Friday, January 20, 2012

SEHARI SEBELUM BERSALIN

Tak sangka plak hari keluar bersama Kimmy gi tengok wayang tu 
adalah hari terakhir sebelum Ayumi bersalin esoknya.
Tengok wayang plak cerita "Real Steel".
Wayang tu sebenarnya Ayumi ngan husband dah tengok 2 kali.
Tapi disebabkan Kimmy nak tengok, so kami tengok wayang tu wat kali ke-3.


Hari tu penuh dengan kegembiraan & keriangan.
Kimmy seolah2 excited nak tengok cerita tu.
Dia kata nak tengok cerita "Robot".
Kami memilih "couple site". Senang nak duduk 3 orang.
Bayar tiket untuk 2 orang. Giler kedekut.hehehehe...

Gi tengok wayang plak time tu pada hari week days.
So, majoriti pasangan couple lah banyak.
Ayumi jer pasangan yang membawa anak.
Kimmy plak mengeluarkan suara2 untuk menunjukkan aksinya seperti dalam Real Steel.
Hadooiyai.... Dah hilang keromantikan dalam wayang tu apabila
si Kimmy melakukan aksi2 Real Steel dalam wayang tu.



Mesti dorang kata, "Kacau Daun" jer kitaorang bertiga ni.
Tapi apa boleh buat, Ayumi hanya manpu berkata "Ada Aku Kesah. Aku pun bayar jugak lah".
Semasa ngah layan tengok Real Steel, tiba2 terasa baby dalam perut pun wat
aksi seperti menumbuk2 & menendang2.
Kerap plak tu. Hampir 15 ke 20 minit.
Baby dalam perut pun ikut abg Kimmy wat aksi macam Real Steel jugak ke?

Lepas habis wayang, Ayumi pun bergegas ke toilet sebab sejuk giler dalam wayang.
Tiba2, kelihatan ada sedikit kebasahan pada seluar.
"Alamak, air apa plak nie?Tak kan air tetuban kot?"
Orang kata kalau air tetuban, airnya akan mengalir kerap & banyak.
Pastu akan timbul rasa sakit2 sikit.
Tapi Ayumi hanya kuar sikit sangat & rasa sakit pun tak de.
So bukan air tetuban lah.
Ayumi keluar toilet seperti biasa.

Malam sebelum tidor, Ayumi menceritakan tentang kejadian kat toilet tu pada husband.
Husband seolah2 terkejut  ada sedikit cemas kelihatan diwajahnya.
Dia seolah2 macam nak marah sebab tak memberitahunya dari awal lagi 
dan mengajak Ayumi ke hospital.
Disebabkan dah malam, Ayumi mengambil keputusan untuk gi esok jer.
Tapi terimalah hasil "Bebelan husband" sepanjang proses melelapkan mata.
Redha jer lah !!



0 comments:

Post a Comment