, 2011

DAPAT TIKET WAYANG .. "Primere Green Lantern @ Cineplex"


Last minit kami dapat call dari "Wak Adi Fashla Juraimi" nie.

Wak ajak kami tengok wayang Green Lantern kat Cineplex.
Wak call petang dalam pukul 6 lebih. Start wayang pukul 8.30malam.
Terkejar2 jugak aar kami dibuatnyer.

Sebenarnya Wak Adi kata dia ada 4 tiket lebih.
Dia ajak kami suami isteri & Abe Lin (Roslin Hashim) time tu.
Tapi kebetulan Abe Lin sangat sibuk pula.
So, tak dapat lah Abe Lin nak join sama.
Yang tengok wayang time tu kami bertiga jerlah.





Memang bestlah cerita Green Lantern nie.
Sapa yang dah tengok mesti tahu best 2 tak cerita nie.
Green Lantern yang kitaorang tengok malam tu dalam versi 3D.
Memang puas aar tengok malam tu.



Apa pun, kami nak ucapkan "Thank U daun Keladi" 
kepada Wak Adi coz sudi 
mengajak kami nengok wayang pada malam tu.
Nanti kalau ada lagi yang lupa ajak yer.

Gambar di atas tu , hasil tangkapan dari tang "Pak Reza" yang juga tidak berbedung.
Wakakakakaka  !!!


MIMPI MAKAN KEK SEMASA TIDUR


Yaaaa....Rabbi....!!!

Anak sapalah nie punyer perangai.
Bangun dari tidur terus turun mengejar suaminya dengan penuh cemas.

Si suami pula "Terkejut" lalu tak sempat nak "Terkentut".
Si suami bertanya, kenapa cemas semacam jer nie?
Apakah yang berlaku?

Si isteri pula berkata,  
"Umy mimpi tadi. Umy mimpi Umy makan kek kat Secret Recepi".



Si suami memandang dengan penuh "Blur" & secubit "Bengang".


Si suami bertanya lagi pada si isteri.
"Habis tu kenapa turun macam orang mimpi hantu jer?. 
Kek yang Umy makan
dalam mimpi tu bertukar jadi hantu ke?"

Si isteri dengan penuh rasa tak berslah terus menjawab,
"Tak lah..... Umy kejar masa. 
Takut nanti Secret Recepi dah tutup malam nie.
Tu yang Umi berlari nak ajak Daddy gi makan kek sekarang.
Boleh ke?"



Si suami memandang isterinya dengan penuh kesabaran lalu berkata ;
"Nak makan kek malam nie jugak ke? Kalau nak jom lah"


Si isteri dengan penuh gumbira terus menyerahkan kunci kereta
kepada si suami.
Si suami hanya tersenyum & bergelak kecil melihat gelagat isterinya sendiri.

Nasiblah wahai si suami, sebab terpaksa melayan isteri ketika isteri sedang mengidam.
Sangat gumbira wajah si isteri pabila dibawa makan kek "Selepas Bermimpi".
Nampak sangat muka baru bangun tidur.
Tak cuci muka ke apa?



*** Ini adalah cerita "Biasa" kepada suami isteri 
pabila si isteri sedang mengidam.




JALAN2 ..... THE CURVE, DAMANSARA


Nie sebenarnya gamba lama. Saja nak masukkan dalam blog nie
untuk kenangan dimasa hadapan. Hehehehe..
Gambar nie adalah gambar kami suami isteri keluar bersama2 dengan keluarga Bruce.
Kebetulan masa nie adik perempuan Bruce balik ke Sg.Buloh.
Adik perempuan Bruce tinggal bersama suaminya di Sarawak selepas mereka berkahwin.
So, bila sekali sekala datang, mestilah akan berkumpul beramai2 kan.


