Friday, January 20, 2012

MIQHAEL MUHAMMAD DAMIEN BIN MOHD FAIRUS



Inilah dia putera kesayangan Ayumi & husband.
Gambar2 nie semasa Damien baru jer lahir kat hospital.
Masih merah (Fresh) lagi orang kata. hehehehe..
Semua orang kata Damien sebijik macam muka daddy dia.
Cuma tang "Dagu" jer ikut Ummy dia.

Semasa Damien lahir, Damien tak sama2 naik ke wad dengan Ayumi.
Damien terpaksa ditahan beberapa jam untuk diberi oksigen.
Masa Ayumi dihantar ke wad ketika itu jam baru 10.30 malam.
Risau & resah juga bila Damien ditahan.
Ayumi tak tidur sampai pukul 3 pagi tunggu nurse hantar Damien kat bilik Ayumi.
Mula2 nurse janji akan hantar Damien pukul 12.30malam. 
Tapi sampai pukul 3 pagi baru mereka hantar.
Itu pun nasib baik husband call hospital tanya kenapa Damien tak dihantar lagi pada Ayumi.
Kalau tak sampai esok pun belum dihantar lagi.


Bahagianya bila nurse masuk bilik membawa Damien sekali.
Terus terkeluar dari mulut Ayumi "Napa lama sangat anak Ummy naik. Ummy dah lama tunggu".
Nurse tu terus bersuara ;
"Anak awak nie kene lihat yer penafasan dia. Sebab dia ada masalah penafasan akibat kekurangan oksigen."
Sepanjang malam tu Ayumi berdoa & berzikir supaya anak Ayumi sihat sepenuhnya.
Damien ada lendir di saluran penafasannya & membuatkan dia kerap terasa seperti nak muntah.



Alhamdulillah, keesokkannya menampakkan perubahannya.
Pada malam tu jugak Damien dah berak & kencing. So, Damien tak de masalah.
Doktor kata, pihak hospital akan memantau Damien selama 48jam.
Jadi lebih kurang 3 hari jugak Ayumi kat hospital.

Bab berpantang plak,
1st baby, Ayumi berpantang di rumah parent Ayumi sendiri.
So, kali nie berpantang dirumah mertua lah pulak di Kundang, Sg.Buloh.
Masing2 excited terima cucu sulong coz Ayumi & husband masing2 merupakan anak sulong dalam family.

0 comments:

Post a Comment