Friday, April 30, 2010

PUSARA ANAKKU


SITI AISYAH


Inilah pusara anakku Siti Aisyah.
Sudah lebih 5 bulan dia pergi meninggalkan kami berdua.
Walaupun sedih di atas pemergiannya,
namun Ayumi & Bruce redha dengan apa yang ditakdirkan untuk kami.

Semasa arwah didalam kandungan Ayumi,
kami berdua tak sabar2 menantikan kelahirannya di dunia ini.
Ingin sangat2 melihat Cinta Hati kami.

Setiap hari kami berdua tertanya2,
kemiripan wajahnya tatkala ia lahir nanti.
Setiap waktu tangan Ayumi ini sentiasa menemaninya ketika ia didalam kandungan.
Tidak putus2 fikiran ini membayangkan senyum, gelak tawa & nangis nya
pabila ia lahir kelak.

Apatah lagi keinginan kami selama ini yang mahu bergelar ibu dan bapa.
Namun, hati kami sentiasa mengucapkan syukur.
Kerana sekurang2nya kami telah merasa nikmat menjadi ibu dan bapa
walaupun untuk beberapa jam.

Wajahnya yang iras seperti Ayumi membuatkan
hati ini tidak pernah luput untuk mengingatinya.

Tapi bahagian hidung & rambut sudah tentu mengikut rupa Daddynyer.
Ummy & Daddy doakan agar roh kakak bersama orang2
yang Allah kasihi.
Amin



BUAYA BUKA KILANG KASUT?

KASUT KAMI
EDISI JALAN MERATA


Akibat selalu sangat sakit kaki disebabkan Ayumi selalu
 pakai kasut tumit tinggi,
Bruce telah belikan Ayumi kasut getah CAP Buaya Puchong.
Warna Putih tu Bruce nyer & warna Hitam tu Ayumi nyer.
Cantik tak yang Ayumi nyer kasut??
Siap ada nama lagi AYUMI.

Barulah selesa sikit bila kuar jalan2.
Taklah kaki Ayumi sakit bila jalan banyak sangat.
Kadang2 sampai kejang kaki Ayumi.
Kasut Buaya nie senang & selesa bila kita pakai.
Siap boleh main lompat2 lah.  =)

BERIBU HABIS

BOWLING PUNYER PASAL



Tajuk pun macam very2 mendebarkan.
Bukan apa, nie Ayumi nak cerita tentang penangan bila dah gile
main bowling.

Tengoklah si Bruce tue, setiap 3 hari sekali mesti nak main bowling sekarang nie.
Kalau bosan je dah tak de tempat lain nak gi.
Sampai habis beratus2 semata2 nak beli set main bowling dia.
Gambar kat atas tu barang2 bowling dia lah.

Kalau dulu kitaorang ni memang giler wayang.
Sampai sekarang pun masih lagi. Tapi hobi terbaru ialah Bowling.


Kalau Ayumi gi kerja, dia pun menggendong beg bola bowling dia
ke IOI Mall untuk main bowling.
Kalau sekali main 2 game takpe lah lagi.
Nie dia ajak Ayumi main sekali 5 game.
Rasa nak putus tangan nie tau.


Halamak.... asal tertinggal satu lagi nie??
Tue yang muka bengang je tue.
Orang tak pandai main memang camtu. Padan muka !!
Wakakaaaa.... !!

Ayumi main bowling nie just teman kan Bruce main.
Kesian dia main bowling sorang2.


Haha... ni lah jumlah jatuhan pin yer.
Nampaknyer Ayumi lagi 10 mata untuk mengejar Bruce.
Tak pe, next time Ayumi pasti menang.

KARIKATUR BRUCE



Haiyaak...... Adakah ini sebijik rupa Bruce??
Ini adalah lukisan ikhsan daripada Marcus.
Dia lukis wajah Bruce jadi karton.


