Saturday, July 31, 2010

31 JULY 2010 ~ TESCO ACTIVITY WITH NESTLE



Kenapa pulak Bruce jadi jurucakap untuk Nestle plak nie??? huhu
Sebenarnya kami together2 dengan Nestle untuk wat aktiviti & promotion untuk
minggu nie. Bruce tu saja2 je jadi jururcakap Nestle.


Minggu nie kami wat aktiviti Sand Art kat Tesco Puchong nie.
Minggu nie memang ramai & mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Maklumlah, minggu orang ngah gaji. So penuhlah Tesco.
Kanak2 ramai yang berebut2 nak wat sand art nie. Bukan anak2 je,
mak bapak budak pun ada nak join gak..huhu..
Tapi apa pun tetap happening .


So, setelah dorang selesai. Sesi mengambil gambar dengan sand art mereka.
Wah.. tengok tue, cantik2 kan dorang wat.
Next week plak kita kembali dengan Colouring Session.
So adik2 semua jangan lupa datang.


Ayumi ngah tinggal beberapa keping saja lagi untuk dihabiskan.
Pastu kami leh tutup kaunter & balikk!!...
So lepas nie sesapa yang nak join aktiviti bersama kami & Tesco, datanglah
lebih awal sikit sebab setiap minggu hanya terhad.



Haiyooo.. ini amoi Nestle. Asyik2 suwuh Ayumi rasa. Berapa kali rasa daa...
Nestle ada wat promotion untuk minuman dia.
Promotion sampai 1 August 2010 sahaja di Tesco Puchong.
So, apa lagi.... Terjah lah...




Friday, July 30, 2010

TEKNIK MAKEUP by Ayumi


Anda nak mata & makeup anda seperti ROZITA CHE WAN @ DIANA RAFAR ??
Ayumi akan ajar kamu cara anda juga boleh memiliki mata
secantik mereka..
Jom kita sama2 belajar teknik2 makeup untuk anda ke Pejabat @ jalan2..



STEP ~ 1


Pastikan muka anda dibersihkan dulu sebelum mengenakan sebarang makeup.
Lagi bagus kalau anda leh gi cuci muka dengan sabun pencuci muka.
Hehehe... maaf muka Ayumi time nie kepenatan akibat baru lepas mencuci baju.



STEP ~ 2


Ratakan muka anda dengan foundation mengikut jenis warna kulit anda.
Pastikan ianya rata.. Nanti bertompok2 plak foundation kat muka.
Gunalah span untuk sapuan lebih rata. Tertama pada bahagian2 kedutan & liang2 roma.
Muka Ayumi dah macam Tepung Gongak daa...huhuhu...

Selepas itu, gunakan bedak tabur untuk lapisan selepas foundation agar kulit anda
nampak gebu geban menggunakan berus yer. Bukan sapu macam mak kita pakaikan bedak
masa kita kecik2..huhu....




STEP ~ 3


Seterusnya, eyeshadow terpulang kepada anda nak pakai warna apa.
Ianya perlulah bersesuaian dengan warna baju & waktu apa.
Coz setiap warna ada peranannya untuk waktu2 tertentu iaitu samada malam @ siang.
So, nie Ayumi menggunakan warna pink yang dicampur purple.Kemudian Ayumi
campurkan ngan warna hitam supaya nampak mata lebih galak & besar.



STEP ~ 4


Lukis kening anda mengikut bentuk muka anda. Jangan main belasah je.
Nak lukis kening pun ada kira2 nya juga.
Dalam sesi lain nanti Ayumi akan tunjukkan cara membentuk kening.
Untuk mewarnakan kening, anda perlulah mengikut kesesuaian sesorang @ pada rambutnya.
Ada yang sesuai dengan warna hitam. Ada juga yang sesuai warna coklat.




STEP ~ 5


Setelah selesai membentuk kening, tibalah masa untuk memasang bulu mata.
Ayumi bukan pasang bulu mata kat atas je. Kat bawah mata pun sekali Ayumi pakai.
Ini akan menampakkan mata anda nampak comel & bulat.
Boleh dikatakan mata ala-ala "BARBIE"..huhu..
Opppsss... Nak buat mata Rozita Che Wan @ Diana Rafar. Huhuhu..




