Tuesday, June 29, 2010

GAME FACEBOOK.... LAYAN

RESTOREN CITY


Makin giler dibuatnyer ngan Game FaceBook nie.
Ayumi rasa kalau sehari tak layan game nie memang tak sah.
Ada saja yang nak di tukar & nak dibeli.
Bruce pun layan gak main game nie.
Tapi kat atas nie pic restoren Ayumi. Bruce nyer Ayumi tak masukkan.
Hehehe... kalau Bruce baca nie, kompem dia marah
coz tak masukkan sekali pic restoren dia.

Time Ayumi menulis blog nie, Bruce ngah layan bola kat bawah.
Jiran sebelah rumah si Andy datang rumah kami untuk
join tengok bola sekali.
So, Ayumi apa lagi, layan internet je lar.
Bab2 bola nie agak kureng cikit bagi Ayumi.

Halamak... Bruce panggil turun bawah plak.
Baru nak layan blog nie.
" Jap ek DD !!!' huhu....
Erm... nak suruh buat air lah tue..   =)
Adios... !!




Monday, June 28, 2010

PRINCESS HOURS

MELAYAN MOVIE KOREA


Minggu nie, adalah merupakan minggu Ayumi & Bruce 
melayan cerita2 Korea nie.
Giler tak giler lah sekarang nie kami gemar menyewa cerita2 Korea.
Nak beli VCd cerita Korea nie memang tak lah.
Coz satu cerita harganya RM100 lebih.

Bukan apa,tengok movie tue cuma sekali je.
Satu pembaziran yer. Kalau sewa dalam RM35/= je.
Cerita nie Ayumi dah tengok dulu.

Sekarang nie, terasa nak tengok balik.
Yang bestnya, Bruce pun ikut layan sama.
Kalau kami tengok cerita nie, kompom memang melekat je satu
suntuk kat depan TV. Cerita nie banyak episod.
Ada ari tu, kami start sambung cerita nie pukul 8.30 malam
sampai subuh baru habis.
Itu pun sambung time dah tengah klimak nyer cerita.

Pergh... memang tak cukup tidur dibuatnya.
Cerita sesangat best.
Untuk yang dah kawen, sila2 lah tengok cerita nie.
Tapi tengok dengan suami sekali tau.
Coz cerita nie banyak kisah tentang hal rumahtangga.


Kepada yang dah tengok, mesti korang tau jalan cerita nie.
Pada yang belum tengok, sila2 lah tengok yer.
Pasti tak menyesalnyer.






PERTUNANGAN ASLEEN



Pada 27 June 2010 ari tu, kawan baik Ayumi, Asleen bertunang.
Tema tunang dia adalah Putih & kelabu.
Ayumi pula jadi mak andam dia.


Seawal 9.30 pagi Ayumi datang untuk makeup kan Asleen.
Coz rombongan daripada pihak lelaki akan sampai jam 12tengahari.
Gambar di atas nie gambar sebelum Asleen di makeup.
Asleen nie family dia dari Melaka. So segala adat2 ikut adat Melaka lah.
Yang lelaki plak Ayumi lupa dari mana.


Semasa sesi perbincangan di antara pihak lelaki & perempuan,
mereka telah menetapkan tempoh ikatan selama setahun.
Tetapi kalau boleh pihak perempuan kata, "Lagi cepat lagi bagus".
Coz pihak lelaki dah hantar sebanyak RM7,000./= (kalau tak salah la)


Selepas sesi menyarung cincin, Asleen ada sesi fotografi outdoor.
Time nie kami kat Taman Tasik Puchong Perdana.
Berdekatan dengan Masjid Terapung.


Sesi nie kami buat lebih kurang pukul 3.30 petang.
Makeup Asleen pun dah naik cair dah berpeluh2 melayan tetamu yang hadir.
So, Ayumi just touch up je makeup dia.


Tunang Asleen tak dapat bergambar bersama coz
terpaksa pulang sekali dengan rombongan pihak lelaki.


So, wat masa nie Asleen bergambar sorang2 lah yer.
Time kawen nti bergamborlah puas2. hehehe...





Sunday, June 20, 2010

HAPPY DADDY DAY




Happy Daddy Day !!! 
Khas untuk suamiku Fairus @ Bruce.
Tak lupa juga untuk Ayah Ayumi & Bapa Mertua Ayumi.
Semoga ayah & Abah dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Harap akan Happy2 selalu.

