Saturday, November 13, 2010

KESAN PEMAKAIAN KASUT TUMIT TINGGI



Wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan . Ada segelintir wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg tangan atau pakaian.

Namun antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita patah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingna yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

Kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum wanita. Terdapat pelbagai rekaan, warna dan jenama dengan harga berbeza dijual di pelbagai pusat beli belah. Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yagn mengenakan sepaut tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.
Menurut satu kajian yan gdijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalamam dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku keranan kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanit menyangka ia adalah ‘perut buncit’.

Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut. Visceroptosis ialah keadaan yan biasanya menyerang wanita memakai keroset atau barut tetapi kini ia menemui ‘mangsa’ baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan. Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

Lebih serius tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya , anda boleh cuba menggunakan beg seimbang pada kedua-dua belah bahu. Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.


**** P/S : Hadoooii.... takkan Ayumi nak buang semua kasut tumit tinggi tue..
Uwaaa........ xmoo2....



0 comments:

Post a Comment