Tuesday, January 19, 2010

CINTA KU , SITI AISYAH BINTI MOHD FAIRUS ~ PART 1

KISAH SEBUAH CINTA
Episod 1: SUKA DUKA BERSAMA




Di sini aku berkongsi ceritera ku detik2 suka & duka aku bersama suami tercinta.
Tidak ramai yang mengetahui cerita ku sewaktu aku melahirkan anak aku November lalu.
Pada 23 November 09, aku bangun dari tidur & terus menuju ke bilik air untuk mandi.
Aku ketika itu sudah terlewat untuk pergi bekerja.
Jam yang menunjukkan pukul 8.00pagi itu membuatkan fikiran ku lebih pantas
membayangkan keadaan jalan raya yg begitu sesak akan aku hadapi.


Ketika aku menanggalkan pakaian utk mandi, aku terkejut kerana
terdapat pendarahan pada seluarku.
Di dalam hati kecil ku terus berkata "Ya Allah, darah!!."
Aku ketika itu tidak tahu ungkapan & tindakan apa yang harus aku lakukan.
Agak lama aku memandang darah yg berada di seluar ku itu.
Tergamam seketika memikirkan perkara2 yang diluar fikiranku.
Hati ku ini makin kuat berdebar2 kerisauan.

 
Aku memanggil suami ku yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
" Daddy....daddy... Sini kejap!"
Lantas suami ku bergegas datang kepadaku..
Aku terus menunjukkan seluar yang dipenuhi darah itu kepada suamiku.
Lalu dia terus berkata,
" Mandi, siap2 kita terus pergi klinik! "
Dalam perjalanan ke klinik, suasana di dalam kereta sunyi sepi.
Tiada kedengaran radio & suara kami berdua.
Kami ketika itu masing2 dalam keadaan yang amat kerisauan sekali.
Masing2 fikiran melayang entah kemana.


Semasa berhenti di lampu isyarat, suamiku terus menggenggam
erat tangan ku lalu menciumnya.
" Ummi, bawak bertenang k... Insyallah kita berdoa tak ada apa2 yang berlaku! "
Kata2 yang terkeluar dari mulut suami ku setibanya kami di klinik.


Setibanya aku di klinik, aku & suami terus diarahkan pergi ke Hospital yang berdekatan
iaitu " Hospital Serdang ".
Ini kerana kes pendarahan untuk kandungan 6bulan lebih memerlukan
pemeriksaan terus di hospital.
Kami terus bergegas ke hospital. Suami ku yang tidak putus2 memberikan aku
kata2 semangat sepanjang perjalanan ke hospital.
Aku bersyukur mempunyai suami yang amat2 memahami diriku ini.
Aku terus berfikiran " Positif " ketika itu. Dengan harapan tiada apa2 perkara
yang buruk akan berlaku.
Dalam hatiku sentiasa Beristifar & Berdoa agar semuanya selamat.


Sampai sahaja aku & suami di hospital, aku terus dimasukkan kedalam
Bilik Bersalin untuk pemeriksaan.
Ya Allah... ketika itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan & keadaan aku
ketika itu.
Suami aku pula tidak dibenarkan masuk sekali.
Makin bertambah2lah kuatnya degupan jantung ku ini.
Aku terus diperiksa oleh nurse2 di situ. Ambil ujian tekanan darah,
air kencing, ambil sample darah dan sebagainya.


Tibalah masa nurse membuat pemeriksaan ke atas kandunganku.
Ketika kandungan aku di scan, aku terlihat anakku bergerak2 di dalam skrin
scan tersebut.
Hanya Allah je yang tahu perasaan ku ketika itu.
Wajahku yang tadinya resah kerisauan, bertukar dengan senyuman tatkala
muncul wajah permata hatiku yang akan aku lahirkan nanti.


Nurse terus membuat pemeriksaan selanjutnya ke atas diriku.
Nurse telah memasukkan " Speculum " ke atas diriku.
Terasa kesakitan yang amat sangat.
Tiba2, nurse2 di situ memandang diantara satu sama lain.
Mereka saling berbisikkan seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Lalu nurse tersebut menjerit memanggil doktor yang bertugas untuk segera
melihat keadaan ku.