Ucapan Khas untuk suami tercinta : -
DADDY, Ummy sangat Cinta & Sayangkan DD selagi
hayat Ummy ada kat dunia nie.
InsyaAllah.
Kalau arwah anak kita masih ada, dah tentu "kakak" akan
berbangga dapat Daddy macam U sayang.
Apapun sekarang, kakak dah berada kat tempat yang paling indah.
Harap2 insyallah, suatu hari nanti pasti kita akan dapat bertemu
dengan kakak di sana kan.

Terima kasih yang teramat sangat sebab telah menjadi Suami & Ayah
yang begitu terbaik untuk diri Ummy.
I LOVE U So MUCH


KINI KU LEBIH BEBAS & SELESA

MODELLING?, BISNESS?, .........etc. wauw !!


Wah... gambar Ayumi kat atas tue sesuai tak dengan tajuk 
Ayumi kali nie.
Hehehe.. macam nak wat iklan panty liner plak.
"KINI BEBAS & SELESA"

Nak tahu tak apa yang Ayumi maksudkan??
Sebenarnya, Ayumi kini lebih Bebas & Selesa dalam kerjaya Ayumi.
Sekarang nie, Ayumi kerja tak lagi dibawah tekanan.

Ayumi banyak wat kerja2 part time. Yang bestnya kerja2 part time
Ayumi nie semuanya boleh dikatakan Ayumi suka sangat wat.


Walaupun sekarang nie Ayumi agak sibuk dengan AYUMI RESOURCES,
tapi bila ada kelapangan je, Ayumi akan wat kerja2 part time Ayumi.
Maklumlah, Bruce dah ambil alih sepenuhnya AYUMI RESOURCES.
So, Ayumi hanya tolong Bruce bab2 kira2 wang je. hehehe..

Bila free, Ayumi akan datang kat tempat kerja lama Ayumi
di Radius Synergy, ada masanya Ayumi akan mengandam orang,
dan ada part time terbaru iaitu menjadi MODELLING SAMBILAN.

Haaa.. bab jadi model nie, alhamdulillah Ayumi dah sain kontrak
dengan sebuah agensi nie untuk setahun.
So, Ayumi sekarang nie terikat dengan company dorang selama setahun lar.
Wat masa nie Ayumi akan dijaga oleh PR Ayumi, namanya Amirul.
So, segala job2 akan di aturkan oleh Amirul.
Tapi apa2 job pun, Bruce kene tahu dulu coz merangkap Manager a.k.a Husband.
Masa terdekat nie, Ayumi ada beberapa job iaitu iklan komersial ,
telemovie & majalah.


Akibat dah biasa diri terlalu disibukkan dengan pelbagai kerja,
sehingga kadang2 terlupa akan kesihatan diri sendiri.
Apabila telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri dirumah,
terasa sesangat akan kebosanannyer.
Sehingga Ayumi & Bruce terasa macam ada yang tak kene je.

Hehehe... disebabkan kebosanan yang tak dapat dikawal,
kami mengambil keputusan ari nie bergerak ke IOI Mall Puchong.
Bruce gi ke kedai Yamaha Music untuk beli tali gitar dia.
Selepas tue, kami pun bergerak cergas untuk makan malam.
Terasa plak nak makan Satay.
Kami pun terus bergerak kuar dari IOI Mall dan mencari gerai2
ditepi jalan yang ada menjual Satay.
Makan malam kami adalah Satay Ayam 20 cucuk & Daging 10 cucuk.
Yum...yuuum.. Menu diet ke nie?? Huhuhu...



Saturday, June 19, 2010

SHOPPING vs BOLA ??




Di petang2 sabtu yang membosankan kami berdua
ke IOI Mall Puchong untuk bershopping.
Coz baju Ayumi banyak dah tak muat. Al maklumlah, saiz badan nie
makin kiut miut plak.
Kalau dulu saiz "S" memang dah menjadi saiz Ayumi.
Sekarang nie Ayumi kene pakai saiz "M" @ "L".

Ayumi sebenarnya tak delah nak diet pun.
Coz Bruce kata Ayumi lebih ok bila berisi sikit.
Bukan apa, Ayumi cuma terasa berat je bila nak buat kerja.
Yelah, lepas bersalin nie selera makan menjadi2.

Ayumi cadang nak gi shopping baju kat Vior.
Tapi suar dia nyer pattern tak berapa cantik.
Ayumi gi lah kat Padini.
Memang ada suar yang Ayumi nak tapi Padini tak de "Sale" lah plak.

Nak tak nak, Ayumi kene juga amik suar jean nie satu dan 
juga 2 pasang baju T-shirt.