Masa nie adik perempuan Bruce ngah sarat mengandung.
Kalau Ayumi tak silap masa dah 7bulan lebih.
Ayumi plak masa nie ngah demam sebenarnya. Tak de sapa yang tahu melainkan suami.
Tak best plak rasanya sekali sekala nak berkumpul,
dorang tau Ayumi ngah demam pulak.
So, menahan jerlah demam itu & wat2 macam orang sihat.


Selepas jalan2 & lunch kat The Curve,
kami singgah ke Ikea pulak. Kebetulan adik perempuan Bruce ngah cari barang2
untuk bakal baby baru nya.
Sekarang nie, dia dah selamat melahirkan anak lelaki yang bernama Aqil Amni.
Kalau tak salah sekarang nie dah 4bulan dah usia baby dia.

Sangat "Sugul" Ayumi tengok muka Ayumi masa nie.
Dah tak larat sangat sebenarnya.
Masa otw balik rumah dah tertidur dah dalam kereta.


Thursday, August 18, 2011

PROMOTION "BLACKBERRY" FOR HARI RAYA AIDILFITRI


BlackBerry Promotion !!!


Kalau kawan2 nak tahu apa yang kami sedang sibuk sekarang adalah.....


Kami ngah sibuk dengan penjualan handphone
AP set BlackBerry nie.
Ianya bukan from China ok.
Spec semuanya "Original" BlackBerry , Tapi bukan dari Brightstar.
Kalau beli kat kedai2 handphone, kebanyakkannya mereka akan kata "Ori"
from Brightstar. Tapi sebenarnya ianya AP set.
Harga plak kalau tengok, kawan2 boleh bezakan sendiri.
AP set dijual dengan harga ORI set.

Brightstar ori ada warranty card from Brightstar company.
So, kalau mana yang tak de tu bermaksud AP set.
Kalau kawan2 nak Order @ keterangan lanjut mengenai BlackBerry AP nie,
boleh lah Contact Mr. Bruce di talian 018-394 6783

Harga kami adalah yang paling murah dipasaran.
Tapi harga di atas hanya untuk "Promosi Raya" sahaja.


Cepat untuk dapatkannya.. Sebelum Kehabisan STOK !!!



BEKAM LINTAH !!! GELI .......


Malam2 minggu yang baru ari tu,
kami suami isteri & adik bongsu Ayumi sempat aar singgah ke
"DownTown Cheras".
Sajer nak jalan2 malam amik angin tengah malam.
Jalan2 punya jalan, ternampak plak satu kedai yang wat rawatan
"BEKAM LINTAH"

Mula2 nak tengok jer orang lain ngah wat rawatan tu.
Ntah macam mana plak Bruce bleh berminat nat buat rawatan Bekam Lintah tu.
Apa lagi orang tu pun kata "Baik untuk Kesihatan".
Bruce nak wat pun sebab dia kata muka dia rasa gatal2.

Orang tu plak bleh kata,
"Mungkin Resedung tu. Apa kata cuba rawatan nie. Hanya 
"RM25 untuk 3 ekor Lintah".



Masa nie, Lintah diletakkan ditempat2 yang disyaki mempunyai banyak darah kotor.
Abg tu kata nie Lintah ternak.
Lintah tu sedang menyedut2 darah Bruce yang sangat Manis itu.. hehehe
Muka Bruce tu sebenanya ngah menahan rasa "GELI".




LINTAH dah GEMOK !!
Selepas hampir 1 jam, Lintah tadi mula membesar dan terus membesar.
Yaauw.... Makin geli geleman melihatnya. Bruce pun sampai risau Lintah tu jatuh kat badan dia.




Alamak...... Lintah tadi dah nak jatuh daa !!!
Ayumi lari dulu. Sebelum dia jatuh kat Ayumi plak.Hehehehe..
Lintah tu bila dah gemok, dia sendiri akan menjatuhkan dirinya sendiri dari kulit manusia.
So.. standby lah kalau Lintah tu dah demok.



