Saturday, January 29, 2011

APABILA PELUH MEMBASAHI BUMI


Wow..... tepercik2lah ayor peluh Ayumi & Bruce.
Bagaikan bermandi sekolam air peluh yang wangi giler seyhhh.... huhu...
Tak payah cakap aar peluh yang keluar bila pas main badminton nie. Boleh diperah2 baju tu
wat air "Teh Ais" cuma kene letak ais bagi sejuk.. Uweekk!!

Nie kami main badminton kat Dewan Serbaguna @ Damansara Height.
Memang setiap ari rabu & jumaat malam ada jer sesi "Smash" kat cini. Tapi kami jarang2 jugak aar
turun coz aktiviti kerja yang tak dapat nak dielakkan.
If kami free masa tu memang bergerak cergasnyer kami ke sana bermain badminton.

Team kitaorang main badminton memang best giler.
Lagi2 dengan keriuhan abg Farouk Hussain & isterinya. Kak Yus & Abg Lan, Nazri,
Kak Moon Hot Fm & ramai lagilah. Orang kata gamat aar dewan tu dibuatnyer.
Pas main badminton, kami sama pekena "Roti Naan & Ayam Tandoori" kat Restoren Pelita, Bangsar.
Camana nak kurus. Pas exersice leh plak mencekik tak hingat kat Restoren Pelita tu.





Gambar2 tak sempat nak amik coz bila dah bermain tu tak hingat dunia.
Bila dah penat, semuanyer lupa. Next time lah kami berposing2 yer.
Punyerlah berborak sambil makan, kami berdua gerak balik dalam pukul 4pagi. Itu pun nasib
baik anak abg Farouk dah ngantuk. Kalau tak Ayumi rasa masing2 dok melekat lagi
kat kedai tu. Huhuhuhu....
Apa pun malam semalam kami semua memang ENJOY !!

Friday, January 28, 2011

SUAMI KU BERGADUH ?


Sejak dua tiga hari nie, memang Bruce selalu je bad mood.
Serba serbi boleh dikatakan semuanyer tak kene.
Ayumi tau kenapa Bruce jadi macam tu. Nie semua sebab perkara tu.
Ayumi pun tak tahu nak cakap apa lagi kat Bruce.
Nak salahkan perkara tu pun, tak boleh jugak.
Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Kadang2 jadi bengang giler pun ada.
Sebabkan perkara tu je Bruce jadi marah & bergaduh dengan dia.

Kesian kadang2 Ayumi tengok Bruce. Asik bergaduh je dengan benda tu.
Sampai sakit Bruce dibuatnyer.
 Haish............... Ini semua gara2 kau...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
WAHAI GIGI.. Hehehe..


Suami Ayumi nie dah 2 hari sakit gigi. Bila Ayumi suwuh cabut, dia kata tak sempatlah apa.
Bila sakit tu menyerang dia, dah plak meraung kesakitan bila time makan & time nak tidur.
So, petang tadi kami gi cabut gigi kat Klinik Pergigian Zainal.
Sekali doktor check gigi yang dulu ditampal tu dah tertanggal tampalannya.
So, Bruce amik keputusan tak nak tampal. Terus cabut je.


Sebelum nak cabut, doktor bagi satu suntikan pada itu gusi.
Auw2..auw jugak lah kedengaran suara Bruce menahan sakit.Hehehe
Ayumi plak naik seram sejuk tengok gusi disuntik.

Alhamdulillah, sampai ari nie gigi Ayumi tak pernah lagi bertampal @ kene cabut sebab rosak.
*** Petua ek...Selalu lah makan sireh.. hehehe... 

Ayumi pun tak larat nak makan sireh. Berkumur ngan air garam pun dah ok.
Selepas disuntik, doktor membiarkan Bruce berehat sebentar.
Supaya ubat yang disuntik tu betul2 dah kebaskan gusi Bruce.


Dalam menunggu Bruce sedang berehat seketika. Tiba2 dia menganga2kan mulutnya.
Ayumi pun pergi mendekati Bruce. Bruce kata mulut dia dah kebas dah ni.
" Daddy rasa geli plak bila mulut nie kebas "  Haish.... ingat kan apa. Macam2 lah DD nie.


