Sunday, March 21, 2010

BRUCE DIPAKSA @ TERPAKSA ?

FACIAL


Aduh.... hahaha... ni yang Ayumi tak tahan nak gelak je.
Nie lah muka si Bruce bila dipaksa membuat Facial kat muka.
Masa gi Giant Puchong tempoh hari, Ayumi & Bruce nak beli
barang basah untuk masak.
Kebetulan, selepas dah shopping2... Ada seorang promoter
cina ni suwuh wat Facial untuk tanggalkan "Black Head".

Amoi tu kata wat facial nie RM20.00 je satu muka.
Coz ini ada Promotion !!.
Ayumi memeng lah xleh wat facial sebarangan coz kulit muka
Ayumi ni sensitif skit.
Ayumi suwuh lah Bruce wat.
Mula2 die xnak, tapi Ayumi paksa jugak.
Ayumi kata muka Bruce dah banyak sangat Black Head.
Dengan muka terpaksa, Bruce mampu tadah je muka dia
untuk di Facialkan. hahaha...

Sepanjang Facial berlaku, Ayumi asik nak tergelak je tengok telatah
Bruce yang terpaksa wat facial + kene dengar ceramah
pasal facial dr amoi tadi.
Kesian Bruce..!!!

Jom tengok Video Bruce wat Facial
dibawah nie.. hahaha....xtahan nak gelak !!
MENGANGGUK JE LAH!!!

RAMBUT PERLU DIMANJAKAN

E3 SALOON


Akibat dari selalu bz, tibalah masanyer Ayumi memanjakan
rambut Ayumi di saloon rambut ni.
Saloon ni dekat ngan area umah Ayumi yang baru.
Nama saloon ni E3 Saloon.
Ayumi sebenarnyer dapat voucher wat rambut.
Tue yang gi sana gatai2 wat rambut.hihi...


Cam biasalah... kalau wat rambut tu mesti lamanyer.
So, sempat lah Ayumi ni dok nyanyi2, tgk org kanan kiri,
dan sempat jugak menangkap gambor sendiri.
Bruce cuma hantar Ayumi gi saloon, pastu die balik la.
Dah siap kang, Ayumi baru coll die datang amik.
Kalau biar die tunggu, mau tidur kat saloon tu.

KOLAM BARU KIMMY

VIDEO KIMMY


Melayan karenah anak2 nie memang menyeronokkan.
Ayumi & Bruce macam biasa cukup bulan confirm kami akan
Shopping barang dapur di TESCO.
Semasa bershopping, kami ternampak Kolam Mandi
yang comel2 sangat.
Teringat pada si Kimmy. Ermm... apa lagi Bruce suwuh Ayumi
amik Kolam plastik yang comel tu.

Wah.. sampai2 je kat umah, Bruce tak sabar2 nak
pam kan kolam plastik tu.
Sok paginyer, apa lagi tak sabar2 nak tgk Kimmy main air.
Mula2 tu takut gak die ngan air.
Dah lama2 sampai tak nak keluar dibuatnyer.
haha...


AYUMI CAR



Haha.... akibat KEPENATAN & KESIBUKKAN yang amat melampau minggu ni.
Jeng..jeng2....
Plat kereta sapa kah di atas itu??
Plat Keta Ayumi lah, tapi bukan Ayumi nyer.
Dia pakai nama Ayumi je. hehe...
Ayumi & Bruce sebenarnyer penat sangat coz dari Ipoh turun Melaka,
dari Melaka turun ke Kuantan.
Dari Kuantan otw balik singgah ke PUTRAJAYA !!


Biasalah kerja kan. Cuma ada sesetengah pihak tu xberapa nak paham
tanggungjawab bila kami ni bekerja sendiri.
Kerja sendiri ni, kalau xbekerja sapa nak bagi makan.
Kalau kerja ada majikan, sesuka hati korang leh amik cuti.
Dah tentu2 korang ada cuti Annual @ MC.
Ni di namakan manusia yg pendek akal nyer. (ooppps...)

Otw balik ke Puchong, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Coz member
bagitau ada Auto Show kat Putrajaya sempena "Hot Balloon" di Presint 2.
So, kami ke sana untuk amik Contact.
Cam biasa lah, kerja kami melibatkan kereta2 ni.