Selepas kesemua Lintah2 tu jatuh.
Tibalah sesi untuk "Memuntahkan Lintah" itu semula.
Ini bertujuaan untuk melihat warna darah kotor yang disedut oleh Lintah tadi.
Gambahr kat atas tu lah hasilnya selepas Lintah itu dimuntahkan dengan "Air Garam".

Kepada sesiapa yang nak wat boleh jer cuba.
Ianya sesuai untuk Resedung, Jerawat, & pelbagai lagi jenis penyakit.
Tapi Ayumi nak bagi tau lah, kalau wat kat muka tu
memang akan meninggalkan kesan parut aar cikit.
Kalau anda leh terima kenyataan bahawa muka anda boleh berparut, SILAkan lah.
Tapi lama kelamaan ianya akan hilang.
Cuma makan masa yang lama cikit.


~ SELAMAT MENCUBA ~



PEMINAT SETIA MAHARAJA LAWAK


Sebenarnya banyak kali kami gi tengok Maharaja Lawak Live nie.
Tapi tak penah plak terfikir untuk bergambor.
Sebabnya, bila dah sampai jer.... Cepat2 nak  masuk dalam sebab nak dapatkan 
tempat duduk yang stategik leh clear nampak pentas.
Walaupun tempat kami telah di reserve kan.
Kadang2 tempat tu kureng strategik. So, bila sampai awal leh wat pertukaran lagi.

Bila baliknya pula dah lewat malam plak.
Terkejar2 untuk balik pulak. Ayumi tak boleh sangat balik lewat malam
disebabkan kurang sihat ketika tu.






Gambar2 yang ada nie pon, Ayumi amik kat facebook Mr. Bruce.
Dia rajin bab upload gambar2 nie kat facebook.
Ayumi nie kureng cikit rajinnya nak update @ upload gambar.
Sampai Bruce kata pakai BlackBerry ke @ handphone apa pun sama jer.
Habis2 handphone letak dalam handbeg.

Bukan Ayumi tak nak update, tapi rasa leceh aar 24 jam
handphone kat tangan.
Kalau makanan kat tangan ke, sedap aar jugak. Hahahaha..

HANDBEG GUCCI IMPIAN BRUCE ?


Hadoooiii ........ Berpinau Mata nie bila melihat keluaran
terbaru Design Handbeg from Gucci nie.
Time tu kami suami isteri nak berjumpa ngan si Fazreen & Syarifah
berkenaan dengan "Kad Kawen" dorang kat Pavillion, KL.

So lepas lepas habis jer kami berbincang, kami sama2 gi jalan2 & makan.
Kami berempat pun masuklah ke Butik Gucci sebab Fazreen time tu nak cari "Sandal"
untuk baju Jubah kawen dia kat Perak.

Tiba2 Ayumi nampak Bruce sedang membelek2 satu handbeg Gucci
yang berwarna "Brown" colour gitu.



Dalam hati Ayumi time tu dah terdetik berkata,
"Cantiknya Handbeg yang Daddy pegang tu"
Ayumi terus melekatkan diri disebelah Mr Bruce.

Ayumi : Cantiknya beg nie.
Bruce : Cantikkan? Design baru from Gucci.
Ayumi : Owh.... Siap ada macam kait2 kat depan beg nie.
Bruce : Nie design "HandMade" & Limited Edition.
Ayumi : Huiyoo!! Patut aar cantik. Harga pon cantik gak tu.
Bruce : Memang cantik aar. I dah bekenan sangat ngan beg nie. Nanti ada rezeki I belikan
            untuk U tau..
Ayumi : Erm... ok jer. Kalau U nak belikan. Tapi bape harga dia?
Bruce : RM 13K jer..
Ayumi : Hah... ! Erm.....(**Sabar jerlah)


