Sunday, January 29, 2012

Pregnant 7 months - Berbuka Puasa di Sunway Hotel 2011

Bila mengandung nie, satu2 nya yang tak dapat nak elak ialah makan.
Ada yang tak larat nak makan. Ada pulak yang terlebih makan.
Macam Ayumi, anak pertama memang tak lalu makan. 
Tapi anak kedua nie, terlebih makan pulak.
Sampai adakalanya tak boleh nak kawal. Doktor asik marah jer bila checkup.
Sebab dalam sebulan Ayumi naik 4kg.
Boleh dikatakan kerap jugak kene minum air gula.
Pergh.... nak muntah !!

Masa bulan puasa tahun lepas, Ayumi dapat puasa 15hari jer.
Yang lain kantoi sebab terasa lapor jer memanjang.
Husband plak, hari2 tanya " Larat ke puasa ari nie?".
Dia cukup risau Ayumi paksa diri untuk puasa.
Dia kata puasa boleh diganti. Tapi kesihatan baby kene jaga.
Allah pun bagi kelonggaran berpuasa untuk ibu2 mengandung.

Sebenarnya, masa Ayumi mengandung, Ayumi dibawah pemantauan
Pakar2 O&G di Hospital serdang.
Ini disebabkan oleh kes arwah anak pertama Ayumi.
So for the 2nd baby, pihak hospital akan memantau kesihatan Ayumi sampai bersalin.

Boleh dikatakan dalam sebulan 2kali Ayumi gi pakar.
Kadang2 rasa naik lemas pun ada.
Dah lah checkup kesemuanya. Memang kene berkorban lah sikit.
Alhamdulillah, nasib baiklah husband kerja sendiri.
Kalau kerja ngan orang, terpaksa asyik amik cuti jer.
Silap hari bulan kene buang kerja plak.









Tiap2 bulan puasa, kami akan berbuka puasa di Sunway Hotel nie.
Bukan apa, dekat ngan rumah.hehehehe...
Makanan yang disediakan pun memang best lah.
Kalau makan kat situ, Ayumi memang kene round dulu 3 kali,
pastu baru amik makanan.
Ini disebabkan Ayumi kene merancang apakah jenis2 makanan yang akan dimakan.

Selalunya, husband akan booking berbuka puasa kat sana pada awal puasa
dan pertengahan puasa.
Balik dari berbuka pose, masing2 nak timbang berat badan.wakakaka...
Bila time makan tak hingat.
Kene plak time tu ngah pregnant 7 bulan.
Memang berbaloi2 lah..


Saturday, January 28, 2012

Pregnant 6 months - Kuat Beregek ajer Mak Buyong nie

Bila teringat jer masa pregnant 6 bulan memang best.
Time nie lah rasa macam hidup paling happy sekali.
Selera makan tu ada jer. Apa jer kuar kat iklan tv pasti nak makan.
Sampai jauh2lah nak cari makanan yg di ngidamkan.

Selain tu, kuat beregek pun iya jugak time nie.
Husband kata, "Ambooii, asyik dok bermakeup jer. Kat umah pun nak makeup jugak ke?"
Time nie Ayumi memang rajin makeup. Kalau boleh nak nampak cantik & kemas jer.
Orang tua2 kata, nie namanya "Pembawakan Orang Mengandung".


Time nie juga baby dalam perut dah kuat bergerak.
Husband akan selalu pegang & gosok2 perut.
Husband tak abis nak cium & cakap2 kat perut.
Kadang2 rasa tajam & geli bila dia cium perut.Sebab janggut kene kat perut.hehehe..

Sampai ada satu malam tu, husband leh cakap sowang2 ngan perut Ayumi.
Time tu Ayumi wat2 tidor.
Yang paling touching giler bila dia gelak, senyum, & berborak sakan dengan baby dalam perut.



Wednesday, January 25, 2012

Pregnant 5 months - BOWLING TIME



Nie gambar2 semasa Ayumi ngah pregnant.
Gambar nie pun Ayumi dapat dalam handfon. Masa nak kemaskini kan fon,
terjumpa plak gambar2 lama nie.
So, dikesempatan ini eloklah Ayumi masukkan gambar2 nie sebelum terdelete.
Boleh jugak wat kenang2an untuk Damien.