Alamak..... OMG !! apa sudah jadi nie.
Tidak mungkin suamiku akan bertukar kerana suntikan tadi.. Oh.. no....!!

Jeng2...jeng....!!     BERTUKAR !!


Huhuhu.. ini merupakan Lawak Sengal Antarabangsa semata2. hehehe..  ;p


Kesian husband Ayumi. 1st time dia cabut gigi. Sekali doktor keluarkan spanar daa nak
cabut gigi dia. Naik seram dibuatnyer.
Nie doktor gigi ke makenik nie ?? huhuuhu..

CONTEST BLOG PALING COMEL, CANTIK & KEMAS


Hoi....Hoi... Hoi.... (Macam Shahir AF8 tak?)...
Hari blur sedunia yer di petang2 Jumaat nie. Disebabkan ari nie malas nak
masak, so Ayumi masak Bubur Ayam je.
Lepas je masak terus melekat kan muka sehingga penyek aar hidung di depan komputer.
Pergh... Bab berblogging & Facebook memang tak de perkataan malas.
So sengal !!...

Masa Ayumi BW kat blog kawan2, terjumpa blog Farzana Farzanto nie.
Cute giler blog dia... Pink habis aar wa cakap sama lue orang. hehehe..
Warna pink dah lah menjadi kegemaran Ayumi dari kecik sampai dah jadi mak orang.
Kebetulan plak Ayumi terbaca entry dia wat "Contest Blog Paling Comel, Cantik & Kemas. "

Sebenarnyer Ayumi agak terlambat jugak lah dapat tahu contest nie.
Tapi walau apapon lum terlambat lagi coz Tarikh Tutup pada contest nie pada: 10 Feb 2011

Syarat2 contest nie telah pun Ayumi tunaikan.

Ayumi nak join contest nie sebab hadiah dia Gempak gak lah.
Coz Farzana Farzanto nie ada menjual Koleksi Baju2 Wanita tau.
So hadiah dia pun baju2 yang Cantik Menarik kau memang The BOOM !!
Erm.. tak tahu lah menang ke tak. Yang penting mencuba kan.
Blog "Cinta Ayumi" nie simple je sebab senang kawan2 nak baca.Tak serabut mabut..Hehehe..

Ayumi tag contest nie kepada 5 rakan Blogger :
ADIOS !!!


Thursday, January 27, 2011

ADA MAKHLUK "ANEH" SEMASA MENGAMBIL GAMBAR


Nie Ayumi nak Story Mory tentang satu cerita yang sangat2 benar.
Dulu dengar2 citer orang cam tak percaya je.
Bila dah terkena batang hidung sendiri baru ader "Parkinson" pada diri sendiri.

Masa malam tue, Ayumi gatai tangan tangkap gambar sendiri pakai handphone.
So, nak tengok balik aar gambar sendiri lepas minum kat dapur.
Bila buka je Folder Image dalam fon nie, tetiba ada gambar2 makhluk aneh di dalam nyer.
Terkejut lah dibuatnyer... nasib baik tak terkincit. Huhuhu..


So, Ayumi pun tanyer kat husband gambar apa nie ?
So, dia pun tengok ngan penuh hairan ambil berjuta2 kedutan dimuka semata2 nak pastikan
gambar apakah itu..
Tak lama kemudian Bruce memandang muka Ayumi dengan penuh suspen.
Dan lalu Bruce berkata pada Ayumi ;

" U dah tengok betul2 ke tak gambar nie?"
"Dah lar... Tapi I tak tau tu gambar apa."

Bruce terus berikan semula fon itu kepada Ayumi.
Dia suruh Ayumi zoom kan gambar tu.
Bila Ayumi zoomkan, dengan terkedunyer Ayumi melihat gambar seekor mahkluk...
ee..e....e..e...... <.....>

<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<
>
<

Jeng2...... Ini dia makhluk tuhan yang paling comel..




Kucing sapa nie? Comey giler kucing nie.
Tapi mana datangnyer gambar2 kucing nie...? Owh baru teringat bahawasenyer....
gambar2 ari tu yang Ayumi tangkap tapi lupa nak tengok balik.
So akibat "Terlupa Sudah...!!" Ayumi menjadi kaget & tertanya2.