Hahahahaha .. Memang tak lah kalau sampai RM13k.
Banyak lagi benda lain boleh beli. 
Pembaziran itu amalan "SYAITOON".
Aku terus mengajak Bruce keluar dari Butik Gucci itu.
Supaya tiada lagi harga2 yang boleh wat aku "Terkejut  Beruk".
Bila kuar jer dari Butik tu, kami semua pun bergerak ke kedai lain.
Tiba2 aku terlihat wajah Bruce seperti memikirkan sesuatu.
Sebagai isteri yang tak suka lihat muka suaminya berkerut lalu  "Bertanya",

Ayumi : Daddy...... Apa yang U pikirkan?
Bruce : Beg tadi... 
Ayumi : Nape ngan beg tadi?
Bruce : Cantik sangat. I suka.
Ayumi : Aik...... U nak pakai handbeg ke?
Bruce : Bukan I lah... Tapi untuk U.
Ayumi :Jangan mengarut lah.... Jom !!


Kalau dilayan pasal beg tu, nanti payah jadinyer. Hehehehe...
"Mr Bruce...... Hanya aku jer yang tau. Kalau dah nak !!!"






Ke "KANTOI" an ................. AKU SENDIRI !!


Al ~ Kisah ....... Sang Kancil Beramai2 mengadap Sultan Firaun !!!
Wakakakaka.... (**Ngah gelak besar sambil tahan malu)

Camner nak mula cerita ek? 
Kang kalau cerita , wat malu diri sendiri plak.
Kisah nie berkenaan dengan Kekantoian Diri Sendiri terhadap Suami tercinta
" MR BRUCE "

Ceritanya bermula pabila kami suami isteri bersama merancang
untuk mengemas rumah pada hujung minggu bersama2.
So, bila dah start mengemas tu, Aura Mengemas  boleh dikatakan mencapai tahap
paling Maximum lah.
Semua benda nak kemas supaya nampak bersih dan cantik berseri2.

Tibalah masa untuk mengemas stor di bilik atas.
Dalam stor memang terdapat banyak kotak yang menyimpan segala khazanah
lama kami semasa sebelum & selepas kawen.
Yang paling banyak adalah buku2 & pakaian lama yang dah berabok lebih 3inci.
Pergh....... Kalau bersin tu tak hingat. Punyerlah rajin nak kemas stor tu.

Kemas punya kemas...... Bruce plak leh terjumpa buku "NOTE" kecik
Ayumi masa bekerja kat tempat lama.
Masa tu, kami suami isteri baru memulakan "Salam Perkenalan 1 Malaysia" kami.
Tak sangka plak Bruce bleh selak note tu satu persatu.
Ayumi plak leh terlupa apa yang Ayumi tulis dalam note tu.

Alamak !!!! TERKANTOI sudah...
Ruapa2nya ditengah2 note book tu ada plak Ayumi meluahkan perasaan Ayumi.
Luahan Perasaan "MALU" sudah !!

Bruce penah mengenakan Ayumi masa 1st Time kami dating.
Nie semua pasal sayang2 lah nie.
Kononlah malu2 ketika tu bila nak berbicara antara kami.. Nyampah tau !!
Nie lah hasil Luahan Malu Ayumi pada "Mr Buku".
Kalau tak paham... wat2 paham jerlah..
Biarlah kami berdua jer yang Sangat PAHAM !! hehehehe









~ ADIOS ~


SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 2011


Assalamualaikum kengkawan semua..
Waah, lama benar ya Ayumi tidak mengupdate Blog "CINTA AYUMI" nie.
Maaf yer semua, Ayumi tak dapat nak Blogwalking kat Blog korang disebabkan oleh
keadaan kesihatan & kesibukan yang agak kureng mengizinkan.

Insyallah Ayumi tak berani nak janji, tapi Ayumi akan cuba untuk sentiasa mengupdate
Blog "CINTA AYUMI" nie untuk kengkawan semua.
Masih belum terlambat lagi kot Ayumi nak ucapkan
"SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN"
Tak lama lagi jer kita dah nak raya.
Kat luar sana, dah sibuk semua mencari persiapan raya.
Pelbagai ragam manusia Ayumi tengok.
Hehehe... Apapon memang dah lumrah manusia bila nak menyambut Hari Raya.

