Sunday, August 21, 2011

DAPAT TIKET WAYANG .. "Primere Green Lantern @ Cineplex"


Last minit kami dapat call dari "Wak Adi Fashla Juraimi" nie.

Wak ajak kami tengok wayang Green Lantern kat Cineplex.
Wak call petang dalam pukul 6 lebih. Start wayang pukul 8.30malam.
Terkejar2 jugak aar kami dibuatnyer.

Sebenarnya Wak Adi kata dia ada 4 tiket lebih.
Dia ajak kami suami isteri & Abe Lin (Roslin Hashim) time tu.
Tapi kebetulan Abe Lin sangat sibuk pula.
So, tak dapat lah Abe Lin nak join sama.
Yang tengok wayang time tu kami bertiga jerlah.





Memang bestlah cerita Green Lantern nie.
Sapa yang dah tengok mesti tahu best 2 tak cerita nie.
Green Lantern yang kitaorang tengok malam tu dalam versi 3D.
Memang puas aar tengok malam tu.



Apa pun, kami nak ucapkan "Thank U daun Keladi" 
kepada Wak Adi coz sudi 
mengajak kami nengok wayang pada malam tu.
Nanti kalau ada lagi yang lupa ajak yer.

Gambar di atas tu , hasil tangkapan dari tang "Pak Reza" yang juga tidak berbedung.
Wakakakakaka  !!!


MIMPI MAKAN KEK SEMASA TIDUR


Yaaaa....Rabbi....!!!

Anak sapalah nie punyer perangai.
Bangun dari tidur terus turun mengejar suaminya dengan penuh cemas.

Si suami pula "Terkejut" lalu tak sempat nak "Terkentut".
Si suami bertanya, kenapa cemas semacam jer nie?
Apakah yang berlaku?

Si isteri pula berkata,  
"Umy mimpi tadi. Umy mimpi Umy makan kek kat Secret Recepi".



Si suami memandang dengan penuh "Blur" & secubit "Bengang".


Si suami bertanya lagi pada si isteri.
"Habis tu kenapa turun macam orang mimpi hantu jer?. 
Kek yang Umy makan
dalam mimpi tu bertukar jadi hantu ke?"

Si isteri dengan penuh rasa tak berslah terus menjawab,
"Tak lah..... Umy kejar masa. 
Takut nanti Secret Recepi dah tutup malam nie.
Tu yang Umi berlari nak ajak Daddy gi makan kek sekarang.
Boleh ke?"



Si suami memandang isterinya dengan penuh kesabaran lalu berkata ;
"Nak makan kek malam nie jugak ke? Kalau nak jom lah"


Si isteri dengan penuh gumbira terus menyerahkan kunci kereta
kepada si suami.
Si suami hanya tersenyum & bergelak kecil melihat gelagat isterinya sendiri.

Nasiblah wahai si suami, sebab terpaksa melayan isteri ketika isteri sedang mengidam.
Sangat gumbira wajah si isteri pabila dibawa makan kek "Selepas Bermimpi".
Nampak sangat muka baru bangun tidur.
Tak cuci muka ke apa?



*** Ini adalah cerita "Biasa" kepada suami isteri 
pabila si isteri sedang mengidam.




JALAN2 ..... THE CURVE, DAMANSARA


Nie sebenarnya gamba lama. Saja nak masukkan dalam blog nie
untuk kenangan dimasa hadapan. Hehehehe..
Gambar nie adalah gambar kami suami isteri keluar bersama2 dengan keluarga Bruce.
Kebetulan masa nie adik perempuan Bruce balik ke Sg.Buloh.
Adik perempuan Bruce tinggal bersama suaminya di Sarawak selepas mereka berkahwin.
So, bila sekali sekala datang, mestilah akan berkumpul beramai2 kan.


Masa nie adik perempuan Bruce ngah sarat mengandung.
Kalau Ayumi tak silap masa dah 7bulan lebih.
Ayumi plak masa nie ngah demam sebenarnya. Tak de sapa yang tahu melainkan suami.
Tak best plak rasanya sekali sekala nak berkumpul,
dorang tau Ayumi ngah demam pulak.
So, menahan jerlah demam itu & wat2 macam orang sihat.


