Sunday, June 20, 2010

KINI KU LEBIH BEBAS & SELESA

MODELLING?, BISNESS?, .........etc. wauw !!


Wah... gambar Ayumi kat atas tue sesuai tak dengan tajuk 
Ayumi kali nie.
Hehehe.. macam nak wat iklan panty liner plak.
"KINI BEBAS & SELESA"

Nak tahu tak apa yang Ayumi maksudkan??
Sebenarnya, Ayumi kini lebih Bebas & Selesa dalam kerjaya Ayumi.
Sekarang nie, Ayumi kerja tak lagi dibawah tekanan.

Ayumi banyak wat kerja2 part time. Yang bestnya kerja2 part time
Ayumi nie semuanya boleh dikatakan Ayumi suka sangat wat.


Walaupun sekarang nie Ayumi agak sibuk dengan AYUMI RESOURCES,
tapi bila ada kelapangan je, Ayumi akan wat kerja2 part time Ayumi.
Maklumlah, Bruce dah ambil alih sepenuhnya AYUMI RESOURCES.
So, Ayumi hanya tolong Bruce bab2 kira2 wang je. hehehe..

Bila free, Ayumi akan datang kat tempat kerja lama Ayumi
di Radius Synergy, ada masanya Ayumi akan mengandam orang,
dan ada part time terbaru iaitu menjadi MODELLING SAMBILAN.

Haaa.. bab jadi model nie, alhamdulillah Ayumi dah sain kontrak
dengan sebuah agensi nie untuk setahun.
So, Ayumi sekarang nie terikat dengan company dorang selama setahun lar.
Wat masa nie Ayumi akan dijaga oleh PR Ayumi, namanya Amirul.
So, segala job2 akan di aturkan oleh Amirul.
Tapi apa2 job pun, Bruce kene tahu dulu coz merangkap Manager a.k.a Husband.
Masa terdekat nie, Ayumi ada beberapa job iaitu iklan komersial ,
telemovie & majalah.


Akibat dah biasa diri terlalu disibukkan dengan pelbagai kerja,
sehingga kadang2 terlupa akan kesihatan diri sendiri.
Apabila telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri dirumah,
terasa sesangat akan kebosanannyer.
Sehingga Ayumi & Bruce terasa macam ada yang tak kene je.

Hehehe... disebabkan kebosanan yang tak dapat dikawal,
kami mengambil keputusan ari nie bergerak ke IOI Mall Puchong.
Bruce gi ke kedai Yamaha Music untuk beli tali gitar dia.
Selepas tue, kami pun bergerak cergas untuk makan malam.
Terasa plak nak makan Satay.
Kami pun terus bergerak kuar dari IOI Mall dan mencari gerai2
ditepi jalan yang ada menjual Satay.
Makan malam kami adalah Satay Ayam 20 cucuk & Daging 10 cucuk.
Yum...yuuum.. Menu diet ke nie?? Huhuhu...



0 comments:

Post a Comment