STEP ~ 6


Untuk memastikan hidung nampak mancung & cantik, hidung pun perlu di shading jugak.
Shading di kedua2 belah batang hidung kamu dengan warna bedak yang agak gelap sikit.
Kemudian lapiskan bedak warna kulit asal tadi dengan perlahan supaya ianya
nampak semulajadi.


Sekarang nie Ayumi nak pakai Blusher kat pipi sekali wat shading muka.
Disebabkan muka Ayumi nie tembam, Ayumi kene shading tepi pipi supaya nampak
lebih tirus sikit. Kalau dulu sebelum bersalin leh letak blusher kat tengah2 pipi
supaya nampak tembam cikit. Tapi sekarang nie tak boleh coz kalau wat cam tu nampak lagi tembam.



STEP ~ 7

Last sekali, ambil pensil bibir & lukiskan ke atas bibir kamu.
Selepas itu lapiskan dengan lipstik yang sesuai dan ditambah dengan lipgloss untuk
menampakkan bibir anda yang seksi & comel itu.




INILAH HASILNYA !!!!!




Jangan lupa, cubalah try selepas nie. Pasti anda pun boleh juga makeup sendiri
dirumah. Cuba tampilkan personaliti yang lain dalam diri anda.
Mesti anda akan merasa satu kelainan yang seharusnya anda akan rasa sangat gembira.
Insyallah....


BIARLAH BULAN BICARA SENDIRI


Marilah kita semua sama2 saksikan Bruce menyanyi sambil bermain Guitar
lagu yang bertajuk "Biarlah Bulan Bicara Sendiri".

Aktiviti nie jugaklah yang selalu kami lakukan dirumah bila bosan2.
Kalau Bruce main guitar, kadang2 Ayumi yang nyanyi.
Maklumlah hidup baru dua orang. Sok kalau dah ada anak2, anak2 plak
yang nyanyi. Daddy & Ummy dia main alat muzik plak.
Ummy dia main alat muzik "Kompang" cukup lah. hehehe....


SEMOGA TERHIBUR !!!!

Thursday, July 29, 2010

BERENANG KE TEPIAN




Boleh dikatakan kami suami isteri nie gemar sangat gi berenang pada waktu malam.
Bukan apa, siang dah tentu2 sesangat sibuk dengan kerja.
Kekadang tu, sampai makan pun leh lupa.






Selalunya kalau kami gi berenang dah lah berdua je.
Dah tentu2 akan bosan giler. So, Ayumi bawa dua orang adik Ayumi nie.
Si tembam tu namanya Eman & Effy.
Dorang nie pantang diajak berenang, laju je nak ikut.


Nielah adik2 Ayumi. Eman & Effy.
Dorang masing2 sekolah lagi. Eman sekarang STPM & Effy baru tingkatan 2.





Tengok lah gelagat dua beradik nie. Si Bruce (husband) plak boleh melayan
karenah dorang nie.
Tue yang seronoknya bawa dorang nie.
Bukan setakat mandi, tapi leh gelak2 lagi.


Aksi2 Bruce ngan si Eman. Sama lah tu perangai ... 2 X 5  !!



FREE KIDS EVENT ; Sponser By TESCO



Alhamdulillah, rezeki nak dekat2 bulan puasa nie makin mencurah2 datang nyer.
Nie semua rezeki anak. Tapi anak dah ada dengan Allah. So, kami kongsi ngan family
& anak angkat kami si Kimmy.


Semoga Allah akan sentiasa memberkati rezeki kami.
Time nie kami ada event kat Tesco Puchong untuk program weekend Tesco.
So Last week kami wat Colouring Session & Magic Show.
Aktiviti nie kami buat atas kepercayaan pihak Tesco pada company kami
untuk menjalankan aktiviti ini sebaik mungkin.