Apakah gambaran sebenar tentang lukisan di atas yer??
Bolehkah anda gambarkan?
"Lu Pikir Lah Sendiri"



Sunday, April 25, 2010

PAKEJ PERKAHWINAN 2010



 
DENGAN HANYA " RM17.90 " SEORG



1) KATERING UTK 1000 ORG
* NASI MINYAK
* NASI PUTIH
* AYAM MASAK MERAH
* DAGING MASAK BERYANI
* ARCA BUAH
* PAPEDOM
* DALCA SAYUR
* BUAH OREN (PENCUCI MULUT)
* AIR SIRAP KORDIAL
* AIR MINERAL

 

*** SET PENGANTIN TAMBAHAN
* UDANG GALAH
* AYAM GOLEK


2) KHEMAH
# 1X KHEMAH ARABIC 20' X 20' (PENGANTIN)
* UNDERLAYER
* SCALLOP
* HIASAN MEJA PENGANTIN
* MEJA & KERUSI BERSARUNG SERTA RIBEN
* LAMPU & KIPAS

 
# 4X KHEMAH ARABIC 20' X 20' (TETAMU)
* SCALLOP
* MEJA & LAPIK MEJA
* KERUSI PLASTIK
* LAMPU & KIPAS


 
3) PELAMIN SET
* SET PELAMIN LENGKAP TERMASUK ALATAN MERENJIS
* 1X BAJU SONGKET PERSANDINGAN LELAKI & PEREMPUAN
* 1X MAKE UP TERMASUK ACCESSORIES


 
4) JURU GAMBAR/VIDEO
* 1X STICKY ALBUM (3 ROLL)
* 1X CD GAMBAR + COVER
* FREE -- 2X GAMBAR BESAR 8R



5) KARAOKE SYSTEM
* SET LENGKAP KARAOKE SYSTEM (TERMASUK DJ)



6) PELAYAN TETAMU
* PELAYAN TERLATIH DISEDIAKAN



7) PASUKAN KOMPANG
* PENGIRING PENGANTIN

 
***** FREE FLOWER ARCH
***** FREE KEK 3 TINGKAT
***** FREE 2X BUNTING PERKAHWINAN



KAMI JUGA TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN :
* PAKEJ PENGURUSAN BERBULAN MADU
* KOMPANG
* TARIAN TRADISIONAL
* TEMPAHAN KEK PENGANTIN
* TEMPAHAN KAD KAHWIN
* DLL



UTK SEBARANG PERTANYAAN @ TEMPAHAN,
 SILA HUBUNGI KAMI :

* AYUMI RESOURCES *

TEL : 018 219 7790 FAIRUS / AYU

EMAIL : ayumiresources@gmail.com

YM : ayumi_ayu86@yahoo.com.my

URL : http://ayumiresources.fotopages.com/

http://ayumiresources.blogspot.com/

Saturday, April 24, 2010

TINGGAL KENANGAN




Ini lah barang2 kenangan arwah anakku Siti Aisyah binti Mohd Fairus.
Barang2 nie adalah barang 1st shopping Ayumi & Bruce
masa kandungan Ayumi 6 bulan 1 minggu.

Banyak barang tak cukup lagi coz time tu baru 6 bulan lebih.
So, kitaorang takde lah X-cited nak beli semua.
Selepas seminggu beli barang2 nie, Ayumi kene tahan wad.
Lepas seminggu dok wad terus deliver.

Erm.. jadi shopping tu adalah yang PERTAMA & TERAKHIR.
Barang2 & kain baju nie lah jadi pengubat rindu Ayumi.
Sampai sekarang, hanya baju2 dia yang Ayumi bawa tidur.
Kalau Ayumi rindu je, pasti Ayumi akan cium kain baju dia.
Bila dah cium tu terubatlah rasa rindu sedikit.

Kalau Ayumi & Bruce agak2 rindu sgt,
kitaorang akan menziarahi kubur arwah.
Hanya itulah, tempat dimana Ayumi & Bruce melepaskan rindu pdnya.
Ummi & Daddy sentiasa doakan Aisyah bahagia berada dikalangan
orang2 yang dikasihi Allah S.W.T

I LOVE U SO MUCH SITI AISYAH

Tuesday, April 20, 2010

OFFER KERJA



13.04.2010 ~ 

Tarikh dimana Ayumi telah di OFFER oleh EX-majikan Ayumi
untuk bekerja semula di companynyer.
Ini dah masuk bape kali die offer Ayumi untuk bekerja semula.
Erm.... Ex boss kata xde sapa yang kekal untuk gantikan
tempat Ayumi dulu.