Erm..Lepas mengenali itu adalah makhluk paling comel, 
Bruce terus memandang sinis yang penuh tajam terhadap Ayumi ketika itu,... 

Arghh...... Malunyer AKU !!!!

BETUL KE CARA AKU MENDIDIK ANAK NIE?


Demi agar anak tidak melakukan aktiviti2 memunggah barang2 yang lain,
maka disarankan kepada ibunya untuk melayan anak bermain dengan cara yang betul.
Jangan mengajar anak bermain permainan yang bukan2.
(Saranan Kerajaan Al-Berbiri..) Huhuhu...

Yow... Kimmy main daun trup !! OMG..
Jangan gatai2 nak tuduh Ayumi ajar anak yang bukan2 ek.
Nie adalah "FITNAH" semata-mata. Jangan tiru aksi ini..

Sebenarnya Ayumi ngah kepenatan , so terasa badan ini ingin rebah wat
seketika di atas katil yang sentiasa sejuk & empok nie.
Untuk mengelakkan anak berkeliaran bermain turun naik tangga, jadi Ayumi
mengadakan sesi "Mari Belajar Mengira" menggunakan daun trup Bruce.


Kimmy nie walau pun baru berusia 2 tahun, tapi dia dah pandai mengira sampai 10
dalam Versi Bahasa Melayu & english yer. Hebat tak ?
Dulu Ummy dia agak lembab sikit. Umur 4 tahun pon lum pandai mengira lagi.
Banyak makan semut kot. Anda jangan senyum !! :p


Teknik2 berkesan untuk bagi anak2 kita nie senang @ cepat tangkap dengan
cara kita mengajar sambil bermain dan menyanyi.
Budak2kan suka cara2 camnie.

So, daun trup tu kita kira satu per satu.Biar anak2 yang cuba mengiranya.
Kita support cakap bersama2.
Lagi satu , kalau dia dah dapat tangkap, cuba kenalkan plak
nombor2 tu pada dia. Dapat sehari 1 @ 2 nombor yang dia ingat jadilah.
Budak2 mana leh nak blajar skali gus. Ingat otak dorang cam otak orang dewasa ke?
Kadang2 otak orang dewasa serius lagi lembab & tepu dari budak2.


Bila dia dah rasa agak bosan, berhentikan sesi pembelajaran tu.
Sebab kalau dipaksa pon tak kan menjadi punyer.
Sebab dalam otak dorang dah memikir benda lain. Fokus mereka sudah terbang ke Uganda !!
Selamat Mencuba ek.. Ayumi pun belajar dari buku jugak..hehehe..

APASAL SHOPPING PAGI BUTA PLAK?


Pagi2 hari lagi dah ajak Bruce gi shopping barang dapur.
Stok barang dapur kat umah tu dah kering kontang dah dibuatnyer.
Sebelum Bruce masuk ofis, sempat aar dia teman kan gi beli barang kat Tesco.
Kalau nak beli ikan2, ayam @ barang2 basah yang segar dari ladang,
leh aar gi Tesco nie pepagi bute.
Kalau gi tengahari bute, kompem dapat saki baki @ pun yang dah tak baper
segar dari ladang.

Kebetulan raya cina plak dah nak dekat.
So banyaklah ada barang2 yang offer.Erm... boleh lah dari tak de.
Kalau discount 5sen @ 10sen tu memang tak nampak bezanyer.
Kalau Ayumi Haji Bakhil leh aar kira 5 sen pun kan. hehehe :p


Kalau ajak Bruce nie bershopping, ada satu tabiat yang sukar dibuang.
Boleh dikatakan Ayumi menyedari sifat suamiku ini bermula sejak kami berkenalan.
Kalau shopping barang tu tak pernah nak tengok harga barang tu bape.
Main sebat je. Kadang2 Ayumi nak seriau dibuatnyer.
Mau taknyer kalau kat kaunter nanti tetiba amount nyer berjuta2 cam mana?
** Erm... statement tipu aar tu.  Maksud Ayumi kalau over dari budget?
Kan dah tak pasal2 nak cari bank plak gi cocok duit.
Kalau tak , kene cuci pinggan kat Tesco. wakakaka..