Aktiviti nie kami jalankan setiap hari sabtu, jam 1.30petang hingga 4.00petang.
So, kepada sesiapa yang ada anak2 dibawah umur 8tahun, boleh lah datang ke Tesco
setiap hari sabtu coz ada banyak aktiviti untuk kanak2.


Nie gambar colour & alat Magic yang kamu buat sabtu lalu.



Muka ngah menunggu bila lah nak start program nie.
 Coz kami kene tunggu pihak Tesco announce kat pengunjung Tesco bila akan start.


So, selepas announce ramailah kanak2 yang datang untuk mewarna free tau.
Selepas siap mewarna, mereka leh bawa balik colour yang kami bagi tadi. Cuma kertas yang
diwarnakan tu je kene pulang balik.


Wah.... si adik Ayumi (Effy) tu dah gi jalan2 wat Magic Card dia.
Terkene pakcik tue dengan Magic Effy.




Sesi magic pun dah bermula. Seronok masing2 nak tengok Magic Show Effy.
Siap ada yang tanya nak belajar Magiclah & ada yang tanya nak kalau kami wat show Magic
utuk Besday Party.
Sambutan event pertama nie boleh dikatakan agak meriah jugak.
Coz ianya baru pertama kali Tesco anjurkan.
So, next week insyallah dah ramai yang tahu. So harap2 sesuatu yang berlainan akan
berlaku. Amin........



Tuesday, July 27, 2010

BERLENGGING ANAK BERANAK




Makin nak dekat bulan puasa nie, makin panas cuaca kat luar kan.
Tu dah menjadi kebiasaan bila tibanya bulan puasa.
Akibat daripada cuaca yang panas, anak & bapak sama2 berlengging.
Tengoklah si Kimmy hanya pakai pempers dia je.


Nie plak Daddy dia ngan tak berbaju.. Wah..!! so sexy.. huhu..
I Like !!!

Eloklah tu anak beranak berlengging sambil melayan anak main bola.
Si Kimmy plak dia suwuh Daddy dia bangun main bola ngan dia.
Tapi Daddy dia dah kepenatan lalu kebaringan kat lantai.


UIsh..!! Kimmy2... main sampai tertonggeng2..
Si Kimmy nie pantang dengan bola. Dia memang suka sangat main bola.

Jangan sok main bola macam Daddy sampai operate lutut tue yer.

TESCO VOUCHER




Yuhuuu...!!! Tesco Voucher..
Ayumi dapat Tesco Voucher daripada pihak Tesco tau.
Setiap bulan Ayumi akan dapat Tesco Voucher RM1,200/=.
Gempak tak????? hehehe...

Shopping.....shopping!!!!
Bulan lepas kami dapat RM600/=, so bulan nie & seterusnya kami
akan dapat RM1,200/= setiap bulan.
Alhamdulillah... syukur sesangat2..
Dapat Ayumi shopping, tapi kat Tesco je lah.. huhu...

Thank You Tesco. Jangan lupa bagi lah lebih2 lagi.  =)


BBQ DI RUMAH



Asyik2 makan nasi... Nasi... & nasi..
Naik bosan kadang2. Kalau tak nasi, makan fast food.
Tetiba malam tu dapat idea plak nak berBBQ kat umah.
Kami berBBQ dua orang jelah laki bini. Kalau Kimmy ada best cikit.
Tapi Kimmy balik umah mak kandung dia lah bila malam. hehehe..


Malam tue kami BBQ kepak ayam yang telah diperap rempah & udang.
Ingat nak BBQ sosej & ikan, tapi bila pikir balik sapa nak makan.
So, Ayumi masukkan balik ianya ke dalam peti ais.


Lihatlah reaksi Bruce yang tengah BBQ kan kepak ayam & udang.
Hehe.. asap2 semua masuk umah. Kompem nyamuk tak de & Ayumi terpaksalah
memFEBREZZ kan satu rumah supaya hilang bau2 asap.


Heheh... Piss.!! makanan dah siap.
Lapar nie, dari tadi asik hidu bau je. Perut dah bunyi kompang Perak dah nie..huhu..