Tuesday, November 30, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN FAHMI & ROHAYU

Pada  28 Nov 2010, iaitu minggu lepas, Ayumi &kawan2 gi ke 
Majlis Perkawinan Fahami & isterinya Rahayu.
Majlis diadakan di Dewan Puchong Indah, Puchong.
Bertemakan Merah & Putih yang menyerlahkan lagi seri kedua2 pengantin.

Fahami nie merupakan kawan sekolah Ayumi dulu. Rahayu plak,
Ayumi kenal masa kami sama2 kerja dalam satu bangunan kat IOI Properties.
So, kiranya kedua2 pengantin Ayumi dah kenal.
Yang Ayumi gi nie kiranya majlis pihak lelaki. Majlis pihak perempuan telah
diadakan di Kedah.






Ayumi gi kenduri nie ngan The Wonder Girl Geng'S Ayumi.
Cam biasalah.... Ejan , Sheila & Izza.
Bruce tak dapat nak join coz dia ada banyak kerja2 dia yang lum disettlekan.
Sebab semua kerja nak dihantar pada hari Isnin nyer.





Kalau Fahami & isteri baca nie, Ayumi nak ucapkan sekali lagi
Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal & bahagia sehingga akhir hayat.
Semoga juga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
~ Amin ~


Monday, November 29, 2010

KENANGAN AKHIR TAHUN



Bergambar untuk kenangan akhir tahun.
Al maklumlah dah cuti sekolah kan. Masa nie Majlis Anugerah Cemerlang
bagi murid2 Tahun 1 sehinggalah Tahun 6.
Jadi kami mengambil kesempatan bergambor bersama.
Kak Ain, Kak Haniza , Ila & Ayumi memang sudah tentunya kaki bergambor..hehehe..


Gambar kat atas nie gambar Ayumi ngan kak Ain@ Aini.
Kak Ain nie dia mengajar pagi. Tapi kami tetap akrab walaupon Ayumi mengajar
waktu petang.


Gambar atas nie dah tentu2nya si Fadzilah. Kawan Ayumi dari kecik
sampai dah besor nie.
Majlis nie diadakan sebelum cuti sekolah ari tu.
Cuma agak lambat je nak pos kat blog nie. Sebab gambar2 nie semua dalam handphone.


Gambar yang nie plak, Ayumi bersama kak Haniza.
Cikgu yang paling sporting, gambel, & giler2..
++++ ngan rock skali.. Hehehe..
Jangan marah ek Kak Niza.

Tak sempat nak bergambar ngan Kak Ton & Ana.
Erm... tak pe lah next time kita bergambar ek.
Apa pon miss u all...

Sunday, November 28, 2010

WONDER GIRL's CILIK YANG HEBAT

 Persembahan Wonder Girl telah mendapat perhatian ramai..
Cayalah anak2 murid teacher nie.
Sampai kan persembahan kami kene wat persembahan sekali lagi semasa
Majlis Penutup tau.. hehehe...
Nie hamper2 dari pihak sekolah kepada Puteri2 Wonder Girls teacher..
Tahniah.... Teacher Ayumi Love & Miss U all..!!


Ayumi dah kembali mengUpload Video anak2 murid Ayumi menari.
Nie adalah Original nyer Persembahan diorang masa Hari Kanak2 tempoh hari.
Hari tu Ayumi upload dorang menari time latihan.
Nie plak time persembahan dorang..

Wah nampak comel dorang bila dah makeup & pakai baju gaun cantik2..
Walau apa pon.... murid2 Teacher memang best & sporting.
Macam teacher Ayumi dia jugak..hehehe..

Kawan2 jom Enjoy video nie..

HAPPY BIRTHDAY DADDY & KAKAK


Selamat Ulang Tahun kelahiran untuk daddy (husband) pada 26 Nov 2010 ari tu,
dan juga untuk arwah kakak Siti Aisyah binti Mohd Fairus (anak sulung kami) pada 28 Nov 2010.
Besday husband & arwah anak memang dekat sangat.
Kalau dia masih ada, dah tentu2 ikut perangai Daddy dia.
29 Nov 2010, genap pula setahun dia pergi meninggalkan kami.

Apa pon kami redha & bersyukur dengan kehendak Illahi.
Semuanya telah diaturkan untuk kami. Kami sebagai hambanya, perlu sabar & redha
atas apa jua yang terjadi.
Kami mengharapkan Allah sentiasa melindungi kami & memberikan kami sejuta hikmah
serta rezeki yang melimpah ruah atas apa saja yang ditakdirkan.
Insyallah...Amin.