Selesai membeli ayam, ikan dan keperluan dapur yang lain (stok untuk seminggu yer),
kami pun bergegas untuk pulang ke rumah sebab Bruce ada appoiment ngan client dia kat
Bank Muamalat kul 10 pagi. 
Tapi sebelum meluru ke kereta, sempat aar kami membeli ais cream pepagi buta
bagi menyakitkan gigi masing2 yang hampir expired. Huhuhu..

Yum2...sodap giler McFlurry Coklat nie.
Sehingga menjilat cawannya. 


Sampai je di rumah, Bruce terus bergerak mencapai motor nyer yang
very the memekak pagi2 buta. Sampai Untie sebelah rumah kata,
" U kasi lah itu motor punyer bunyi kasi slow ckit.." wakakaka..
Mau taknyer, dah elok2 standard ekzos tu, dia gi tukar ekzos yang bunyi ala2 motor
"Harley David Arumugam" bukan "Harley Davidson" yer. huhu..

Masa kat Tesco tadi, kami ada beli coklat untuk bagi kat parent Ayumi.
Dorang memang giler coklat. Terutama ayah Ayumi.
Sempena hari jadi dorang yang dah lepas tu, Ayumi tak sempat nak sambut.
Sampai nak wat kek untuk dorang pun tak sempat.
Lagi pun dorang kata kek2 nie dorang kurang makan sangat.
So, Ayumi fikir bagi coklat je lah sebagai hadiah.Maklumlah elaun lum dapat lagi
bulan nie. Payment dari customer banyak sangkut bulan nie.
Nak raya cina nie makin susah nak collect payment.Nyampah tau!!

(** Nak bagitahu, coklat nyer raping tue Ayumi yg wat. Cantik kan?)
Shut !!!!!! Diam semua. Jangan cakap apa.

Sunday, January 23, 2011

KALAU BOLEH, AKU PUN NAK JADI MACAM DIA


Pagi2 pas sarapan je Ayumi terus buka blog.
Tetiba nampak Kak Red nie ada update blog. Semalam tak perasan pun dia update.
Blog Kak Red nie memang Ayumi follow selalu.
Ayumi suka cara dia. Sangat aktif & kreatif.
Bukan setakat jadi blogger yang hebat je, malah menjadi isteri & mummy yang hebat.
Personaliti dia cukup menjadi ikutan ramai. Fesyen2 kak Red memang up to date dan sangat gojes giler.
Husband & anak2 dia, siap leh support mummy dia . So sweet !! 


Tapi pagi tadi Ayumi betul2 tertarik ngan tajuk Kak Red nyer blog.
Baru tengok tajuk, belum baca abis lagi.
So, cepat2 klik link blog dia yang menjadi "The Best Blogs" kat side bar blog Ayumi.
Tajuk blog dia kali nie "RM1juta..no..no..no.."
Waah... RM1 juta tue??


 Waah.. kak Red masuk paper lagi..!!
Entry kak Red nie rupanyer dia nak menerangkan tetang perkara sebenar pasal artikel
kak Red dalam Berita Mingguan semalam.
Kak Red kata bukan dia dapat RM1 juta dengan berblogging. Tu adalah tajuk akhbar sahaja.
Tapi kak Red baru je dapat pendapatan hanya  RM12ribu sebulan.
Pergh.... RM12ribu tu banyak kak Red.
 Kalau Ayumi yang jadi kak Red.....(haish.... berangan jelah aku !!)


Apa pun Ayumi ucapkan tahniah kat kak Red.
Semoga akak akan terus beri kami entry2 menarik untuk kami follow selalu.


P/s 4 Kak Red : Tak pelah kak Red, tajuk RM1juta tu anggap sebagai "Satu Doa".
Manalah tau berblogging leh cecah RM1juta sebulan... Insyallah.....Hehehe...



                                                            ** Sumber Gambar dari REDMUMMY..


CONTEST KAMI POSE COMEY !!


