Sunday, February 28, 2010

PEMBACA BERITA BULETIN UTAMA?

AUDITION

Haha... kalau tengok gambar ni asik nak gelak je.
Mau taknyer.. Ayumi leh plak sangkut wat Audition jadi pembaca berita.
Sebenarnya masa ni, Ayumi ikut Bruce gi tengok Auto Fair Produa kat Bukit Jalil.
Alar sempena SURE HEBOH baru2 ni.
Sambil tengok Auto Show tu kitaorang pun jalan2 lah kat Booth Sure Heboh tu.
Nak carik makan sebenarnyer.
Dah lah panas giler & lapar yang melampau2.

Lepas makan, kitaorang pun menujulah jalan nak ke tempat letak keta.
Tetiba je kitaorang lalu kat tempat Booth TV3.
Lalu bukan apa, coz Ayumi nak dok depan kipas air tu.
Panas giler yg amat2.
Dok depan kipas air tu best sikit.


Lepas tu ada seorang akak kat depan kaunter TV3 ni panggil suwuh Ayumi
Audition jd pembaca berita plak.
Akak tu kata test lah. Alar... just suka2 je.
Apa lagi si Bruce suwuh Ayumi saje2 test.
Maklumlah, Ayumi ni klu Bruce bagi Green Light memang cepat je nak cuba apa2 pun.


Erm.. lepas register terus masuk dalam Audition.
Tak sempat2 nak baca teks.
Sedangkan ada ramai lagi menunggu giliran.
Tapi Ayumi akak tu suwuh baca dulu.
Menggelabah jugak dibuatnyer.

Apa lagi Ayumi pun belasah je lah.
Kata main2 je kan.. hihi....
Tapi ada GAYA tak Ayumi jadi PEMBACA BERITA????
=P hahaha...

KERETA IDAMAN MALAYA



Hihi... saje nak x-tion bergambar kat keta BMW ni.
Amik Aura jadilah.
Haha.. ni lah kerata idaman Ayumi & Bruce.
Tapi tau tau lah bila agak2nyer leh rasa nak pakai.
Hihi... berangan yang terlebih sudah!!


Selain tu, ada gak keta2 lain yang mewah2.
Sebenarnya Ayumi ni bukan apa, kebetulan ikut Bruce gi tengok event.
Coz kan sekarang ni Bruce wat event Auto Show.
So, kebetulan Ayumi ikut,jd amik kesempatan lah sekejap.
Jgn Marah yek!!


Ada gaya tak Ayumi pakai BMW??? =P..
hihi...

PERTUNANGAN SHIELA & HANIFF


Haha... Pada 27 Februari 2010 juga Sheila Bertunang.
Then, malam nyer pulak kenduri Arwah kat umah Ayumi.
Nie pun Ayumi lari2 gi jugak umah Sheila.
Haha.. sampai2 je Ayumi sempat lagi pose dulu kat pelamin Sheila.
Gambar2 ni semua hasil dari Demaan oleh Aidil member Ayumi.

Apa kene si Shila ni???
Rupa2nyer sila ngah Azan Zohor. Haha...
Shila bertunang dengan jejaka pilihannya yang bernama Mohd Haniff.
Berusia 26 tahun & Shila pula sebaya Ayumi 24 tahun.
Shila kenal pasangannya bermula dari dia blajar di Universiti dulu.



Inilah hasil pose GEDIK2 Ayumi & Shila..
Kitaorang ni masing2 mempunyai Otak yang luar biasa.
Kalau rasa nak wat gila, mana2 tempat pun leh!!

KOleksi2 gambar Ayumi & kawan2 semasa dirumah Shila.
Semoga terhibur!!
Semoga Shila & pasangannya dipanjangkan jodoh & cepat2 kawen.
Semoga Berbahagia sehingga ke Akhir Hayat.
Amin!!

KENDURI DOA SELAMAT & RUMAH BARU




Pada 27 Feb 2010 yang lalu, kami telah mengadakan kenduri Arwah anak kami
dan doa selamat untuk rumah baru kami yang terletak di Puchong Intan.
Majlis bermula selepas solat Isyak.
Tetamu yang hadir adalah dari jemaah Surau Taman Puchong Indah.
Selain itu, keluarga serta rakan2 turut hadir di majlis itu.
Antara Menu yang telah kami sediakan pada malam itu ialah :
* Nasi Halia (resepi keluarga Ayumi)
* Ayam Masak Tomato
* Dalca sayur
* Kari Terung & Carrot
* Papedom
* Kuih Muih & Tembikai (pencuci mulut)
* Air Sirap & Kopi.


Hehe... tengok lah si manja Ayumi ni.
Si Kimmy sampai dah buka baju dah coz sekarang cuaca agak panas.
Bruce pula dah kepenatan coz sehari suntuk wat kerja2 rumah.