Ayumi kalau kuar2 jalan, lebih gemar suar jean & T-shirt je.
Selesa & Simple.
Kalau pakai2 drees @ baju blouse tu bukan tak suka,
tapi agak remeh sikit lar.
Cuma kalau ada tempat2 yang Ayumi rasa patut pakai,
barulah Ayumi pakai.


Selepas bershopping, sempat lah singgah untuk makan malam sekali.
Malam nie makan besar cikit.
Menu makan malam ialah :
* Nasi Putih
* TomYam Campur
* Ikan siakap 3 rasa
* Sotong goreng Tepung
* Kangkung Ikan Masin
* Air Sirap, Nescafe Ais & Air kosong.

Semuanya berharga RM48.70.


Otw pulang ke rumah yang agak pantas di situ, sebab
Bruce nak tengok bola.
Pasukan dia Japan lawan Netherland a.k.a Belanda.


Agak terlewat 15 minit yer untuk menyaksikan perlawanan
Netherland VS Japan.
Perkara lain tidak dihiraukan lagi, melainkan badan & mata
dihadapan TV yer.

Bagi memastikan Ayumi tak terkejut beruk apabila Bruce
menjerit2 tengok perlawanan bola,
Jadi Ayumi segera naik ke atas untuk mandi & layan FaceBook.
Hehehe...

*** OOpss.. lupa nak cakap, Belanda main bola kasar giler.
Ada ker main bola kasar2. Tak best betul.
Main macam nak gaduh pun ada.
"Akai Ada Ke??? Sengal !!"  =P



PERTUNANGAN ALI & INA



Apalah agaknya yang disembangkan oleh makcik2 nie yer??
Hehehe.. jangan marah ar.. nti cepat tua.
Dari kiri, Asleen, Izza & Eijant.
Hari nie Ali , kawan sekolah kami bertunang.
Tunang si Ali nie pulak, dok satu baris dengan rumah Ayumi.
So, dorang semua nie berkumpul lah dihadapan umah Ayumi untuk
sama2 gi ke Majlis Pertunangan Ali & tunangnya Ina.


Yang berbaju biru comey2 nie namanyer Eijant.
Eijant nie menjadi wakil ketua untuk rombangan Ali nie.. wakakaka..
Jangan marah ar Ejan.


Yang baju purple nie, namanyer Izza.
Izza nie ngah nak amik aura.
Coz dah bercinta lama, bila lagi ???
Dah tak sabar nak makan nasi minyak hang.


Yang manis nie pula Asleen.
Asleen nie minggu depan plak dia bertunang.
Nie muka ngah seri2 nak bertunang lah nie.


Yang cute miut berbaju hijau tu, dah semestinya Ayumi.
Puan nyer Blog. hehehe...


Kalau nak tahu, nie lah Tunang si Ali.
Ina nie sebenarnya satu sekolah ngan kitaorang gak.
Kiranya Ali dah start bercinta ngan Ina nie dari zaman sekolah lagi.
Izza & Faes pun cam tu jugak.
Tapi sekarang nie ngah tunggu giliran dorang berdua plak.


Inilah gambar dua bentuk cincin yang dah disarungkan.
Kami doakan agar jodoh berpanjangan hingga Akhir hayat.



Ayumi & Asleen sempatlah bergambar ngan Ina sebelum balik umah.
Buat kenang kenangan.
Edisi blog seterusnya, tunggu gambar Asleen plak bertunang.








SENAMAN MALAM

BERENANG RENANG


Aktiviti kami malam2 minggu ialah gi berenang.
Berenang nie satu senaman jugak.
Disebabkan kami berenang selalu waktu malam,
ianya di Panggil Senaman Malam. huhu  =)


Kali nie Efi pun ikut sekali.
Nie adik bongsu Ayumi. Efi nie memang selalu sangat
ikut kami. Itu pun kalau dia cuti sekolah lah.
Selalunya si tembam "Eman" tu ikut sekali. Tapi kali nie dia tak ikut.


Jadi kami pergi lah bertiga, Ayumi, Bruce & Efi.
Gambar Bruce tak de coz dia jadi juru photo. hehehe..
Agak dah sebulan lebih kami meninggalkan aktiviti berenang nie.
Bila sekali berenang, naik semput pun ada.


Aktiviti merenggangkan badan dalam air perlulah dimulakan.
Supaya bila waktu berenang taklah "Crem". 
Ini adalah aksi Kuak Lentang yer..