Nampak tak banner kat atas tue?
Kali nie Ayumi join "Contest Kami Pose Comey" dari blog Coretan Amni .
Terima kasih sebab cik adik manis nie wat contest yang MENERUJAKAN Ayumi untuk join 
contest GEMPAK nie. Hadiah dia cukup menarik menolak hati Ayumi nie.Hehehe..
Tak lupa juga buat adik comey nie Afiqah Zairizal yang sudi tag akak Ayumi yer.

Untuk join contest nie mudah je syaratnyer. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik je gambar kat atas.
Syarat2 dah pon Ayumi settlekan.

* Syarat PERTAMA : Done

* Syarat KEDUA      : Done

* Syarat KETIGA     : Done
(Gambar yang dipertaruhkan..)


* Syarat KEEMPAT : Done (sila lihat dibawah)
Saya dengan suka cita nya join CONTEST KAMI POSE COMEY nie kerana,
mengenang kembali saat2 keCOMELan bersama kawan2.

* Syarat KELIMA : Done
Ayumi tag contest nie kepada 4 rakan Ayumi.

Sekali TQ kepada Coretan Amni kerana menganjurkan contest nie ngan hadiah yang
"SERIUS GEMPAK" giler !!

AGENDA MALAM MINGGU


Malam semalam, kami cadang nak dok rumah je.
Sebab Bruce kata dah kuar siang, so malam leh rehat tidur awal sikit.
Apa lagi, pas mandi petang tu terus aar pakai baju tidur je. Maleh Ayumi nak tukar2 baju lagi.
Bruce plak tak bagi tau yang dia ada wat appoiment ngan si Apis nie.

So, kami pon relax2 aar sambil tengok tv.
Tetiba handphone Bruce berbunyi. Memang lah Ayumi dengar Bruce cakap ngan Apis.
Tapi yang mengerutkan dahi Ayumi bila Bruce kata " Ko, dah sampai ABC dah. Jap lagi aku sampai."
Haish.... tue nada macam nak kuar je.
Segala pintu pagar kat umah Ayumi dah kunci.
Memang mood malas aar nak kuar. Lagi pon dah pukul 12.00 tengah malam.


Bruce pon mula ar buat muka kiut miut dia coz nak pujuk Ayumi kuar gi jumpa Apis.
Saje je lah tu, tak nak bgtau awal2. Dia kata terlupa nak bgtau Ayumi.
Dengan muka blur2 gi tukar baju jugak untuk kuar.
Takkan nak pakai baju tidur plak.hehehe..
Sebenarnya, Apis nak hantar design kat Bruce untuk wat printing apron & name card.
Rezeki kalau dah ada depan mata, takkan nak tolak kot.
So, tak kira masa kenelah sanggup wat apa je.



Kami berjumpa kat Restoren ABC area Puchong.
Kedai nie kalau ramai orang memang malas nak datang.
Selalu sangat pekerja dia tak nak amik order. Bila dipanggil, wat2 tak nampak je.
Pastu bila dah order, tunggu berejam plak nak sampai.
Sedangkan pekerja ramai giler. Tapi blur2 cam tak tau nak buat apa.
Bila dipanggil & tanyer mana order lama sudah tunggu, baru terhegeh2 amik.
Sedangkan benda tu dah siap pon. Tapi........... haish sakit hati nak cerita.
Bila tengah malam memang tak ramai aar.Kalau tengah tak ramai pon masih lambat,
memang SAMDOL aar pekerja restoren nie.


Si Ira nie ngah menahan ngantok & sakit perut.
Dorang nie dok KL, kerja DBKL. So balik Puchong umah parent Apis.
Sama lah kita Ira, tahan jelah mata menunggu suami kita nie habis berbincang.
Lebih kurang pukul 1.30pagi jugak lah, baru kami masing balik rumah.
Sampai rumah, basuh kaki, muka, tukar baju & terus terjun katil.... TIDOR !!

Saturday, January 22, 2011

IF I HAVE "RM100".. CONTEST !!


"Emkoi Sai (Terima kasih).....
kepada Tuan Blog yang wat contest nie iaitu http://aunimiyukie.blogspot.com/

Tak lupa kepada http://secantikmanis.blogspot.com/ yang sudi meng "TAG" Ayumi untuk
join contest nie. U ar so sweet sis.. !!
Contest yang bertajuk "IF I HAVE RM100" adalah contest dimana anda akan berangan sebentar
untuk berfikir.....
"Apa yang anda akan buat sekiranya dapat RM100/= nie"
Sungguh simple kan contest nie.