Masa nie ngah temankan husband main bowling.
Kalau xpregnant dah lama join sama melontar bola tu.
Bila pregnant, jadi tukang tengok jer lah.


Kandungan Ayumi time nie kalau tak salah dah 5 bulan.
Nampak kecik jer kan perut tu.
Kalau pakai baju besar, org tak perasan pun yang Ayumi nie pregnant.
Cuma badan jer nampak gemuk.
Mau tak nyer, husband asik tanya nak makan apa jer time preggy.
Makan plak tak kira masa.Apa lagi naik aar mendadak.
Sampai kene minum air gula masa wat checkup sebab berat badan naik berlebihan.

Sunday, January 22, 2012

Wajah Damien seumur 3 Bulan





Friday, January 20, 2012

BERPANTANG DIRUMAH MERTUA


Kali nie berpantang dirumah mertua di Sg. Buloh.
Nasiblah husband kerja sendiri. So,orang kata leh la tolong menjaga Ayumi dalam pantang.
Selain tu, proses untuk husband jugak belajar macam mana mengendalikan baby.
Wat masa nie, husband dah boleh wat susu, bagi susu, tukar baju & pampers baby.
Selain tu, bab pujuk2 baby menangis & tidorkan baby pon dah pandai dah. hehehehe...
Cuma bab mandikan baby husband tak berani sebab baby masih lembut lagi.


Selepas melahirkan Damien, Ayumi mengalami kesukaran untuk keluarkan air susu badan.
So, Damien time tu sangat2 lah mengamuk sebab kekurangan air susu badan.
Panggil orang urut pun ambil masa 3 @ 4 hari untuk keluarkan susu sepenuhnya.
Hampir 4 hari susu badan tak keluar. Damien hanya minum air Zamzam jer.
Kesian Damien.
Di hospital, nurse tak bagi kalau Ayumi nak bagi susu fomula.
Diaorang paksa jugak kita bagi susu badan.
Dah lah tak boleh keluar, nak paksa jugak bagi.
Balik jer dari hospital, husband terus beli susu fomula jenama "Frisolac".


Sepanjang proses berpantang, Ayumi hari2 akan telan jamu2 & minum air akar2 kayu.
Selain tu, akan mandi wap & rempah ratus.
Wangi jer badan bila mandi. Best tau !!
Tapi bab makanan tu kena berpantang lah.
Tak bleh makan sebarangan.Jangan pantang jumpa dah lah yer..



Alhamdulillah, Damien tidur lena lepas tu.


SEHARI SEBELUM BERSALIN

Tak sangka plak hari keluar bersama Kimmy gi tengok wayang tu 
adalah hari terakhir sebelum Ayumi bersalin esoknya.
Tengok wayang plak cerita "Real Steel".
Wayang tu sebenarnya Ayumi ngan husband dah tengok 2 kali.
Tapi disebabkan Kimmy nak tengok, so kami tengok wayang tu wat kali ke-3.


Hari tu penuh dengan kegembiraan & keriangan.
Kimmy seolah2 excited nak tengok cerita tu.
Dia kata nak tengok cerita "Robot".
Kami memilih "couple site". Senang nak duduk 3 orang.
Bayar tiket untuk 2 orang. Giler kedekut.hehehehe...

Gi tengok wayang plak time tu pada hari week days.
So, majoriti pasangan couple lah banyak.
Ayumi jer pasangan yang membawa anak.
Kimmy plak mengeluarkan suara2 untuk menunjukkan aksinya seperti dalam Real Steel.
Hadooiyai.... Dah hilang keromantikan dalam wayang tu apabila
si Kimmy melakukan aksi2 Real Steel dalam wayang tu.



Mesti dorang kata, "Kacau Daun" jer kitaorang bertiga ni.
Tapi apa boleh buat, Ayumi hanya manpu berkata "Ada Aku Kesah. Aku pun bayar jugak lah".
Semasa ngah layan tengok Real Steel, tiba2 terasa baby dalam perut pun wat
aksi seperti menumbuk2 & menendang2.
Kerap plak tu. Hampir 15 ke 20 minit.
Baby dalam perut pun ikut abg Kimmy wat aksi macam Real Steel jugak ke?