Kalau nak diikutkan penat, mmg rasa malas giler nak gi sana.
Kebetulan semasa di sana, ada lah sebuah keta ni
dia wat ikut Dimensi Ayumi cartoon.
Owh.. ko pinjam nama aku yek??? Bayor cepat..haha...
Keta die mmg cantik.
Banyak lagi keta2 yg menarik & cantik2 kat sana.


Haish... asik berposing je si Ayumi tu kn?? wahkakaka...
Ayumi rasa nak wat keta waja tu jd cm nie lah??
Hehehe... Mengamuk si Bruce kalau dia dengar.
Panas sangat cuaca kat sana. Tapi awan dah mendung2 kelabu.
Coz kitaorang sampai pun nak petang.

Selain tu, ada aktiviti bleh naik Belon Panas & Naik Helikopter.
Kami cadang nak naik Helikopter tapi ramai plak nak
menunggu giliran.
So, mengambil keputusan untuk balik & tidur.
Coz kepenatan yang sangat2 melampaui batas.

Saturday, March 13, 2010

MAKEUP DINNER




Model : Asleen.

Ini make over yang Ayumi wat pada Asleen untuk make up DINNER.
Kalau untuk dinner nyer make up, xperlu garang2 sgt ngan blusher or eye shadow.
So, makeup ni kene nipis tapi perlu menampakkan soft & light.

Muka model Ayumi ni, agak bermasalah sedikit.
Coz dia ada jerawat & bekas2 jerawat yang agak dalam & besar.
Tapi Asleen ada satu keistimewaaan, iaitu dari mata yang galak
dan senyumannya yg sangat manis.

So, di bawah ni adalah gambar Asleen selepas
di make over kan !!!


Thursday, March 11, 2010

KEBOSANAN KEMELANDAAN


Erm.. baru 2minggu Ayumi dok umah lepas berhenti kerja dah rasa bosan.
Yelah, dah bape tahun keje.... Tetiba dok umah "Mati Katak" gak di buatnyer.
HEhe.. yelah Ayumi berhenti pun coz Bruce yang suwuh untuk tolong dia.
Kebetulan jugak Ayumi ada problem ngan BOS lama Ayumi.
So, Ayumi amik keputusan nak berhenti kerja.

Bruce plak bila Ayumi kata "Bosan gak dok Umah je kan??"
Si Bruce bleh senyum je kat Ayumi.
Erm.. nak perli lah tu.
Bkn apa, kalau dok umah ada kerja tak pe lagi.
Lepas dah siap wat kerja umah, dah siap masak2... pastu dah tak tau
nak wat apa. Nak tengok TV, Astro asik2 ulangan je.. Bosan!!

Bruce plak macam biasalah.. PS2 dia je.


Erm... maklumlah.. Kitaorang kerja sendiri.
Tapi kerja kitaorang bz bila Awal bulan & Akhir bulan.
Akhir bulan = Chase Payment
Awal bulan = Collect Payment

Bruce suwuh Ayumi wat kerja2 yang Ayumi rasa tak bosan, tak tension,
kerja yang tak dipaksa & kerja yang Ayumi rasa ikhlas nak wat.
Ayumi ada cadang nak jadi "Guru Sandaran @ Guru Ganti" kat sekolah2 rendah
tempat kawasan rumah kitaorang.

Coz Ayumi dulu lepas2 STPM, Ayumi pernah jadi guru Ganti selama 3Bulan.
Ayumi dulu penah ajar subjek SAINS, P.Jasmani, Matematik & B.Melayu.
Ayumi ajar Darjah 6,5 dan 1.
Ayumi ganti cikgu2 yang bersalin.

Ayumi tak suka jadi cikgu sekolah menengah.
Leceh giler nak layan budak2 sekolah menengah.
Yelah, kita sendiri pun dah tahu mcm mana perangai budak2 sekolah menengah ni.

Ayumi lebih suka ajar budak2 sekolah rendah @ pun tadika.
Ragam dorang ni mmg lah kadang2 sakit kepala.
Cuma senang cikit, sbb kalau sekolah rendah @ tadika,
kita kene pandai main "Psikologi".
Dorang nie, tak perlu kita marah2 sangat.
Kena banyak pujuk2, puji2, manja2...
Haaa.... dorang akan cair dengar ckp kita.

Sekarang ni, selain dari tolong Bruce, Ayumi wat "Part Time"
jadi JURU SOLEK!!


Kalau ada yang nak gi Dinner ke, Bertunang ke, Kawen ke @ apa2 event
Ayumi akan makeup kan dorang.
Skg ni kalau Ayumi bosan je, Bruce akan layan Ayumi gi main Bowling la,
tengok wayang, main pool, & makan.Hahaha...


