Saturday, June 5, 2010

KITA DITAKDIRKAN BERSAMA SELAMANYA




Halamak.... Sekali Ayumi terjumpa pula gambar Bruce & Ayumi masa
kami Baby2 dulu. Wahh.... comel gitu!!!

Yang tengah duduk kat kerusi tu, gambar Bruce masa baby.
Yang tak pakai baju tu pulak, gambar Ayumi & ayah masa baby.
Eeeeee.... malulah !!  =)

Takdir seseorang, samada Jodoh Pertemuan, Rezeki, Ajal & Maut 
telah ditentukan lagi sejak kita dalam kandungan ibu kita.
Walaupun semuanya telah ditakdirkan, tapi kita perlu berusaha.
Seseungguhnya apa yg telah ditakdirkan tu tidak datang bergolek
begitu sahaja kan??..

Bila Ayumi lihat balik gambar2 kami semasa baby,
tetiba terfikir...... inilah wajah2 kami sewaktu kecil yang jodohnya telah
diTakdirkan oleh Allah S.W.T. Cuma kita je sentiasa tertanya,
" Siapakah Jodoh Kita ?"
Subhanallah... 

Dalam masa pencarian jodoh kita, kita akan bakal dipertemukan
dengan pelbagai ragam manusia.
Dari situ, setiap manusia perlulah sentiasa berfikir akan
setiap apa yang mereka lalui setiap hari.
Samada ianya perkara Baik @ pun Buruk.

Pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih matang
dan bijak dalam membuat keputusan.

Alhamdulillah..... kami berdoa agar jodoh kami berkekalan hingga
Akhir Hayat.
Dan kami berharap, suatu hari nanti kami akan dapat menemui arwah
anak kami SITI AISYAH yang sudah berada di sana.
Amin.


0 comments:

Post a Comment