Ayumi akan update blog nie dengan banyak cerita2 yang dah lepas.
Maklumlah tak sempat nak updatekan.
Yang latest cerita pun Ayumi akan usulkan bersama juga.
Kawan2 nantikan yer cerita "CINTA AYUMI" nie..
Thanks semua !! Love yaa.



Wednesday, May 25, 2011

Ayumi "SPONSER" apa di Perkahwinan Fazreen Dafi "SPA Q" ?


Wakakaka... Gempak sungguh Tajuk Blog Ayumi nie.
Bikin "PANAS" nanti nie. Hehehehe..
Pada bulan Mei 2011 yang lalu, kompem korang semua  pun ada dengar tentang
perkhabaran Perkahwinan Fazreen Dafi SPA Q yang berlangsung sama tarikh ngan Perkahwinan
Zed Zaidi. Tapi Fazreen wat pada siang hari. Zed Zaidi plak wat pada malam hari.

Sekarang nie Ayumi nak citer tentang Majlis Fazreen & isterinya Marlina.
Nak citer pasal Zed Zaidi , Ayumi tak kenal pun dorang. Yang penting Ayumi tak dijemput.
Wakakaka.. so wat pe nak story mory morning Glory kan??


Perkenalan Ayumi & husband  dengan Fazreen nie bermula dengan hasil kenalan dari member
Bruce (husband) yang bernama Eqin Sani. Eqin nie merupakan Asst. Director untuk drama2 tv.
So, perkenalan kita orang bermaksud bermula dilokasi shooting.
Time tu ngah shooting Drama "Kurma untuk Najwa" dibawah arahan Bada hj Azmi.

So, dari hasil perkenalan itu, membuatkan kami sehingga bersama2 lepak makan, bermain Go Kart,
bowling together2.
So, dalam masa yang sama, Fazreen offer Bruce (husband) untuk design kan kad kawen
dia untuk kedua2 belah pihak.
Untuk design Marlina di Perak lebih pada konsep kad kawen "Mewah" yang mengunakanserba serbi
colour2 "Emas @ Gold".

Untuk Fazreen plak, budak nie memang banyak songeh cikit coz dia nak konsep kad
kawen yang ala2 "Surat Khabar Lama" zaman tok nenek moyang kita dulu.
Giler...!!! Mana nak cari kertas tu daa?


Akibat kedegilan Fazreen nie, akhirnya Bruce dapat gak cari supplier kertas zaman Nenek Moyang tu
kat luar dari Malaysia nie.
So apa lagi, terpaksa import kertas tu.
Akhirnya, setelah selesai, Fazreen berpuas hati dengan hasil kerja Bruce.
Kad dia seperti gambar kat atas yang di peragakan oleh Model2 member Kak Dyla.
Kak Dyla nie senior Ayumi masa sekolah. Tak sangka jumpa kat sana.

Sebenarnya kami agak lambat sampai kat Majlis Fazreen nie.
Sebab dari paginya kami ada 5 tempat untuk deliver barang yang urgent.
Alhamdulillah, masih sempat datang ke majlis nie walaupun time tu pukul 3.30petang.
Apa pun yang penting "KAMI TETAP SAMPAI JUGAK".. hehehe


Sempat bergambar dengan Banner tajaan kami nie.
Ooopss.. baru perasan semenjak dah lama tak update blog nie, makin tembam plak diri ini.
Wakakakaa... Cantik tak banner tu?


PENGUMUMAN !!!!!! 
Sila ambil perhatian !!! Kepada sesiapa yang ingin membuat "KAD KAWEN" anda lain dari yang lain,
leh lah hubungi Mr Bruce di talian 018-394 6783 @ Office kami ditalian 03-8060 7551.
Boleh email kepada ;  brucesamuel23@yahoo.com
Harga & pakej2 menarik menanti anda semua.
Bukan setakat pakej sahaja yang menarik, tapi sekiranya anda "Bertuah",
anda juga layak mendapat "TAJAAN" dari kami seperti Fazreen.
Itu semua tertakluk pada *** Terma & Syarat.. !!

