Sunday, August 21, 2011

MIMPI MAKAN KEK SEMASA TIDUR


Yaaaa....Rabbi....!!!

Anak sapalah nie punyer perangai.
Bangun dari tidur terus turun mengejar suaminya dengan penuh cemas.

Si suami pula "Terkejut" lalu tak sempat nak "Terkentut".
Si suami bertanya, kenapa cemas semacam jer nie?
Apakah yang berlaku?

Si isteri pula berkata,  
"Umy mimpi tadi. Umy mimpi Umy makan kek kat Secret Recepi".



Si suami memandang dengan penuh "Blur" & secubit "Bengang".


Si suami bertanya lagi pada si isteri.
"Habis tu kenapa turun macam orang mimpi hantu jer?. 
Kek yang Umy makan
dalam mimpi tu bertukar jadi hantu ke?"

Si isteri dengan penuh rasa tak berslah terus menjawab,
"Tak lah..... Umy kejar masa. 
Takut nanti Secret Recepi dah tutup malam nie.
Tu yang Umi berlari nak ajak Daddy gi makan kek sekarang.
Boleh ke?"



Si suami memandang isterinya dengan penuh kesabaran lalu berkata ;
"Nak makan kek malam nie jugak ke? Kalau nak jom lah"


Si isteri dengan penuh gumbira terus menyerahkan kunci kereta
kepada si suami.
Si suami hanya tersenyum & bergelak kecil melihat gelagat isterinya sendiri.

Nasiblah wahai si suami, sebab terpaksa melayan isteri ketika isteri sedang mengidam.
Sangat gumbira wajah si isteri pabila dibawa makan kek "Selepas Bermimpi".
Nampak sangat muka baru bangun tidur.
Tak cuci muka ke apa?



*** Ini adalah cerita "Biasa" kepada suami isteri 
pabila si isteri sedang mengidam.




0 comments:

Post a Comment