Selepas jalan2 & lunch kat The Curve,
kami singgah ke Ikea pulak. Kebetulan adik perempuan Bruce ngah cari barang2
untuk bakal baby baru nya.
Sekarang nie, dia dah selamat melahirkan anak lelaki yang bernama Aqil Amni.
Kalau tak salah sekarang nie dah 4bulan dah usia baby dia.

Sangat "Sugul" Ayumi tengok muka Ayumi masa nie.
Dah tak larat sangat sebenarnya.
Masa otw balik rumah dah tertidur dah dalam kereta.


Thursday, August 18, 2011

PROMOTION "BLACKBERRY" FOR HARI RAYA AIDILFITRI


BlackBerry Promotion !!!


Kalau kawan2 nak tahu apa yang kami sedang sibuk sekarang adalah.....


Kami ngah sibuk dengan penjualan handphone
AP set BlackBerry nie.
Ianya bukan from China ok.
Spec semuanya "Original" BlackBerry , Tapi bukan dari Brightstar.
Kalau beli kat kedai2 handphone, kebanyakkannya mereka akan kata "Ori"
from Brightstar. Tapi sebenarnya ianya AP set.
Harga plak kalau tengok, kawan2 boleh bezakan sendiri.
AP set dijual dengan harga ORI set.

Brightstar ori ada warranty card from Brightstar company.
So, kalau mana yang tak de tu bermaksud AP set.
Kalau kawan2 nak Order @ keterangan lanjut mengenai BlackBerry AP nie,
boleh lah Contact Mr. Bruce di talian 018-394 6783

Harga kami adalah yang paling murah dipasaran.
Tapi harga di atas hanya untuk "Promosi Raya" sahaja.


Cepat untuk dapatkannya.. Sebelum Kehabisan STOK !!!



BEKAM LINTAH !!! GELI .......


Malam2 minggu yang baru ari tu,
kami suami isteri & adik bongsu Ayumi sempat aar singgah ke
"DownTown Cheras".
Sajer nak jalan2 malam amik angin tengah malam.
Jalan2 punya jalan, ternampak plak satu kedai yang wat rawatan
"BEKAM LINTAH"

Mula2 nak tengok jer orang lain ngah wat rawatan tu.
Ntah macam mana plak Bruce bleh berminat nat buat rawatan Bekam Lintah tu.
Apa lagi orang tu pun kata "Baik untuk Kesihatan".
Bruce nak wat pun sebab dia kata muka dia rasa gatal2.

Orang tu plak bleh kata,
"Mungkin Resedung tu. Apa kata cuba rawatan nie. Hanya 
"RM25 untuk 3 ekor Lintah".



Masa nie, Lintah diletakkan ditempat2 yang disyaki mempunyai banyak darah kotor.
Abg tu kata nie Lintah ternak.
Lintah tu sedang menyedut2 darah Bruce yang sangat Manis itu.. hehehe
Muka Bruce tu sebenanya ngah menahan rasa "GELI".




LINTAH dah GEMOK !!
Selepas hampir 1 jam, Lintah tadi mula membesar dan terus membesar.
Yaauw.... Makin geli geleman melihatnya. Bruce pun sampai risau Lintah tu jatuh kat badan dia.




Alamak...... Lintah tadi dah nak jatuh daa !!!
Ayumi lari dulu. Sebelum dia jatuh kat Ayumi plak.Hehehehe..
Lintah tu bila dah gemok, dia sendiri akan menjatuhkan dirinya sendiri dari kulit manusia.
So.. standby lah kalau Lintah tu dah demok.



Selepas kesemua Lintah2 tu jatuh.
Tibalah sesi untuk "Memuntahkan Lintah" itu semula.
Ini bertujuaan untuk melihat warna darah kotor yang disedut oleh Lintah tadi.
Gambahr kat atas tu lah hasilnya selepas Lintah itu dimuntahkan dengan "Air Garam".

