Friday, April 30, 2010

PUSARA ANAKKU


SITI AISYAH


Inilah pusara anakku Siti Aisyah.
Sudah lebih 5 bulan dia pergi meninggalkan kami berdua.
Walaupun sedih di atas pemergiannya,
namun Ayumi & Bruce redha dengan apa yang ditakdirkan untuk kami.

Semasa arwah didalam kandungan Ayumi,
kami berdua tak sabar2 menantikan kelahirannya di dunia ini.
Ingin sangat2 melihat Cinta Hati kami.

Setiap hari kami berdua tertanya2,
kemiripan wajahnya tatkala ia lahir nanti.
Setiap waktu tangan Ayumi ini sentiasa menemaninya ketika ia didalam kandungan.
Tidak putus2 fikiran ini membayangkan senyum, gelak tawa & nangis nya
pabila ia lahir kelak.

Apatah lagi keinginan kami selama ini yang mahu bergelar ibu dan bapa.
Namun, hati kami sentiasa mengucapkan syukur.
Kerana sekurang2nya kami telah merasa nikmat menjadi ibu dan bapa
walaupun untuk beberapa jam.

Wajahnya yang iras seperti Ayumi membuatkan
hati ini tidak pernah luput untuk mengingatinya.

Tapi bahagian hidung & rambut sudah tentu mengikut rupa Daddynyer.
Ummy & Daddy doakan agar roh kakak bersama orang2
yang Allah kasihi.
Amin



0 comments:

Post a Comment