Tuesday, January 3, 2012

Breast Pump - Pureen Brand


Info - Sekadar Berkongsi !

Selepas Ayumi melahirkan Damien, kawan2 ramai yang bertanya sama ada Ayumi berikan Damien
susu ibu @ susu fomula. So, Ayumi bagitau yang Ayumi bagi kedua2 sekali.
Sebab baby Boy nie kuat menyusu. Pada masa kelahiran Damien, susu badan Ayumi kurang.
So terpaksa juga bagi Damien susu fomula.

Tapi Ayumi seboleh2nya nak bagi damien lebih kepada susu badan.
Coz Baby yang baru lahir lebih baik kerap diberikan susu ibu/badan. Ini disebabkan susu
ibu mempunyai antibodi yang luar biasa.
Untuk tidak putus memberikan Damien susu badan, Ayumi mengamalkan petua2 dari Mama & Mak mertua.
Di antaranya ialah dari segi pemakanan. Ibu2 yang menyusukan baby harus memperbanyakkan makan makanan seperti sayur Brokoli, Kacang Buncis, Kurma, Bayam dll. 
Selain tu, Ayumi kene kerap mengepam susu setiap 2 jam sekali.

Husband Ayumi membelikan Ayumi set Breast Pump jenama Pureen.
Alat pengepam nie menggunakan batteri bukan manual.
So lebih mudah apabila kita nk melakukannya setiap 2jam sekali.
Berbanding dengan yang manual membuatkan keadaan menjadi rumit setiap kali nak mengepam susu.

Ramai kawan2 Ayumi mengeluh ketika nak mengepam susu apabila mengunakan pump manual.
Sampai ada yang kata " Aku malas lah nak pum2 nie. Leceh! Lagi pun lambat sangat. Nak beli yang pakai elektrik mahal sampai beratus2 ringgit. Pakai sekejap jer pun."
Erm...... sebenarnya ada jer pum letrik yang murah.
Contohnya jenama Pureen nie. Kalau ada promosi harga dia tak sampai RM100.
Senang & cepat.



Untuk Nursing Pads dia pun Ayumi pakai jenama Pureen jugak.
Coz dia punyer lapik sangat lembut. ada sesetengah yang agak kesat sikit.
So kene lah cari yang lembut sebab bila kita bf baby adakalanya puting menjadi luka.
Tapi ini semua terpulang pada masing2 mana yang lebih selesa & serasi.
Ayumi hanya sekadar Berkongsi dengan kawan2.! Hehehehe...


0 comments:

Post a Comment