Lepas habis wayang, Ayumi pun bergegas ke toilet sebab sejuk giler dalam wayang.
Tiba2, kelihatan ada sedikit kebasahan pada seluar.
"Alamak, air apa plak nie?Tak kan air tetuban kot?"
Orang kata kalau air tetuban, airnya akan mengalir kerap & banyak.
Pastu akan timbul rasa sakit2 sikit.
Tapi Ayumi hanya kuar sikit sangat & rasa sakit pun tak de.
So bukan air tetuban lah.
Ayumi keluar toilet seperti biasa.

Malam sebelum tidor, Ayumi menceritakan tentang kejadian kat toilet tu pada husband.
Husband seolah2 terkejut  ada sedikit cemas kelihatan diwajahnya.
Dia seolah2 macam nak marah sebab tak memberitahunya dari awal lagi 
dan mengajak Ayumi ke hospital.
Disebabkan dah malam, Ayumi mengambil keputusan untuk gi esok jer.
Tapi terimalah hasil "Bebelan husband" sepanjang proses melelapkan mata.
Redha jer lah !!



MIQHAEL MUHAMMAD DAMIEN BIN MOHD FAIRUS



Inilah dia putera kesayangan Ayumi & husband.
Gambar2 nie semasa Damien baru jer lahir kat hospital.
Masih merah (Fresh) lagi orang kata. hehehehe..
Semua orang kata Damien sebijik macam muka daddy dia.
Cuma tang "Dagu" jer ikut Ummy dia.

Semasa Damien lahir, Damien tak sama2 naik ke wad dengan Ayumi.
Damien terpaksa ditahan beberapa jam untuk diberi oksigen.
Masa Ayumi dihantar ke wad ketika itu jam baru 10.30 malam.
Risau & resah juga bila Damien ditahan.
Ayumi tak tidur sampai pukul 3 pagi tunggu nurse hantar Damien kat bilik Ayumi.
Mula2 nurse janji akan hantar Damien pukul 12.30malam. 
Tapi sampai pukul 3 pagi baru mereka hantar.
Itu pun nasib baik husband call hospital tanya kenapa Damien tak dihantar lagi pada Ayumi.
Kalau tak sampai esok pun belum dihantar lagi.


Bahagianya bila nurse masuk bilik membawa Damien sekali.
Terus terkeluar dari mulut Ayumi "Napa lama sangat anak Ummy naik. Ummy dah lama tunggu".
Nurse tu terus bersuara ;
"Anak awak nie kene lihat yer penafasan dia. Sebab dia ada masalah penafasan akibat kekurangan oksigen."
Sepanjang malam tu Ayumi berdoa & berzikir supaya anak Ayumi sihat sepenuhnya.
Damien ada lendir di saluran penafasannya & membuatkan dia kerap terasa seperti nak muntah.



Alhamdulillah, keesokkannya menampakkan perubahannya.
Pada malam tu jugak Damien dah berak & kencing. So, Damien tak de masalah.
Doktor kata, pihak hospital akan memantau Damien selama 48jam.
Jadi lebih kurang 3 hari jugak Ayumi kat hospital.

Bab berpantang plak,
1st baby, Ayumi berpantang di rumah parent Ayumi sendiri.
So, kali nie berpantang dirumah mertua lah pulak di Kundang, Sg.Buloh.
Masing2 excited terima cucu sulong coz Ayumi & husband masing2 merupakan anak sulong dalam family.

Thursday, January 19, 2012

Damien 3 Bulan dah.!


Begitu cepat masa berlalu, Damien dah berumur 3 bulan.
Setiap hari Ayumi melihat perkembangan si kecil Ayumi nie.
 Banyak perkara yang menyentuh hati & perasaan ini.
Setiap hari bagaikan terasa tak sabar2 untuk melihat perkembangan baru darinya.
Setiap senyumnya membuatkan segala rasa penat lelah, stress, marah bertukar sekelip mata.
Seolah2 senyumannya itu umpama seribu satu keajaiban.



Kalau panjang umur arwah kakaknya (Siti Aisyah) pasti dia akan selalu bermain dengan Damien.
Confirm dok menyelit2 jer kan. Silap hari bulan, adik dia akan dengar menangis jer sebab kakak dia cubit.
Hehehehehe....
Walau apa pun aku & suami redha dengan ketentuan Illahi.
Sesungguhnya apa yang berlaku itu pasti ada Hikmahnya.