Syarat contest nie senang je;
1) Upload pic barang yang anda idamkan. 
2) Nyatakan sebab anda mahu kan barang tersebut.
3) Follow my blog aunimiyukie ( nak ramaikan kwn2 )
4) Buat entry tajuk " If I Have RM100~ "
5) Letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
6) Tag pd 3 kwn yang lain.
7) Jangan lupa tinggalkan comment n link anda slps itu..
8) Tarikh tutup : 10 February 2011


Sekiranya Ayumi dapat RM100/=....
*** Ayumi akan gunakan duit tu untuk makan malam "Candle Light Dinner" bersama suami
di restoren WaterLily tempat dimana kami pertama kali bertentangan mata. Waah gitu...!!


Kerana memori indah kami bersama ini, tak kan kami lupakan sampai akhir hayat kami.
Sekiranya niat Ayumi itu dimakbulkan, Ayumi ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada
coz sudi berkongsi Kisah "CINTA AYUMI" .....

Ayumi tag pada kawan2 ;

LENCANA SEKOLAH YANG PERNAH BERTAHTA DIBAJU KU










Teringat zaman sekolah2 dulu, wat kan Ayumi teringat Lencana Sekolah2 Ayumi.
Nasib baiklah tadika punyer lencana Ayumi tak dapat cari.
Kalau tak leh post kat blog nie. Tapi camner nak cari lencana sekolah tadika.
Sedangkan nama sekolah tadika Ayumi pon dah lupa. Punyer lah berkurun dah tinggalkan 
zaman tadika itu.

Lepas je zaman tadika, Ayumi terus dimasukkan ke Sekolah Rendah Seksyen 24, Shah Alam.
Dulu sebelum pindah ke Puchong, Ayumi & famili memang asal dok sana.
Dari Ayumi lahir sampailah darjah 3 pertengahan tahun.


Nie lah rupanyer lencana masa kat sekolah Shah Alam dulu.
Tempat tinggal Ayumi masa tu dekat je dengan sekolah. So gi sekolah jalan kaki je selalu.
Pengalaman paling tak dilupakan, tali beg sekolah putus & beg terus masuk longkang besar.
Maklumlah masa tu suka gendong beg sebelah je.
Bila dah putus tak dapat nak selamatkan beg. Habis basah buku2 kene air longkang..
Uwaaa..kesian tak ?


Pertengahan darjah 3, Ayumi dah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Puchong Bt14.
Ayumi dok sekolah nie sekejap je. Sebab nak tunggu sekolah area rumah Ayumi bukak 
lagi 5 bulan. Pengalaman yang tak boleh dilupakan plak kat sekolah nie pasal pakaian sekolah.
Ayumi dulu gi sekolah memang suka pakai baju skirt sekolah yang warna biru tu.
Boleh dikatakan tak ramai pelajar melayu yang pakai skirt ke sekolah.
Jadi dalam kelas, Ayumi seorang je pakai.
Suatu hari tu, semasa ngah tunggu loceng berbunyi untuk masuk sekolah petang,
ada seorang lelaki senior tanya Ayumi " Eh, budak.. Tak malu ke pakai skirt pendek?"
Ayumi pon masa tu suka sangat menjawab.Then berbalas2 jawab sampai jadi bertengkar.
Apa lagi.... Walaupun Ayumi berskirt pendek time tu, boleh plak kami bergaduh.
Bukan setakat bergaduh mulut, malah siap bertumbuk bertendang lagi.
Sengal tol budak laki tu... abis tali pinggang skirt Ayumi putus.
Baju plak kotor giler. Pergh...... gaduh dengan budak laki tu !!
Gengster Kampung Pisang !! hehehe..

Ari tu jugak ayah Ayumi datang sekolah. Jumpa cikgu sekolah.
Ayah tanyer ingat tak muka sapa yang pukul?
 Oleh disebabkan takut kene marah,
Ayumi kata tak berapa cam. Sebab dia sekolah pagi.
Sebab kalau ayah jumpa dia, dah tentu2
budak tu akan kata Ayumi yang sepak dia dulu. Tapi dia yang ejek Ayumi dulu.
Sapa salah sebenarnyer?