Makin bertambah laju degupan jantung aku ketika itu.
Seperti mahu menangis akibat ketakutan yang teramat sgt walaupun aku
tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Doktor dengan keadaan berlari keanak2an terus datang menghampiri ku.
Sepantasnya dia mencapai Glove "Sarung Tangan" dari nurse tersebut.
Setelah doktor membuat pemeriksaan ke atas ku, dia terus
bertanya pada ku, " Ada rasa sakit2 macam nak bersalin x? "
Aku menjawab "Tidak".




Doktor terus berkata lagi, " Awak baru 6bulan lebih, erm.. mcm mana
leh jadi mcm ni? "


Aku dengan terpinga2 ketika itu menjawab " Kenapa doktor? "


Doktor hanya diam seketika lalu menggelengkan kepalanya.
Aku terus bertanya lagi " Kenapa ni? Apa yang berlaku? "
Tetapi layanan aku tidak dipedulikan.

 
Selang beberapa saat, doktor memberitahu yang aku
perlu ditahan wad untuk pemeriksaan selanjutnya.
Aku menjadi semakin pelik & risau.
Dengan pantas aku terus menarik tangan salah seorang nurse yang berada
di situ. Aku bertanya lagi " Apa yang berlaku sebenarnya? "


Nurse tersebut terus meminta agar aku bersabar.
Aku terus mendesaknya untuk memberitahu aku hal sebenarnya.
Nurse tersebut menarik nafasnya seolah2 dia sedang mengeluh lalu
dia berkata " Awak dah buka 3cm. Tapi kandungan awak baru 6 bulan "
Aku tergamam seketika lalu terus mendiamkan diri.
"Ya Allah, apa yang berlaku pada diriku ini? "
"Selamatkan lah Kandungan ku ya Allah "


Doktor meminta aku tunggu sebentar sementara dia memanggil suamiku
masuk ke dalam bilik bersalin.
Dengan keadaan fikiran ku yang melayang2, tiba2 muncul wajah suamiku.






Episod 2 : SUKA DUKA BERSAMA


Aku terus menghulurkan tangan ku ke arahnya. Suami ku dengan sepantasnya


menyambut & menggenggam erat tangan ini.


Hanya kata2 yang sama sentiasa dilintaskan dihadapanku.


" Ummi, bersabar ye. Byk2 berdoa pd Allah, agar semuanya selamat"





Tidak lama kemudian, doktor datang bersama beberapa nurse2 pelatih.


Doktor memulakan percakapannya dengan "Diharap Kamu berdua bersabar ye".


Aku & suami saling berpandangan antara satu sama lain.


Seolah2 bertanya diantara kami apakah yang akan terjadi sebenarnya.


Doktor menyambungkan lagi kata2nya.


Dia telah memberitahu kami kandungan aku dalam kaeadaan yang baik.


Tetapi doktor berkata dia juga agak musykil, bagaimana aku telah terbuka 3cm?


Dan aku juga tidak merasa sakit seperti mana ibu2 yang akan melahirkan anak.





Aku & suami terpinga2 seolah2, apakah sebenarnya yang mahu doktor sampaikan kepada kami.


Tiba2, ada seorang nurse bertanya kepadaku...


" Awak Angkat Barang2 Berat ke? @ Awak Ada terjatuh?"


"Mungkin awak salah mkn, mkn makanan yg tajam2.."


Aku terus menjawab "Setahu saya tak ada".


Kemudian, doktor & nurse berlalu begitu saja.




Aku telah di arahkan oleh nurse utk menukar pakaianku.
Selain itu, aku juga perlu diambil lagi sekali ujian darah, air kencing, dan sebagainya sebelum aku
dihantar ke wad bersalin.



Ini lah kali pertama aku masuk ke hospital.
Suasana yang agak bosan menyelubungi aku. Maklumlah, hospital kerajaan. Suami tidak dibenarkan
menunggu sepenuh masa.
Hanya waktu2 melawat @ utk kes2 tertentu sahaja dibenarkan masuk.

Pada hari pertama & kedua aku dimasukkan ke hospital,
aku sentiasa diperiksa oleh nurse & doktor2 pelatih.
Cuma diwaktu tengahari sahaja doktor pakar akan datang melawat.
Aku telah disuntik ubat untuk mematangkan paru2 baby setiap 12 jam sekali.
Hanya Allah saja yang tahu sakit aku disuntik.
Ini kerana ubat suntikkan tu bukan cecair biasa tetapi berbentuk gel.
Bayangkanlah gel tu disuntik ke dalam bdn aku setiap 12 jam.