Ummy sentiasa mendoakan kehidupan & kesihatan Damien.
Agar menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat.

Sekarang nie Damien dah pandai senyum2 & gelak manja.
Tu belum lagi dia pandai meniarap, merangkak, duduk & jalan.
Mesti pelbagai ragam, karenah & keletah Damien nak kene layan nanti.

Tuesday, January 3, 2012

Breast Pump - Pureen Brand


Info - Sekadar Berkongsi !

Selepas Ayumi melahirkan Damien, kawan2 ramai yang bertanya sama ada Ayumi berikan Damien
susu ibu @ susu fomula. So, Ayumi bagitau yang Ayumi bagi kedua2 sekali.
Sebab baby Boy nie kuat menyusu. Pada masa kelahiran Damien, susu badan Ayumi kurang.
So terpaksa juga bagi Damien susu fomula.

Tapi Ayumi seboleh2nya nak bagi damien lebih kepada susu badan.
Coz Baby yang baru lahir lebih baik kerap diberikan susu ibu/badan. Ini disebabkan susu
ibu mempunyai antibodi yang luar biasa.
Untuk tidak putus memberikan Damien susu badan, Ayumi mengamalkan petua2 dari Mama & Mak mertua.
Di antaranya ialah dari segi pemakanan. Ibu2 yang menyusukan baby harus memperbanyakkan makan makanan seperti sayur Brokoli, Kacang Buncis, Kurma, Bayam dll. 
Selain tu, Ayumi kene kerap mengepam susu setiap 2 jam sekali.

Husband Ayumi membelikan Ayumi set Breast Pump jenama Pureen.
Alat pengepam nie menggunakan batteri bukan manual.
So lebih mudah apabila kita nk melakukannya setiap 2jam sekali.
Berbanding dengan yang manual membuatkan keadaan menjadi rumit setiap kali nak mengepam susu.

Ramai kawan2 Ayumi mengeluh ketika nak mengepam susu apabila mengunakan pump manual.
Sampai ada yang kata " Aku malas lah nak pum2 nie. Leceh! Lagi pun lambat sangat. Nak beli yang pakai elektrik mahal sampai beratus2 ringgit. Pakai sekejap jer pun."
Erm...... sebenarnya ada jer pum letrik yang murah.
Contohnya jenama Pureen nie. Kalau ada promosi harga dia tak sampai RM100.
Senang & cepat.



Untuk Nursing Pads dia pun Ayumi pakai jenama Pureen jugak.
Coz dia punyer lapik sangat lembut. ada sesetengah yang agak kesat sikit.
So kene lah cari yang lembut sebab bila kita bf baby adakalanya puting menjadi luka.
Tapi ini semua terpulang pada masing2 mana yang lebih selesa & serasi.
Ayumi hanya sekadar Berkongsi dengan kawan2.! Hehehehe...


Sunday, January 1, 2012

KEMBALI BER "BLOGGING" 2012

Selamat Tahun Baru 2012
Agak lambat jugaklah Ayumi wish kat korang semua.
Namun ianya masih lagi bulan Januari 2012. So, takde lah lambat sangat kan?.
Maaf lah sebab dah lama sangat tak update blog nie.
Sebenarnya, sepanjang tak berblogging nie, Ayumi tengah pregnant.
So, Ayumi lebihkan fokus pada menjaga kesihatan Ayumi & Baby.

Alhamdulillah, Ayumi pun dah bersalin dengan selamatnya.
Ayumi dapat baby "BOY" pada 19 Oktober 2011 yang lalu.
Nama si Hero Ayumi nie ialah "Miqhael Muhammad Damien bin Mohd Fairus".
Berat semasa Ayumi lahirkan dia cuma 2.89kg.
Lahirnya lebih kurang pada pukul 5.30petang camtu lah.
Sekarang nie Damien dah 3bulan.

Rasa cepat masa berlalu. Teringat plak semasa & saat melahirkan Damien.
Sepatutnya due date Ayumi deliver pada 29 Oktober 2011.
Tapi terawal 2minggu sebab Ayumi pecah air tetuban awal.
Tak sangka nak bersalin awal. Sebab masa datang hospital tu hanyalah nak gi checkup.
Sebab semalamnya Ayumi rasa ada keluar air tapi tak banyak pun.
Tanda2 sakit time tu pun tak de.
Husband tanya kat Ayumi sakit ke tak & nak pegi hospital ke?
Tapi ayumi berdegil untuk gi hospital esoknya. 
Sebab kalau gi mesti dia suruh balik kalau masih tak de apa tanda2 nk bersalin.