Aksi2 dua beradik yang sedang berenang2 ditepian kolam.
Wakaka... Bruce nie asik amik gambar je.
Bila nak turun berenang sekali nie.  =P


Kami selalunya menghabiskan masa selama 2 jam untuk
aktiviti nie. Selain dapat relaxkan minda, kita juga dapat menyihatkan badan.
Apa lagi jom ar kita berenang beramai2..


BOWLING TIME WITH KIMMY



Asal ada waktu kelapangan je, sudah tentu Bruce akan menghabiskan
masa lapang dengan hobi kesukaannya iaitu main Bowling.
Selalunya yang jadi peneman Bruce ialah Ayumi & Kimmy.
Masa nie hanya Bruce sorang je yang main.
Ayumi dan Kimmy jadi tukang sorak je. hehehe   =)


Tiba2 Ayumi tersenyum plak tengok gambar nie.
Mana taknya, rasa macam sekejap je Kimmy dah besar.
Ayumi & Bruce bersama Kimmy sejak Kimmy baru dilahirkan lagi.
Kasih sayang yang kami bagi, seperti mana ibubapa lain.
Apa saja yang Kimmy nak, selalunya kami penuhi.


Sekarang nie umur Kimmy setahun lebih.
Bulan December 2010 nie genaplah umur Kimmy 2 tahun.
Wah...!! Nie lah result Bruce main bowling atas sokongan dari Kimmy & Ummy.
Markah pin yang dikumpul ialah 217.


Erm.. selain Kimmy suka tengok Daddy dia main bowling,
Kimmy juga gemar tengok Daddy dia main bola keranjang nie.
Tengoklah tue gelagat Kimmy yang duduk kat atas mesin
bola keranjang tue.
Bukan main kusyuk dia tengok DD dia main.
Kimmy bila dah besar sikit, Kimmy leh tolong DD baling bola tue yek.
Sekarang nie Kimmy tengok Daddy main dulu.


Gambar nie tak berapa clear coz pakai camera handphone.
Terlupa nak bawak kamera, tue yang amik pakai camera h/phone.
Time nie mulut Kimmy bising je coz ngah sorak Daddy dia main.


Selepas tue, Bruce singgah kat kedai CD game.
Biasalah kat rumah dengan game PS2 dia lah.
Dalam seminggu tu boleh dikatakan 10 CD game PS2 yang akan dibeli.
Bruce ajak Kimmy naik kuda, tapi si Kimmy nie kata " akut".
Hehehe.. maksudnya dia takut.
Bila Bruce dekatkan dia ngan kuda tue, bukan main takut dia.
Tapi dia suka tengok kuda tue pusing2.



Tuesday, June 15, 2010

MINATKU, KINI MENJADI MINAT SUAMIKU




Mesti semua tertanya2 apa kene mengena motor nie plak kan??.
Motor besar2 nie contoh Yamaha R1, Kawasaki Ninja memang
menjadi kegilaan Ayumi masa sekolah lagi.
Kalau dulu2, masa sekolah semua kaum perempuan nak
idamkan akan beli kereta yang cantik2.

Tapi Ayumi pelik sikit. Ayumi kurang sikit bab kereta.
Tapi lebih cenderung kepada motor bike yang besar2 nie.
Impian nak pakai motor besar tu terhalang apabila ayah Ayumi
tak berapa galakkan Ayumi pakai motor.
Katanya tak manis perempuan bawa motor besar2.

Selepas kawen, Ayumi menyatakan hasrat Ayumi nak pakai motor bike
pada Bruce. Mula2nya Bruce macam tak berapa gemar
dengan cadangan Ayumi. Bruce kata nanti Ayumi jatuh lah & macam2 lah.
Sampai Ayumi merasakan impian Ayumi hanya mimpi je.

Tetapi, dengan kuasa Allah S.W.T..... (*mcm Ustazah plak),
Bruce tetiba menyatakan hasrat dia nak beli motor besar.
Bruce kata dia minat plak nak pakai motor bike.
Mula2 Ayumi ingat dia saja nak perli Ayumi.
Ternyata Bruce memang nak belikan Ayumi motor bike tu.

Walaupun Bruce kata boleh beli yang 2nd hand je, tapi ianya berita
yang amat mengembirakan Ayumi.
Sekarang nie kami ngah mencari motor bike YAMAHA R1 macam
gambar kat atas tue.
Kene carik betul coz nak amik yang 2nd hand je.
Biar ianya pembelian yang Berbaloi2..
Tak sabar rasanya... Ayumi ada tengok kat Mudah.com.
Tapi banyak register Singapore.