Mula dari hari tu, terasa diri sangat bangga sebab nama Ayumi telah diumumkan kat perhimpunan
kerana kes bergaduh minggu lepas.. Haish.... malu2 bangga gitu .
Tu baru sekejap dok sekolah tu. Kalau lagi lama tak tahulah apa nak jadi.




Darjah 4 sampai lah UPSR, Ayumi dah tukar ke sekolah area rumah Ayumi.
Di Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana.
So gi sekolah naik basikal, sebab dekat sangat.
Kat sekolah nie, Ayumi dah tak gaduh2 dah. Ayumi lebih banyak join aktiviti
kebudayaan & sukan.
Masa nie dah besar sikit. So, sifat malu tu mula timbul. Cewaah !!
Lagi pon mama Ayumi selalu pesan,
" Orang perempuan kene sopan santun.Kalau tak, nanti kawan2 semua lari."


Start form 1 sampai 5, Ayumi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana.
Sekolah paling lama Ayumi menetap.
Dari exam PMR sampailah SPM. Kenangan kat sekolah nie, Ayumi memang bergerak aktif
dalam kokurikulum. Terutama PRS, Pengawas Sekolah & Sukan.
Lagi satu, bab2 Pertandingan bersajak, bersyair, berdebat & segala ber.. tu memeng Ayumi
cukup suka. Menang tu adalah juga. hehehe..


Form 6 Ayumi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Bt14.
Kat area puchong, Sekolah nie je yang ada form 6.
Batch kami yang pertama kat sekolah tu.
Sebelum nie tak de lagi form 6. Sekolah nie pon tak lama.
Coz untuk tempoh belajar form 6 hanya 1 setengah tahun je.


Sekolah2 nie lah yang watkan Ayumi menjadi seperti sekarang.
Walaupun tak dapat nak lanjutkan pelajaran sampai peringkat lebih tinggi, 
Ayumi syukur & bangga menjadi diri Ayumi sekarang.
Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang Allah berikan bersama suami tersayang.
Kejayaan bukan dari akedemik semata2. Yang penting cari bakat yang kita ada.
Gilap, dan jadikan ia sebagai Puncak Kejayaan kita.
Dari situ, Ayumi belajar bahawa ,kejayaan kita terletak pada usaha kita.
Renungkan ... !!

Friday, January 21, 2011

DIET IKUT JENIS DARAH ANDA





                        MUSIM DIET KE?










Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.

Tidak dapat dinafikan, pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan dipasaran.Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.



Diet untuk Golongan Darah A

pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.




Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat



Diet untuk Golongan Darah B


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.


Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, lobak, tomato dan jagung.



Diet untuk Golongan Darah AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan




Diet untuk Golongan Darah O


pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

                                                                                        ** Sumber : Google

Thursday, January 20, 2011

INI MENU DIET KE?


 Hari nie aktiviti hanya melawat member yang baru pas bersalin.
Sangat comel anak perempuan si Zue tu. Nama dia Arianna Sofea. Berat dia 3.64kg.
Disebabkan babynyer besar, so Zue terpaksa lah scissorion dibuatnyer.
Balik dari hospital, perut pon dah berbunyi.
So singgah Giant Puchong untuk makan Pizza Hut.
Kami kan ngah Diet. Tapi nie menu Diet ke?

  Pizza ada menu baru. Pizza Chezzy. Pergh nie baru Pizza BUKAN menu diet.
Sebab ada chesse. So kami amik Haiwaiian Pizza.
My feveret Pizza.




Sempat berposing2 untuk melupakan sebentar perut yang sedang kelaparan yer.
Pas nie Bruce sambung wat kerja dia lagi.
Kebetulan ari nie besday my mom. Tak sempat lagi singgah rumah mama.
Tapi malam tadi dah wish dah. Call2 dia tengah tidor plak. hehehe..








Muka2 yang benar2 kelaparan yang agak tegar disitu yer.
Pagi tadi kami makan bihun sup je masing2.
Mau tak menggigil kelaparan dibuatnyer.