Tahun nie Bruce dah genap umur nya 29tahun.
Tahun nie nyer besday, Bruce tak de semangat nak sambut besday.
Coz dia kata, Besday dia membuatkan setiap masa dia mengingati arwah anak kami.
So, kami bercadang tak sambut besday Bruce wat masa terdekat nie.

Aktiviti kami sepanjang hari tu, hanya lepak saja dirumah.
Pagi2nya kami pergi ke kubur untuk menziarahi kubur arwah anak kami.
Selepas itu kami menghabiskan masa bersama dirumah.
Bruce meminta Ayumi memasakkan nasi lemak daun pisang kegemarannya.



Jeng2....jeng...... hehehe..
Disebabkan tak celebrate kat luar, so Ayumi menuruti segala permintaan Bruce
sempana besday boy lah katakan.. huhu...
Nasi Lemak Daun Pisang pon dah siap Ayumi sediakan.
Bruce ari tu makan pun tak ingat.
 P/S to Daddy : Daddy, Ummy ucapkan Happy Besday . Semoga Daddy dipanjangkan umur,
murah rezeki & keluarga kita sentiasa dirahmati Allah.
Ummy sayang sangat2 Daddy. Daddy lah cinta Ummy sehingga akhir hayat.
~ Amin ~












Wednesday, November 24, 2010

AKHIRNYA... PULANG JUA KE PUCHONG

ISTERI PERLU SENTIASA DI SISI SUAMI
PART5

Mesti ada yang tertanya2, kerja apa plak yang husband Ayumi wat kat Melaka nie.
Sebenarnya Bruce dipanggil untuk wat Design banner, tag, buku aturcara& backdrop 
Pelancaran NASA 2010 nie.
Setelah selesai design & siap banner tu di print, so pada malamnya 
kami menggantung banner2 yang dah siap tu.
Gantung kat sekitar jalan2 area Melaka & bangunan Planetarium tu sendiri.



Setelah selesai semua kerja2.., kami pun singgah makan kat
Restoren Subaidah kat depan Planetarium nie.
Restoren nie buka 24 jam.
Restoren nie bagaikan Restoren NZ di KL. Tapi kat melaka Restoren Subaidah yang fames..



Kepenatan tu memang tergambar diwajah kami nie.
Terutama husband Ayumi yang selama 6 hari tak cukup tidur.
Bila dah siap & ada hasil kerja tu depan mata, penat yang sebelum nie
terhapus begitu sahaja.

Keesokkan paginya kami bersarapan kat area resort kami.
Tetiba ternampak botol air berkabonat masa zaman dulu2..
Hehehehe.. terasa agak teruja bila melihat kembali.
Selalunya air akan dituang ke dalam plastik, then baru leh minum.
Bruce plak  tak nak letak dalam plastik.
Dia nak beli botol tu sekali. Makcik kedai tu gelak je tengok gelagat kami.
Mesti dia kata macam tak penah jumpe.
Memang tak penah jumpe apa kat Puchong @pon KL.

So, makcik tu kata klu nak beli sekali dengan botol dia kene tambah
lagi 30sen.. Bruce setuju & beli air tu 2 botol.
Perisa Buah2an & Anggur.


Setelas selesai sarapan, kami terus gerak ke Planetarium
untuk jenguk sakali lagi hasil kerja2 kami.
Wah... cantik juga ek hasil design husband gue..
Bila tengok pada siang hari nampak cantik.


Ini sebahagian hasil design Bruce untuk Pelancaran NASA 2010 nie.
Banyak lagi banner2 yang lain yang tak sempat Ayumi nak amik.


Yang nie plak design name tag.


Sebelum kami nak gerak balik, Bruce sempat jumpe dengan GM Planetarium Melaka.
En Wira merupan GM baru kat sana.
En Wira nie sangat steady tau orang nya. Cakap pun lembut je.
Orang kata very The Sopan lah..


Ini suasana di luar persekitaran Planetarium.
Ngah sibuk memasang khemah2 untuk majlis perasmian esoknya.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam.








 
Setelah selesai semuanya... Kami pon pulang ke resort untuk check out.
Yeye... akhirnya balik jugak.
Rindu batal busuk kat umah..!!

@ PLANETARIUM MELAKA

ISTERI PERLU SENTIASA DI SISI SUAMI
PART4

Nie Ayumi kongsi ngan kawan2 semua gambar2 dalam 
Planetarium Melaka.
Bawalah anak2  jalan2 ke sini. Promotion tiket dia dari 22-28 Nov 2010 nie
cuma RM8 untuk dewasa & RM5 untuk kanak2 & pelajar...