Keesokan checkupnya,doktor kata baby dalam perut Ayumi kurang oksigen.
Doktor bagitau, Ayumi dah pecah air tetuban lebih dari 24jam.
Pintu rahim plak dah buka 3cm time tu.
Pergh.... cuak giler sebentar.
Tak sangka plak dah bukak 3cm. Sedangkan tanda2 sakit nak bersalin tak de langsung.
Doktor terus berikan Ayumi oksigen.
Tiba2 terasa jantung berdegup laju giler.
Doktor & nurse seolah2 wat Ayumi macam berdepan dengan pesakit kritikal plak.

Selepas setengah jam diberi oksigen, doktor kata pintu rahim Ayumi dah buka 4cm.
Doktor terus wat keputusan untuk pecahkan lagi air tetuban Ayumi.
Doktor suwuh Ayumi call husband & minta Ayumi makan untuk beri tenaga semasa bersalin.
Kebetulan husband & mak mertua sudah ada di luar hospital.
Mak mertua plak siap membawa bekalan makanan dari rumah.
Bertambah berselera lah. 

Mak mertua & husband asik tanya ada rasa sakit ke tak.
Ayumi pun bagitau mereka bahawa tiada sebarang kesakitan ketika itu.
Mak mertua seolah2 macam tak percaya Ayumi tak ada rasa sakit.
Husband plak asyik tanya nak makan apa.
Haiyoooo... rupa2nya bukan orang nak bersalin yang resah gelisah.
Tapi orang yang ngah tunggu orang nak bersalin lagi resah gelisah.

Nak tergelak pun ada time tu.
Husband siap belikan coklat kegemaran Ayumi lagi.
Mak mertua plak suwuh Ayumi berjalan2 supaya senang bersalin.
Tak lama selepas makan, nurse panggil untuk masuk ke dalam Labour Room semula.
Time tu husband suwuh Ayumi minum air selusuh.
Pergh..... rasa & baunya macam air longkang. 
Ayumi pun ada makan minyak kelapa sebelum tu.
Orang tua2 kata senang nak teran masa bersalin.

Lepas doktor pecahkan air tetuban Ayumi, husband pun terus masuk Labour Room.
Time tu Ayumi terus minta fon kat husband call mama & ayah Ayumi.
Lepas jer letak fon, Ayumi rasa sakit macam nak ter"berak".
Adoooiyai !!
Sakit yang teramat sangat nak ter"berak"nya tu.
Kebetulan nurse baru nak check amik tekanan darah Ayumi.
Tak sempat nak check, nurse tu terus tengok & kata Ayumi dah "Open" 10cm.
Cepat giler..... Terkejut gak dalam masa kesakitan tu.
Nurse tu terus suruh "Push" jer. Maak aai, dia tak nak panggil doktor ke?

Rupa2nya nurse tu "Sister" daaa..
Dia pun dah leh wat kerja doktor. Hanya nurse, husband & Ayumi jer dalam tu.
Ayumi plak tengok husband time tu dah macam doktor jer.
Dia plak ia2 suwuh push kuat2.
Alhamdulillah, lebih kurang 10 minit pas tu,Ayumi selamat lahirkan Damien.
Yang paling sayu & terharu, air mata kelelakian husband mengalir2 tanpa henti.
Boleh dikatakan husband lah yang menyambut baby masa lahir.

Masa melahirkan arwah anak yang pertama pun, husband juga yang sambut.
So, Ayumi tak heranlah kalau dia boleh melakukannya untuk kali ke-2 nie.
Ayumi mengalami banyak jahitan dibahagian dalam.
Sebab tempoh masa Ayumi bersalin agak cepat.
Sampaikan orang di hospital tu kata Ayumi nie "Iron Woman".
Giler kelakar.. Dapat "Gelaran" Ayumi kat hospital tu.

Sesungguhnya Ayumi amat bersyukur kepada Ilahi,
sebab dia telah mempermudahkan Ayumi ketika bersalin.
Alhamdulillah, syukur....