JAPAN vs CAMEROON = MAGGI



Kebisingan berlaku apabila Japan menjaringkan golnya.
Ayumi dengan pantasnya menegur Bruce agar perlahankan suara
coz anak jiran sebelah ngah tidur.

Erm... kadang2 jeritan gol tue wat Ayumi terkejut ayam! AYAM???
hehehhee...  =p
Mau taknyer, tetiba suasana sunyi datang plak suara yg kuat.
Leh kene serangan jantung.


Selepas penat menjerit2, Ayumi kedengaran suara Bruce memanggil Ayumi.
" Umi, meh ar turun, Jepun dah gol kan satu ! "
Ayumi pun jawab, " owh yeke?? terer gak ek Jepun."sambil turun tangga rumah.
Bruce membalas, " Memang ar, DD dah jangka Jepun menang."
Ayumi hanya tersenyum je lah.
Bruce terus menegur Ayumi, "Umi nape tak tidur lagi?"
Serta merta Ayumi menjawab, " Aikk, td bukan panggil Umi turun ke?"
"DD panggil Umi turun, so Umi turun lar. Dan Umi tau, kalau
DD panggil Umi turun mesti nak sesuatu kan??"
Bruce tersenyum lalu berkata, " Mana Umi tau nie?".
Ayumi hanya mengangkat kening.
Bruce meneruskan katanya, " Umi, DD rasa nak makan maggie kari lar.
Umi wat kan untuk DD leh?
Ayumi terus tersenyum lalu menganggukkan kepala.
Dalam hati nie berkata, " suami aku nie, lepas jerit2 terus lapor yer".
Hehhehe..... KISAH SEBUAH CINTA edisi BOLA.

Monday, June 14, 2010

SECRET RECEPI ~ BRUCE MENGIDAM CAKE



Tetiba pula hangin Bruce malam nie nak makan kek Tiramitsu.
Erm... kalau nak makan kek, kompem ke Secret Recepi.
So, kami bergerak cergas ke IOI Mall Puchong untuk makan kek
kat Secret Recepi.
Ayumi plak lapar nak makan nasi.
So, Ayumi tak de lah makan kek. Bruce plak dia kata tak de selera
nak makan nasi.


Yuum....yuuum !!!
Sedapnya kek Tiramitsu nie.
Gebu geban kek nyer.


Sementara menunggu menu pesanan Ayumi sampai,
kami sempat mentelaa'ah buku2 yang ada kat situ.
Malam nie tak ramai pun kat Secret Recepi nie.
Mungkin sebab hari nie hari isnin kan.


Jeng..... jeng2.... Jeng... !!
Wah sudah sampai nasi Ayumi.
Menu nie Ayumi lupalah nama dia. Tapi ayam dia ala2
ayam chicken chop (ada lada hitam).
Cuma bezanya ianya makan dengan nasi.


Bismillahirrahmannirrahim...!!
Jom makan.


Dengan cuaca yang baru lepas hujan kat luar tue,
memang menambah2 kan selera Ayumi untuk makan.
Cam mana nak diet nie. Coz bulan July nie ada Job plak.
Dapat ke Ayumi turunkan berat badan nie??


Sekarang nie Ayumi rasa bersyukur sangat kat Allah S.W.T.
Coz sekarang Ayumi lebih tenang.
Sekarang nie pun Ayumi kerja ikut apa yang Ayumi suka.
Bruce pula alhamdulillah, sentiasa support Ayumi.
Terima kasih DD kerana amat memahami Umi.


Untuk The Big Project, insyallah dalam bulan October @ December nie.
Harap2 ianya berjalan seperti yang dirancangkan.
Event apa, itu kene tunggu sampai masanya pasti semua akan tahu.
Sekarang nie kami ngah cari staff untuk runner projek nie.
Kalau nak harapkan kami berdua, memang tak kan lah !!
Alhamdulillah, wat masa nie dah dapat 2 orang.
Bruce kata mungkin nak cari lagi seorang.

Event kali nie memerlukan modal yang agak banyak.
Agak kesakitan jugalah kami.
Tapi kami berdoa, agar Allah permudahkan jalan kami.
InsyaAllah.. Doa2kan yer.


Ish2... tak cukup makan kat sana.
Kami siap TAPAU lagi kek bawa balik rumah.
Kami tapau lagi kek Tiramitsu & Banana Coklat kek.
Nie bukan diet namanyer, nie menambah berat badan yer.