Akibat dari xtahan setiap kali disuntik, aku mengalami demam panas pada hari ketiga.
Aku mengadu kesakitan yang aku alami kepada suamiku.
Dia berasa sangat sedih kerana nurse & doktor yang datang untuk memeriksa aku
ambil sambil lewa je.
Langsung tidak mengambil suhu badan aku.
Sehingga pada malam aku demam, aku menggigil kesejukkan.

Darah yang keluar mencurah2 seperti aku ditikam.
Aku pun tidak tahu kenapa sampai begitu sekali.
Setiap kali aku meminta nurse mengambil bacaan degupan jantung baby aku dalam
kandungan.
Setiap kali mengambil bacaan itu, setiap kali aku berdoa agar dia selamat & masih benyawa.
Demam aku semakin panas. Nurse masih lagi tidak mengambil bacaan suhu badan aku.
Terasa pelik sangat pada ketika itu.
Bila mengadu, hanya suntikkan ubat tidur diberikan padaku.

Dah lah disuntik 12jam sekali dgn gel. Kemudian disuntik lagi dgn ubat tidur.
Aku merasakan diriku diperbuat seperti bahan uji kaji pula.
Masuk hari keempat aku dihospital. Masih demam panas.
Tekanan darah aku mulai turun dengan mendadak.
Ketika itu aku  merasakan kepalaku sangat berat. Badan2 turut merasa sangat lemah.
Akibat dari kehilangan banyak darah.
Hari keempat di hospital ini juga, aku menyambut "Hari Lahir" & "Hari Raya AidilAdha"
di hospital bersama suamiku.
Tanggal 26 November 2009.
Hanya ungkapan & ciuman sahaja dapat aku berikan pada suamiku.

Sedih juga ketika itu tidak dapat meraikan Ulang Tahun Kelahiran Suamiku.
Sepatutnya aku telah bercadang untuk menyambutnya bersama diluar.
Hari Raya yang sepatutnya diraikan bersama keluarga juga didak kesampaian.
Tapi apakan daya aku telah ditahan di hospital.
Pada hari tu, aku telah diperiksa oleh doktor pakar yang aku rasa dia org lama disitu.
Dia telah membuat pemeriksaan ke atas aku.
Terdapat lebih kurang 8 orang doktor pelatih ikut bersama.

Doktor pakar tu telah memarahi doktor pelatih yang lain.
Disebabkan mereka langsung tak ambil serius atas kerja  mereka. Ini kerana doktor pakar tu
memberitahu yang aku demam terlalu panas.
Apabila diminta untuk report suhu badan aku, mereka langsung tidak ambil.
Apa lagi, semua doktor2 pelatih tu kena marah depan aku.

Pada petang tu, aku merasakan sakit pinggang yang amat sgt.
Seperti merasakan pinggang ku ini dicengkam sekuat2nya.
Bila sakit pinggang tu datang, makin mencurah2 darah yang keluar.
Darah yang keluar sehinggakan tidak boleh dikawal lagi.

Pad yang aku pakai pun tidak boleh menampung darah aku yang keluar begitu banyak.
Hanya terlantar aku di katil.
Cadar & Selimut hanya dibasahi oleh darah2 aku.
Berlapis2 cadar & selimut dikatil ku untuk menutupi darah yang mengalir.

Pada malam itu, sakit pinggang aku semakin menjadi2.
Seminit sekali sakit yang mencengkam itu dtg. Tapi hanya di pinggang kanan ku sahaja.
Aku merasa pelik. Nurse berkata kalau orang nak bersalin mmg akan sakit pinggang seperti
kita nak peroid.
Tapi aku hanya sakit di bahagian kanan pinggang sahaja.





Akibat daripada tidak tahan menanggung kesakitan yang teramat sgt,
suami ku terus memanggil nurse.
Nurse tersebut segara memanggil doktor yang bertugas.
Doktor mengesahkan aku dah buka "10cm".