EDISI KHAS : Woooow.... Dah lama gue tak Update Blog !!!


Begitu lama rasanya Ayumi tak update blog nie.
Hampir kene selsema Ayumi dibuatnya akibat sibuk membuang habuk2 & sawang2
di Blog Ayumi yang tomei2 nie..wakaakakaka.
Maaflah kepada kawan2 yang sudi menanya kaba diri ini & blog ini.

Sebenarnya bukan Ayumi dah tak nak update blog, tapi keadaan yang memaksa Ayumi
tidak sempat untuk menari2kan jari jemari di atas keyboard komputer mahupun laptop bear nie.
Sangat2 buzy sejak akhir2 nie dengan kerja2 di rumah mahupun kerja2 suami.
Hahahahahaha...... Kerja2 suami?

Memanglah, dah namanyer kerja bersama suami.Bukan mengerjakan suami ok... hehehe.
Tapi kalau "Mengerjakan" pun dia amat suka. (** Ooooppps 18sx)
Haishh.. Sebenarnya Ayumi tak tau mana nak mula untuk update blog nie.
Terlampau banyak dah jauh ketinggalan.
Orang lain dah PHD, awok masih Degree !! hihihihi... 
Bilalah agaknyer awok nak katam?

Apapun tunggu dan lihat jerlah yer.
Insyallah, selagi termampu tulang empat kerat ini mengupdate blog,
selagi tu lah kawan2 leh buka & baca blog nie.
Sekali lagi.... I'm Sorry !!! (**Versi Amir Raja Lawak)


Monday, March 7, 2011

Bruce Family's @ The Curve



Ini adalah pic my family mertua a.k.a husband nyer family.
Masa nie wat ala2 family gathering lar sebab adik pempuan Bruce balik cini dari Sarawak. Adik dia tinggal ngan family husband dia kat sana. So bila  sesekali dia balik cini kitaorang akan berkumpul lah. Masa nie adik Bruce ngah preggy 7 bulan (1st baby). My dad in law tak dapat join sebab ada kerja. So yang ada mom in law & makngah family jer ada serta adik2 Bruce.

Kebetulan masa nie Ayumi pun ngah tak baper sihat. So muka pun nampak pucat.
Walaupun begitu, selera makan tetap steady..! Habis licin pinggan i tau.
Semenjak dua menjak nie, kesihatan Ayumi amat tidak menggalakkan.
Kadang2 nak keluar pun malas sangat. Bila time makan pun rasa nak baring jer.
Erm,,,,......

Thursday, February 24, 2011

MEMUPUK SIKAP SUKA MEMBACA SEJAK DARI KECIL

Demam2 pon Ayumi sempat gak nak update blog nie.
Dua hari Ayumi MC tak hadir ke sekolah. Kesian anak2 comel Ayumi kat sekolah
tak belajar coz teacher dia demam + batuk + selsema + sakit kepala.
Kali nie demam berpakage tau !! Alhamdulillah.... dugaan semua nie.

Banyak citer2 yang lepas Ayumi baru nak update.
So, kawan2 tunggu ek. Satu persatu Ayumi akan update.
Kali nie nyer update tentang Kimmy yang suka membaca !  ;)


Memupuk minat suka membaca kepada anak2 perlu diberi pendedahan sejak dari kecil lagi.
Tak kisah  buku apa yang dibaca. Janji dapat membuka lagi minda mereka supaya perkembangan
otaknya berfungsi lebih baik & cepat.
Macam Kimmy nie, dia suka tengok buku yang ada gambar2 berwarna warni.
Yang tak ade warna, kompem di akan wat buku tu seperti sukan olahraga " Lempar Cakera ".
Oleh itu, perlu dielakkan untuk memberi kepadanya buku2 yang tak de warna.