PANAS !!


Ish...... Air-cond kat umah ni meragam plak.
Sekarang ni dah la musim panas. Kalau tidur malam sampai kitaorang berpeluh2.
Nak bukak tingkap, Nyamuk plak bersuka ria masuk.
Erm... manalah uncle ni xdatang2 umah ni.
Kata nak datang repair air cond ni.

Dua hari lepas lagi lah, Ayumi & Bruce tak dapat tidur malam coz
terlampau panas.
Lebih kurang pukul 12.15 malam kitaorang kuar umah.
Gi jalan2 KL amik angin.
Yang sebenarnyer jugak sbb kitaorang dah tidur siang.
Tu sebablah susah nak tidur.
Sampai KL, kitaorang round2 tgk KL tp dlm keta jelah.
Agak2 dah penat round, kitaorang pun singgah makan
kat NZ Wangsa Maju.
Lepak2 pekena nasi goreng ayam & teh ais.
YUm... yum...!!!
Lepas makan terasa mengantuk plak. Apa lagi kitaorang pun
bubarkan lah cadangan nak round KL lagi.
So, lepas makan kitaorang pun pulang lah kerumah
dengan mata Terkuyu2 dalam keta.
Sampai je umah, tak sabar2 nak baring atas katil untuk tidur.
ZZzzzzz.....zzz...!!!!

Monday, March 8, 2010

KE SUNWAY LAGOON



Hihi... Pada 7 March 2010 yang lepas.
Ayumi & Xstudent sekolah Ayumi ada wat Reunion kat Sunway Lagoon.
Bruce pon ikut sekali lah..
Bucuk Ayumi ni mana leh tinggal.
Ke mana saja kitaorang Wajib bersama2.

Ni pic masa kat pintu masuk Sunway Lagoon.
Sempat lah berposing2 ngan itik biru nie.
Bruce yang jadi tukang amik gambor nyer.
Ni di antara kawan Ayumi yang hadir.
Ada lagi kawan2 yang lain, tp ada yang lambatlah, aishhhh... mcm2 alasan.

So, mana yang ada kitaorang masuk dulu.
Haha.. tengoklah aksi Ayumi yang tak sabar2 nak mandi.


Sementara otw nak gi tempat mandi,
Bruce & Ayumi sempat2 jugak berposing kat sudut menarik
yang terdapat di Sunway Lagoon ni.



Aksi2.. seram yang di pertontonkan!!

Lalalala...

Gaya2.... model ditepi kolam ikan.

Ini adalah lokasi2 yang kita akan terjah!!!

Pic muka penat..
Ni time kitaorang nak kuar dari Sunway Lagoon.
Sehari suntuk kitaorang kat sana.

Ni plak pic kitaorang tunggu si WAWA & the geng kat tepi jalan.
Coz lepas mandi2 ofcouse lah lapar giler.
Kitaorang pun cadang makan di USJ.
Makan Nasi Ayam!!!

Manalah si Wawa ni.!!!

Ni lah pic lokasi kitaorang yang terakhir ari tu.
Gambar semua ceria kembali selepas makan.
Memang best giler kitaorang kat sana.
Tak sabar plak nak ke next Station = PULAU REDANG!!!

Sunday, March 7, 2010

THE BODY SHOP

PERFUME


Erm...bercerita pasal perfume ni sebenarnya Ayumi ada terbau best sgt bauan ni.
Bauan ni Ayumi bau apabila Ayumi lalu kat Kedai The Body Shop.

Sabtu hari tu, lepas makan pizza hut ngan Bruce di IOI Mall Puchong,
Ayumi pun mengajak Bruce singgah di The Body Shop.
Ayumi nak carik bau apa yg best sangat tu.
Mana taknyer, asal lalu je depan kedai tu, Ayumi rasa relax sgt ngan ada satu bauan ni.

Hampir setengah jam gak Ayumi carik bau yg Ayumi nak.
Last2 Ayumi terbau perfume AQUA LILY ni.
Erm... memang best bau dia.
Bruce pun suka bau dia.
Tapi ada gak yang kata tak best. Bagi Ayumi bau Aqua Lily ni best sgt.
Tangok minat masing2..


So, tanpa segan silu, Ayumi pun membeli lah perfume AQUA LILY tue.
Harga dia RM55.00. Botol kecik je.