Kepada sesiapa yang nak wat boleh jer cuba.
Ianya sesuai untuk Resedung, Jerawat, & pelbagai lagi jenis penyakit.
Tapi Ayumi nak bagi tau lah, kalau wat kat muka tu
memang akan meninggalkan kesan parut aar cikit.
Kalau anda leh terima kenyataan bahawa muka anda boleh berparut, SILAkan lah.
Tapi lama kelamaan ianya akan hilang.
Cuma makan masa yang lama cikit.


~ SELAMAT MENCUBA ~



PEMINAT SETIA MAHARAJA LAWAK


Sebenarnya banyak kali kami gi tengok Maharaja Lawak Live nie.
Tapi tak penah plak terfikir untuk bergambor.
Sebabnya, bila dah sampai jer.... Cepat2 nak  masuk dalam sebab nak dapatkan 
tempat duduk yang stategik leh clear nampak pentas.
Walaupun tempat kami telah di reserve kan.
Kadang2 tempat tu kureng strategik. So, bila sampai awal leh wat pertukaran lagi.

Bila baliknya pula dah lewat malam plak.
Terkejar2 untuk balik pulak. Ayumi tak boleh sangat balik lewat malam
disebabkan kurang sihat ketika tu.






Gambar2 yang ada nie pon, Ayumi amik kat facebook Mr. Bruce.
Dia rajin bab upload gambar2 nie kat facebook.
Ayumi nie kureng cikit rajinnya nak update @ upload gambar.
Sampai Bruce kata pakai BlackBerry ke @ handphone apa pun sama jer.
Habis2 handphone letak dalam handbeg.

Bukan Ayumi tak nak update, tapi rasa leceh aar 24 jam
handphone kat tangan.
Kalau makanan kat tangan ke, sedap aar jugak. Hahahaha..

HANDBEG GUCCI IMPIAN BRUCE ?


Hadoooiii ........ Berpinau Mata nie bila melihat keluaran
terbaru Design Handbeg from Gucci nie.
Time tu kami suami isteri nak berjumpa ngan si Fazreen & Syarifah
berkenaan dengan "Kad Kawen" dorang kat Pavillion, KL.

So lepas lepas habis jer kami berbincang, kami sama2 gi jalan2 & makan.
Kami berempat pun masuklah ke Butik Gucci sebab Fazreen time tu nak cari "Sandal"
untuk baju Jubah kawen dia kat Perak.

Tiba2 Ayumi nampak Bruce sedang membelek2 satu handbeg Gucci
yang berwarna "Brown" colour gitu.



Dalam hati Ayumi time tu dah terdetik berkata,
"Cantiknya Handbeg yang Daddy pegang tu"
Ayumi terus melekatkan diri disebelah Mr Bruce.

Ayumi : Cantiknya beg nie.
Bruce : Cantikkan? Design baru from Gucci.
Ayumi : Owh.... Siap ada macam kait2 kat depan beg nie.
Bruce : Nie design "HandMade" & Limited Edition.
Ayumi : Huiyoo!! Patut aar cantik. Harga pon cantik gak tu.
Bruce : Memang cantik aar. I dah bekenan sangat ngan beg nie. Nanti ada rezeki I belikan
            untuk U tau..
Ayumi : Erm... ok jer. Kalau U nak belikan. Tapi bape harga dia?
Bruce : RM 13K jer..
Ayumi : Hah... ! Erm.....(**Sabar jerlah)


Hahahahaha .. Memang tak lah kalau sampai RM13k.
Banyak lagi benda lain boleh beli. 
Pembaziran itu amalan "SYAITOON".
Aku terus mengajak Bruce keluar dari Butik Gucci itu.
Supaya tiada lagi harga2 yang boleh wat aku "Terkejut  Beruk".
Bila kuar jer dari Butik tu, kami semua pun bergerak ke kedai lain.
Tiba2 aku terlihat wajah Bruce seperti memikirkan sesuatu.
Sebagai isteri yang tak suka lihat muka suaminya berkerut lalu  "Bertanya",

Ayumi : Daddy...... Apa yang U pikirkan?
Bruce : Beg tadi... 
Ayumi : Nape ngan beg tadi?
Bruce : Cantik sangat. I suka.
Ayumi : Aik...... U nak pakai handbeg ke?
Bruce : Bukan I lah... Tapi untuk U.
Ayumi :Jangan mengarut lah.... Jom !!