Ish2.... tu lah garang sangat.
Setelah Ayumi mendapat offer dr Ex majikan Ayumi,
Ayumi terus memberitahu Bruce tentang perkara tersebut.
Bruce pula kata terpulanglah. Tapi Bruce xnak Ayumi keje
semata2 nak duit. Coz kalau sbb duit, Bruce kata dia bleh bagi.

Bruce kata dia bg Ayumi kerja supaya Ayumi boleh berkawan.
Selain tu, untuk isi masa lapang Ayumi.

Setelah berbincang dengan Bruce,
kami wat keputusan untuk Ayumi kerja PART TIME je.
Coz kalau Bruce outstation, Bruce nak Ayumi ikut dia.
Kalau Ayumi keje tetap, mmg susah lah nk dpt cuti.

15.04.10 ~ 
Ayumi berbincang dengan Ex boss Ayumi.
So, dia setuju Ayumi part time. Coz dia tau Ayumi ada wat bisness sndiri.
Haha... best2...
Ayumi ada keje sambilan untuk duit shopping !!!
Ayumi ckp nk masuk awal bulan MAy 2010.

Tapi Ex boss suwuh dtg keje soknyer,
itu pun kalau Ayumi free katanyer.
Kebetulan soknyer Ayumi free.

16.04.10 ~
1st day Ayumi melangkah ke tempat keje lama Ayumi.
Ada sedikit perbezaan.. yg lain ttp sama.
Halamak.. kene Refresh balik ar otak nie..
Banyak yg dah lupa.. Maklumlah dah 2 tahun lebih..

So far, Alhamdullillah....
Semua berjalan lancar. Patutlah dia suwuh masuk awal.
Banyak keje rupanyer.
hehe... bila time solat, jumpe lah balik
kawan2 lama kat surau..
Time gi surau siap dah set dah ngan kawan2 setiap tingkat.
"SILA TURUN PUKUL 2.30 petang"
wakaka... !!!

Thursday, April 15, 2010

BRUCE JADI MODEL "DIGI" ??



Jom tengok Video Klip Bruce jadi Model Iklan Digi !!




SILA KLIK DI BAWAH INI ...

Tuesday, April 13, 2010

VIDEO BRUCE MAIN BOWLING

PENANGAN GIAN BOWLING


AKSI BRUCE STRIKE GAYA "HOOK"


AKSI AYUMI STRIKE GAYA "STRAIGHT BALL"

Haha.... nampak gayanyer masing2 dah ada skill
"BAIK PUNYER".
Praktis hari-hari ek..???
Apa pun... ini sekadar mengisi masa lapang.


1ST ANNIVERSARY

AYUMI & BRUCE


12 April 2010 ~ ~ ~ Wah..... suadah Setahun ka????
Macam tak percaya je aku dah setahun berkahwin & bergelar
Seorang Isteri & Seorang Ibu.
Walaupun rezeki aku untuk hidup bersama2 dgn arwah anakku
tidak kesampaian,
Namun aku & suami redha dengan ketentuan Illahi.
Mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku.

Kitaorang lum sempat lagi nak sambut Anniversary kitaorg tahun ni.
Coz Bruce sibuk dengan keje2 dia.
Insyallah, kalau tak de aral melintang...
awal bulan 5 ni kot baru nk gi jalan2.
Tue pun jalan dekat2 je & kira sambut anniversary kat sana.


Haha... mengimpikan Candle Light Dinner...
Erm.. mungkin tidak kot???
Wah... sesuatu yang special yer..

~ ATAU ~


Jambangan Bunga Rose ????
Erm...... satu pembaziran pula..
Tapi sangat Sweet ....


~ ATAU ~


 

Kek berperisa BlueBerry Cheess ????
Wah.... yang ini sungguh mengiurkan!!!

Sebenarnyer.... tue semua tak penting.
Yang penting, Alhamdulillah syukur...
Semoga Allah kekalkan Jodoh kami berdua sehingga Akhir Hayat kami..
AMIN

Thursday, April 8, 2010

BOWLING KE LONGKANG? BIAR BETUL



 yaeh.... ari2 minggu bermain bowling bersama teman2 rapat Ayumi masa sekolah.
Dah lama tak kuar sama2.
Kebetulan time tu, sebelum main bowling, kitaorang gi umah member
sekolah dulu kawen si Haziq.
Lepas tu, kitaorang pun merayaplah ke IOI Mall Puchong.
Tu yang semua wanita2 nyer berbaju kurung..