Ini adalah segelintir tetamu yang masih bertandang di rumah kitaorang.
Gambar ni di ambil selepas Jemaah Surau dah pulang ke rumah masing2.
Tinggal segelintir Jemaah & Ahli keluarga serta saudara mara yang tinggal.


Ini lah suasana di luar kawasan rumah baru kami.
Tetamu yang keluar masuk rumah semasa majlis berlansung.


Ini pula kawan2 Ayumi semasa sekolah yang turut hadir pada malam itu.
Dari kiri : Eijant, Izza, Hady, Ali, Faiz & Bob.


Ini pula pic Auntie Ayumi.
Ni adalah adik beradik mama Ayumi.

Kelihatan Bruce sibuk melayan tetamu yang hadir.
Apa2 pun syukur Alhamdulillah coz semuanya berjalan lancar!..

BAWA KIMMY JALAN-JALAN


Hihi... ni pic Kimmy pakai cermin mata hitam.
Caya tak???
Time ni kitaorang otw nak bawak Kimmy jalan2 & makan2.

Sebelum gi jalan2, Kitaorang sempat lah membawa Kimmy ikut skali
gi meeting ngan customer kitaorang.
Nasib baiklah si Kimmy ni jenis tak meragam.
Best2.. anak Ummy ni.

Sekarang ni Kimmy dah tumbuh gigi satu batang kat bawah,
dua batang plak kat atas.
hehe... cian Kimmy!!

Monday, February 22, 2010

PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK

ANJURAN PROSTAR 2010
SACC MALL, S.ALAM.

Ini lah wajah gemuruh adik Ayumi si Eman coz dia masuk pertandingan
akhir nyanyian lagu2 petriotik 2010.
Majlis bermula lebih kurang pukul 11.00 pagi.
Bukan setakat nyanyian, malah deklamasi sajak, puisi dan sebangainya
turut dipertandingkan.
Si Kimmy ni pun ikut skali.
hihi... Mimy pun nak nyanyi gak ke??/

Ini adalah merupakan wajah2 saingan Eman dalam
kategori nyanyian.
Hanya terdapat 5 peserta akhir sahaja.
Ini pula selaku organizer pada hari tu.
Ada diaantaranya bekas cikgu2 Ayumi semasa Ayumi form 6 ari tu.
Kimmy pun nak juga rasa pakai tengkolok ni..
Tengoklah mulu pun comot coz makan gula2 lah tu.
Ni pula pic ayah & mama Ayumi.
Mereka pun turut datang untuk memberi sokongan kepada si Eman.

Ha.. bukan Kimmy je yg teringin nak bertengkolok.
Ayah pun nak rasa juga!!
Bruce pulak melayan je ayah mertuanya.
Sapa lagi klu bukan ayah Ayumi.


Selain itu, terdapat pelbagai persembahan yang best2..
Seperti Dikir Barat, Okestra, Silat & Tarian.

Bruce pantang tengok ada benda mainan mcm tu.
Ntah ngan budak mana agaknya dia ajak main.
Masalahnya, Bruce tu main xbagi peluang kat budak tu menang.
Bagilah budak2 menang!!
Haha.. ni lah orang yang banyak mengeluarkan air liur.
Coz Ayumi yang banyak menjerit menyokong Eman.
Eman ni ada Tagline sendiri iaitu "COMEL".

Si Kimmy tu mcm biasalah.
Asik nak berkepit ngan Daddy dia.
Sekarang ni dia ngah pandai nak minta Dukung!!
Inilah Banner Prostar 2010.
GEMA PROSTARIAN
Haha.. makeup pun xsempat.
Coz bangun terlewat pagi ni.
Cuma dapat pakai bedak je.
Majlis Prostar ni dirasmikan oleh YAB Dato' A. Samad Said.
Bapa Puisi kita.

Sekarang ni pic kitaorang nagh nak tunggu giliran si Eman ni.
Undi2 tadi, Eman dapat nombor giliran 4.

Jom kita Tengok Vidoe Eman Menyanyi..
BAHTERA MERDEKA

Juara bagi pertandingan ini, apa lagi klu bukan jatuh ketangan
Muhd Izman bin Abdul Rani.
Juara Nyanyian Patriotik Prostar 2010

Haha.. nmpaknya YB Dato' A.Samad Said telah menyampaikan hadiah kepada Eman.
Ini adalah di anatara pentokong2 yang di import dr Shah Alam sendiri.
Iaitu Kak Zila & Family!!.




Selepas acara semua selesai, tibalah masa bersesi fotografy..
Bersama Family!!

Eman pun yg agak poyos, sempat lagi bergambar ngan aweks cun selaku
saingan nya dalam pertandingan Nyanyian ari tu.

Ayumi & Bruce macam biasa, gila pose di mana saja Kami berada!!!!
Haha...