Anak2 sekarang nie, mereka lebih terdedah kepada gemar melihat rupa bentuk motor & kereta.
Ini kerana pendedahan alat mainan mereka yang lebih kepada kenderaan sahaja.
Serupa juga ngan Kimmy, memang sangat taksub bila membuka buku2 kereta & motor yang
Daddy dia selalu beli & langgan setiap bulan.


Buku ABC yang Ayumi beli, diberikan kepada Bear dia untuk baca.
Haish... sangat memanaskan hati ini. Dia lebih cenderung memilih buku2 kereta untuk di lihat.
Yang paling bestnyer, pasti akan keluar suara bunyi2 enjin & ekzos kereta yang sedang berjalan.


Sebelum menamatkan cerita tentang membaca nie, sempat juga nak
post gambar Kimmy bersama pelampung Spider Man dia.
Tak habis2 ajak Daddy & Ummy dia gi berenang. Nie kalau abg dia tau Kimmy beli pelampung baru,
pasti abg dia juga mahukannya.. huhuhu..

Jom tengok gambar Spider Man jadian. Sangat2 comel;


Spider Kimmy
vs

Spider Bear

Monday, February 21, 2011

"PETUA" LAMBAT TUA, "PEMUDA" CEPAT MUDA

Ini merupakan petua untuk lambat tua, dan Pemuda untuk cepat muda.
Petua dia adalah dengan bersukan bermain badminton.
Walaupon tak pandai main, wat2 macam tau je. hehehehe...
So sekarang Ayumi & Husband memang ngah giler main badminton.
Nie gambar masa 10 Feb 2011 yang lepas. Nie pun rembat dari FB Abg Farouk.
Kalau main badminton nie, bukan main sangat pon. Tapi gelak kan orang je lebih masing2. Hehehe..




Nie gambar Ayumi main badminton dengan Kak Moon HotFM.
Mesti semua orang kenal Kak Moon nie kan ? Suara dia selalu keluar kat HotFM untuk baca
berita tentang trafik kesesakan jalan raya.
Inilah wajah yang empunyer suara tue.


Haish... Abg Farouk nie memang saja nak kene kan orang. Ayumi tak ready lagi dah amik gambar.


 Jeng2...jeng..jeng...!
Kak Moon ngah wat aksi apa nie? Adakah ini POco2 wahai Kak Moon?
@ seni Silat Baldi? Hehehe...


Aksi tonggang tonggek Bruce apabila bermain badminton bersama Kazman.


Berehat sebentar selepas kalah 1 set.
Lepaking bersama Cha & Kak Nita. Kak Nita bz ngan game Ipad dia jer.huhuhu..






Itu dia aksi2 Ayumi bermain badminton dengan penuh bersemangat.
Tak lama lagi kompem jadi wakil negara nie..wakakaka...
Time nie Ayumi berpartner ngan Faye.


Apa dorang bertiga wat nie? 
Pakai baju biru tu Azrul Raja Lawak, yg duduk tu Abg Hilmi (pemain yang selalu senyum) & Adifashla.


Uwaa... muka suami isteri yang kepenatan setelah selesai bermain badminton.


Nie gambar kak Nita yang latest tau.
Hehehe... Jangan terkejut, walaupun Kak Nita bertukar warna kulit akibat suka selam menyelam,
tapi dia masih sweet lagi. Huhuhu..


Sian nyer Daddy... Abg Farouk kata nie muka frust kalah 2 set game badminton.


Nie gambar isteri & anak Abg Farouk. Kak Lina & Saby.


Pas main badminton selalunyer kami akan lepak minum kat Restoren Pelita Bangsar.
Kadang2 kami tak dapat juga nak join coz ada masanya kami kene balik awal.
Sebab sok paginyer Bruce nak jumper client @ deliver barang kat customer.


                                                     (***** Sumber Gambar : Abg Farouk Hussain)