Duduk dr kiri : Ieza, Me, Shiela...     Berdiri : Eijant

Ni lah wajah2 teman akrab Ayumi masa sekolah.
Yang paling lama Ieza lah.. coz Ieza ni kawan Ayumi sejak dari sekolah tadika
lagi. Time tu kat Shah Alam Seksyen 24.
Eijant plak, Ayumi berkawan dari sekolah rendah lagi.
Kalau tak silap darjah 3 kot.
Shiela pula Ayumi kenal lambat cikit, Ayumi kenal time sekolah menengah.
So, Alhamdulillah... sampai skg kami masih bersama.


Haha.... jom kita tengok aksi Bruce nak melontarkan bola bowlingnyer.
Bola tu Bruce beli... Kitaorg panggil bola tu,
"BOLA SETAN NIROJIM"
haha.. coz bola tu laju giler bila baling.


Ayumi pun tak ketinggalan memakai bola
Setan Nirrajim tue...
Ni lah gaya2 pemain Malaysia yang main bowling masuk longkang.


Shiela dengan gaya tersendiri yea..
Ngah darah manis tu..
Maklumlah baru pas bertunang.


Si Ieza ni asik gelak je.. bila ntah baling nyer..
Si Ieza ni bila plak nk bertunang nyer..
Dah couple ngan Faies hampir 9 tahun. sejak dr sekolah lagi.
Mak aai.. lama giler kan.


Iejant... apakah yg engko sdg lakukan ini????
Iejant kata ngah baca manderem..
hehe.. sila lah jan ooiii..


Ini adik kepada si Shiela. Atan namanyer.
Atan nie ngah cuba sedaya upaya nak kalahkan Eijant, Eiza, Ayumi & Shiela.


Sempat lagi tu berposing2..


Alamakkk... malulah..
nie lah die hasil result yg kuar.
Pemain2 handalan MAlaysia yer..
Mlang sungguh Malaysia dapat pemain mcm kitaorg nie..

CAFE CINTA PANDANG PERTAMA KAMI ~ WATER LILY CAFE


Dah lama tak update blog nie...
Maklumlah.... bulan lepas & awal bulan 4 ni, memag bz sikit.
Tapi dah pertengahan bulan 4 ni, slow sikit.
So, bleh ar relax2.

Dalam kesibukkan kami suami isteri ngan kerja,
sempat jugak kami lunch di Cafe Waterlily nie..
Tempat dimana Ayumi & Bruce bermain2 mata dulu.
Hehehe.... geli2..


Dah lama dah tak datang sini.
Semenjak Bruce & Ayumi dah tak kerja kat office atas cafe nie.
Cafe ni ni dah banyak berubah.
Dah wat konsep ala2 jawa Jakarta.
Makan kat sini terasa macam kat Jakarta plak.

Kat sini makanan nyer best2 tau.
Ada Assam Laksa, Mee Rebus, Sup2, & macam lar..
Tapi Ayumi & Bruce pilih makan "Nasi Lemak Ayam Rendang"..
Ermm... sedap giler nasi lemak die..
Tak caya datang lah cini, cuba rasa.

Menu kali nie macam biasa, Nasi Lemak Ayam Rendang.
+ Ice Lemon Tea + Air Mineral.

Harga makanan kat sini ok..
Tak mahal pun.. Insyallah masih dalam kemampuan semua.
Jom ar Try...!!

Bismillahhirrahman nirrahimm...
(* Baca Doa Makan plak)

Haha... tengoklah reaksi muka Bruce yang tak sabar2 nak makan.
Maklumlah, dah lama tak makan nasi lemak feveret die nie..
Masa bercinta dulu selalu lah gak makan kat cini.
Mana taknyer, pot yang paling senang, dekat & romantik.


Apa2 pun, The Waterlily Cafe ni, mmg meninggalkan
seribu satu kenangan untuk Ayumi & Bruce suami isteri.
Peace....!!!