Kalau dilayan pasal beg tu, nanti payah jadinyer. Hehehehe...
"Mr Bruce...... Hanya aku jer yang tau. Kalau dah nak !!!"






Ke "KANTOI" an ................. AKU SENDIRI !!


Al ~ Kisah ....... Sang Kancil Beramai2 mengadap Sultan Firaun !!!
Wakakakaka.... (**Ngah gelak besar sambil tahan malu)

Camner nak mula cerita ek? 
Kang kalau cerita , wat malu diri sendiri plak.
Kisah nie berkenaan dengan Kekantoian Diri Sendiri terhadap Suami tercinta
" MR BRUCE "

Ceritanya bermula pabila kami suami isteri bersama merancang
untuk mengemas rumah pada hujung minggu bersama2.
So, bila dah start mengemas tu, Aura Mengemas  boleh dikatakan mencapai tahap
paling Maximum lah.
Semua benda nak kemas supaya nampak bersih dan cantik berseri2.

Tibalah masa untuk mengemas stor di bilik atas.
Dalam stor memang terdapat banyak kotak yang menyimpan segala khazanah
lama kami semasa sebelum & selepas kawen.
Yang paling banyak adalah buku2 & pakaian lama yang dah berabok lebih 3inci.
Pergh....... Kalau bersin tu tak hingat. Punyerlah rajin nak kemas stor tu.

Kemas punya kemas...... Bruce plak leh terjumpa buku "NOTE" kecik
Ayumi masa bekerja kat tempat lama.
Masa tu, kami suami isteri baru memulakan "Salam Perkenalan 1 Malaysia" kami.
Tak sangka plak Bruce bleh selak note tu satu persatu.
Ayumi plak leh terlupa apa yang Ayumi tulis dalam note tu.

Alamak !!!! TERKANTOI sudah...
Ruapa2nya ditengah2 note book tu ada plak Ayumi meluahkan perasaan Ayumi.
Luahan Perasaan "MALU" sudah !!

Bruce penah mengenakan Ayumi masa 1st Time kami dating.
Nie semua pasal sayang2 lah nie.
Kononlah malu2 ketika tu bila nak berbicara antara kami.. Nyampah tau !!
Nie lah hasil Luahan Malu Ayumi pada "Mr Buku".
Kalau tak paham... wat2 paham jerlah..
Biarlah kami berdua jer yang Sangat PAHAM !! hehehehe









~ ADIOS ~


SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 2011


Assalamualaikum kengkawan semua..
Waah, lama benar ya Ayumi tidak mengupdate Blog "CINTA AYUMI" nie.
Maaf yer semua, Ayumi tak dapat nak Blogwalking kat Blog korang disebabkan oleh
keadaan kesihatan & kesibukan yang agak kureng mengizinkan.

Insyallah Ayumi tak berani nak janji, tapi Ayumi akan cuba untuk sentiasa mengupdate
Blog "CINTA AYUMI" nie untuk kengkawan semua.
Masih belum terlambat lagi kot Ayumi nak ucapkan
"SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN"
Tak lama lagi jer kita dah nak raya.
Kat luar sana, dah sibuk semua mencari persiapan raya.
Pelbagai ragam manusia Ayumi tengok.
Hehehe... Apapon memang dah lumrah manusia bila nak menyambut Hari Raya.

Ayumi akan update blog nie dengan banyak cerita2 yang dah lepas.
Maklumlah tak sempat nak updatekan.
Yang latest cerita pun Ayumi akan usulkan bersama juga.
Kawan2 nantikan yer cerita "CINTA AYUMI" nie..
Thanks semua !! Love yaa.