Thursday, January 19, 2012

Damien 3 Bulan dah.!


Begitu cepat masa berlalu, Damien dah berumur 3 bulan.
Setiap hari Ayumi melihat perkembangan si kecil Ayumi nie.
 Banyak perkara yang menyentuh hati & perasaan ini.
Setiap hari bagaikan terasa tak sabar2 untuk melihat perkembangan baru darinya.
Setiap senyumnya membuatkan segala rasa penat lelah, stress, marah bertukar sekelip mata.
Seolah2 senyumannya itu umpama seribu satu keajaiban.



Kalau panjang umur arwah kakaknya (Siti Aisyah) pasti dia akan selalu bermain dengan Damien.
Confirm dok menyelit2 jer kan. Silap hari bulan, adik dia akan dengar menangis jer sebab kakak dia cubit.
Hehehehehe....
Walau apa pun aku & suami redha dengan ketentuan Illahi.
Sesungguhnya apa yang berlaku itu pasti ada Hikmahnya.


Ummy sentiasa mendoakan kehidupan & kesihatan Damien.
Agar menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat.

Sekarang nie Damien dah pandai senyum2 & gelak manja.
Tu belum lagi dia pandai meniarap, merangkak, duduk & jalan.
Mesti pelbagai ragam, karenah & keletah Damien nak kene layan nanti.

0 comments:

Post a Comment