Tuesday, June 15, 2010

MINATKU, KINI MENJADI MINAT SUAMIKU




Mesti semua tertanya2 apa kene mengena motor nie plak kan??.
Motor besar2 nie contoh Yamaha R1, Kawasaki Ninja memang
menjadi kegilaan Ayumi masa sekolah lagi.
Kalau dulu2, masa sekolah semua kaum perempuan nak
idamkan akan beli kereta yang cantik2.

Tapi Ayumi pelik sikit. Ayumi kurang sikit bab kereta.
Tapi lebih cenderung kepada motor bike yang besar2 nie.
Impian nak pakai motor besar tu terhalang apabila ayah Ayumi
tak berapa galakkan Ayumi pakai motor.
Katanya tak manis perempuan bawa motor besar2.

Selepas kawen, Ayumi menyatakan hasrat Ayumi nak pakai motor bike
pada Bruce. Mula2nya Bruce macam tak berapa gemar
dengan cadangan Ayumi. Bruce kata nanti Ayumi jatuh lah & macam2 lah.
Sampai Ayumi merasakan impian Ayumi hanya mimpi je.

Tetapi, dengan kuasa Allah S.W.T..... (*mcm Ustazah plak),
Bruce tetiba menyatakan hasrat dia nak beli motor besar.
Bruce kata dia minat plak nak pakai motor bike.
Mula2 Ayumi ingat dia saja nak perli Ayumi.
Ternyata Bruce memang nak belikan Ayumi motor bike tu.

Walaupun Bruce kata boleh beli yang 2nd hand je, tapi ianya berita
yang amat mengembirakan Ayumi.
Sekarang nie kami ngah mencari motor bike YAMAHA R1 macam
gambar kat atas tue.
Kene carik betul coz nak amik yang 2nd hand je.
Biar ianya pembelian yang Berbaloi2..
Tak sabar rasanya... Ayumi ada tengok kat Mudah.com.
Tapi banyak register Singapore.

0 comments:

Post a Comment