Ya Allah amat terkejutnya aku.
Apabila aku di masukkan Speculum, doktor mendapati kelongsong baby hampir keluar.
Hanya 2cm lagi.
Doktor menyarankan aku supaya aku bertahan untuk tidak melahirkan baby aku.
Doktor kata aku kena bertahan lagi 3 minggu untuk menggenapkan kandungan aku
berusia 7 bulan.

Ya Allah mcm mana aku nak simpan baby aku dalam kandungan lagi 3 minggu?.
Aku terus menjadi binggung & risau yang bercampur sedih.
Sakit Pinggang aku makin kuat sakitnya. Darah pula tidak berhenti2 mencurah keluar.
Sehingga aku meminta suami ku membacakan surah "Yassin" utk diriku & kandungan.

Setelah itu, aku & suami mengambil keputusan untuk keluarkan juga baby dalam
kandunganku.
Sakit yang aku alami sehingga menyebabkan aku seperti merasakan diri aku ini
bukan aku sebenarnya.
Kadang2 apabila terasa sakit yang amat sgt, merasakan "Adakah Allah ingin mengambilku sekarang?"

Hanya istifar & selawat aku bacakan.
Sesungguhnya pada waktu itu, aku perlu kuat menghadapi ujian dari Allah.

Keesokkan harinya, aku & suami memberitahu doktor bahawa
aku & suami bertekad mengambil keputusan untuk melahirkan baby ku.
Aku terperanjat dengan kata2 doktor tersebut yang menyatakan
"Kalau Boleh, u teran lah"
Sambil doktor tersebut mencekak pinggangnya.

Ya Allah, apakah ini dugaan darimu?
Aku yang sentiasa disuntik oleh ubat gel & tidur, membuatkan badan aku terus berasa lemah.
Bacaan degupan jantung anakku juga makin menurun.

Aku menjadi semakin risau. Jantung baby menurun mungkin disebabkan oleh suntikan
yang mereka bagi pada ku.

Pada pukul 4 pg, aku mengejutkan suami ku yang tertidur di bangku sebelah katilku.
Ketika itu, aku merasakan aku benar2 tidak boleh bertahan lagi.
Suamiku menyuruh aku melakukannya.
Dia berkata "Nyawa Aku lebih penting dari segalanya"

Ketika itu hati aku berbelah bagi.
Diantara Nyawaku & Nyawa Anakku.
Ya Allah berikan lah aku petunjuk mu.

Aku & Suami terpaksa akur & redha dgn apa saja yang akan berlaku.
Kami mengharapkan hanya pertolongan dari Allah yg MAha Berkuasa.
Aku meneran sekuat2 hatiku untuk mengeluarkan baby dalam kandunganku.
Ini disebabkan aku tidak merasakan sakit bersalin. Cuma aku merasakan sakit pinggang
yang teramat sgt.

Aku terus meneran sekuat2 hati.
Baby yang aku teran, keluar dengan kelongsongnya sekali.
Air tetubanku tak boleh dipecahkan disebabkan baby aku yang tidak cukup bulan.
Aku melahirkannya songgang. Kaki baby keluar dulu.
 Suami ku hanya berkata, "Ummi.... Baby!!"

Sehingga aku tak berdaya meneran untuk mengeluarkan kepala baby.
Ketika itu, aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila suamiku menyuruh aku teran.
Krana aku tidak mampu lagi untuk meneran.
Suami terus memanggil nurse.
Nurse & doktor yang datang juga memaksa ku utk berteran lagi.
Namun aku tak berdaya.
Menggigil & kesejukkan aku menerannya.

Kemudian, doktor terpaksa memecahkan kelongsong babyku.
Dan mengeluarkan kepala baby dgn tangannya.
Aku merasakan amat lega apabila baby telah keluar.

Tapi aku merasa hairan seketika, kenapa xkedengaran suara baby ku?
Rupa2nya baby yang aku lahirkan td, nurse terus memasukkan "oksigen" ke dalam mulutnya.
Hanya aku dapat melihat babyku dibawa berlari oleh nurse ke bilik NICU.
Dalam keadaan yang lemah, hanya aku dapat mengalirkan air mata melihat
babyku dibawa pergi.

Tidak seperti ibu2 lain yang dapat mengucup baby mereka setelah dilahirkan.

                                                      ***** bersambung............





Gambar2 sehari sebelum aku bersalin.