Friday, July 30, 2010

TEKNIK MAKEUP by Ayumi


Anda nak mata & makeup anda seperti ROZITA CHE WAN @ DIANA RAFAR ??
Ayumi akan ajar kamu cara anda juga boleh memiliki mata
secantik mereka..
Jom kita sama2 belajar teknik2 makeup untuk anda ke Pejabat @ jalan2..



STEP ~ 1


Pastikan muka anda dibersihkan dulu sebelum mengenakan sebarang makeup.
Lagi bagus kalau anda leh gi cuci muka dengan sabun pencuci muka.
Hehehe... maaf muka Ayumi time nie kepenatan akibat baru lepas mencuci baju.



STEP ~ 2


Ratakan muka anda dengan foundation mengikut jenis warna kulit anda.
Pastikan ianya rata.. Nanti bertompok2 plak foundation kat muka.
Gunalah span untuk sapuan lebih rata. Tertama pada bahagian2 kedutan & liang2 roma.
Muka Ayumi dah macam Tepung Gongak daa...huhuhu...

Selepas itu, gunakan bedak tabur untuk lapisan selepas foundation agar kulit anda
nampak gebu geban menggunakan berus yer. Bukan sapu macam mak kita pakaikan bedak
masa kita kecik2..huhu....




STEP ~ 3


Seterusnya, eyeshadow terpulang kepada anda nak pakai warna apa.
Ianya perlulah bersesuaian dengan warna baju & waktu apa.
Coz setiap warna ada peranannya untuk waktu2 tertentu iaitu samada malam @ siang.
So, nie Ayumi menggunakan warna pink yang dicampur purple.Kemudian Ayumi
campurkan ngan warna hitam supaya nampak mata lebih galak & besar.



STEP ~ 4


Lukis kening anda mengikut bentuk muka anda. Jangan main belasah je.
Nak lukis kening pun ada kira2 nya juga.
Dalam sesi lain nanti Ayumi akan tunjukkan cara membentuk kening.
Untuk mewarnakan kening, anda perlulah mengikut kesesuaian sesorang @ pada rambutnya.
Ada yang sesuai dengan warna hitam. Ada juga yang sesuai warna coklat.




STEP ~ 5


Setelah selesai membentuk kening, tibalah masa untuk memasang bulu mata.
Ayumi bukan pasang bulu mata kat atas je. Kat bawah mata pun sekali Ayumi pakai.
Ini akan menampakkan mata anda nampak comel & bulat.
Boleh dikatakan mata ala-ala "BARBIE"..huhu..
Opppsss... Nak buat mata Rozita Che Wan @ Diana Rafar. Huhuhu..




STEP ~ 6


Untuk memastikan hidung nampak mancung & cantik, hidung pun perlu di shading jugak.
Shading di kedua2 belah batang hidung kamu dengan warna bedak yang agak gelap sikit.
Kemudian lapiskan bedak warna kulit asal tadi dengan perlahan supaya ianya
nampak semulajadi.


Sekarang nie Ayumi nak pakai Blusher kat pipi sekali wat shading muka.
Disebabkan muka Ayumi nie tembam, Ayumi kene shading tepi pipi supaya nampak
lebih tirus sikit. Kalau dulu sebelum bersalin leh letak blusher kat tengah2 pipi
supaya nampak tembam cikit. Tapi sekarang nie tak boleh coz kalau wat cam tu nampak lagi tembam.



STEP ~ 7

Last sekali, ambil pensil bibir & lukiskan ke atas bibir kamu.
Selepas itu lapiskan dengan lipstik yang sesuai dan ditambah dengan lipgloss untuk
menampakkan bibir anda yang seksi & comel itu.




INILAH HASILNYA !!!!!




Jangan lupa, cubalah try selepas nie. Pasti anda pun boleh juga makeup sendiri
dirumah. Cuba tampilkan personaliti yang lain dalam diri anda.
Mesti anda akan merasa satu kelainan yang seharusnya anda akan rasa sangat gembira.
Insyallah....


0 comments:

Post a Comment