Thursday, September 30, 2010

TIBA-TIBA AKU TERFIKIR !


Dah lama aku tak update blog aku nie.
Kat Cbox aku siap ada yang kata " Dah Bersawang Blog Nie"..
tak sempat sesangat nak update.
Terlalu banyak perkara nak buat & dipikirkan.


 
 

Bulan Oktober 2010 nie, usia aku dah genap 24tahun.
Kiranya tahun depan 2011, aku dah masuk 25tahun.
Cepatnya masa berlalu.
Aku rasakan aku masih lagi diusia 23tahun. hehehe....

Perubahan kat aku??
Makin berisi badan adalah..
Perkahwinan muda aku memang benar2 mematangkan aku
tentang erti kehidupan.
Mengenal jati diri, perihal orang disekeliling kita & bermacam2 lagi.

Rumahtangga, syukur alhamdulillah. Mengharapkan kebahagian
sehingga akhir hayat.
Kalau dulu sebelum kawen memang sesangat malas nak masak.
Tapi selepas kawen nie, memasak tu jadi satu hobi pulak.
Setiap hari yang masak resepi yang berlainan.
Tue sebab Bruce & aku makin cubby !


Jadi surirumahtangga nie best jugak. Kalau dulu bila kerja
asik pikir masalah pejabat & sekeliling pejabat.
Sekarang nie, fikir " Apa nak masak hari nie?, Apa nak buat hari nie? ".
Kadang2 tue terasa juga bosan bila dah tak ada apa nak buat.
Kalau ada anak tue, memang penuh ar jadual harian.
Rezeki untuk 2nd Baby belum lagi.
Insyallah, semuanya dari Allah Taala. Kalau dia kata nak bagi, dia akan bagi.
Kita nie Berusaha & Berdoakan.