Wednesday, February 3, 2010

CINTA KU , SITI AISYAH BINTI MOHD FAIRUS ~ PART 2

EPISOD 3 : MANUSIA....

**** Setelah babyku dibawa ke unit NICU, aku di tinggalkan sendirian seketika.Suami ku ketika itu sama2 dgn nurse menuju ke
bilik NICU untuk melihat keadaan babyku.

Beberapa minit kemudian, doktor dtg semula utk mengeluarkan
uri di dalam perutku.
Aku lantas memberitahu doktor bahawa suami aku sendiri akan
menanam uri tersebut.
Tidak lama kemudian, suamiku datang semula kepadaku.
Keadaannya agak tenang, tetapi raut wajahnya aku sudah
tahu sejuta keresahan terpancar diwajahnya.

Suamiku terus menggenggam jariku lalu berkata..
" Alhamdulillah semua selamat.. Ummi jangan risau ek,
anak kita ada kat unit NICU. Doktor tengah berikan oksigen
kat anak kita."

Aku hanya mampu terdiam saja.
Hanya Allah saja yang tahu keadaan ku ketika itu.
Semua perasaan bercampur aduk menjadi satu ketika itu.
Aku hanya sempat mengeluarkan kata
" Daddy dah azankan anak kita? "

Suamiku terus menyatakan bahawa doktor sedang sibuk
menguruskan baby. Jadi dia tak sempat untuk mengazankan babyku.
Tiba2 ada seorang nurse masuk ke dalam bilik & menyuruh
suamiku keluar.

Ya Allah,... kejamnya manusia.
Berilah kesempatan aku & suami sebentar.
Dah lah aku baru lepas bersalin dengan menanggung kesakitan
sebelum ni.
Sekurang2nyer, bagilah aku masa bersama suami sebentar.
Bukannya apa, aku mahu meminta suamiku salinkan cadar katil
aku yang di penuhi darah.
Aku merasa tidak selesa kerana terlampau banyak sangat darah
yang keluar.
Dari sebelum bersalin sampailah aku dah bersalin
darah aku masih tidak berhenti.

Suami ku terus menuju ke kaunter depan bilik bersalin
untuk meminta cadar baru bagi menggantikan cadar aku.
Tiba2 nurse tersebut seolah2 marah pada suamiku &
menyatakan " Xpe, awak xperlu tukar.. Nti nurse2 kat sini
akan tolong tukarkan. Sbb itu kerja kami. "

Selepas itu, suami ku diminta untuk keluar sebentar.
Katanya, nurse2 mahu membersihkan diriku & mahu membuat
pemeriksaan.
Ketika itu, aku disuntik sekali lagi.
Tak tahu macam mana lagi aku nak luahkan kesakitan apabila aku
sentiasa disuntik.

Tak lama kemudian aku berasa amat mengantuk.
Mungkin disebabkan oleh suntikan tadi.
Dalam keadaan aku yang "Mamai" untuk tidur,
aku melihat nurse2 tersebut sibuk mengemas peralatan bersalin tadi sehingga mata ku terlelap.


*** Setelah beberapa jam aku tertidur, lalu aku terjaga.
Aku tersenyum seketika, kerana aku merasakan aku telah
bermimpi yang indah di atas kelahiran anakku.
Tiba2, jantungku berdegup laju apabila mengigatkan
macam mana keadaan anakku sekarang.
Hanya air mata yang berlinangan...
Aku tiba2 merasa tidak selesa, lalu aku menarik selimutku
dari badanku.
Aku terlihat , cadar & kain yang dipenuhi darah masih lagi
tidak ditukar. Sehingga darahku menjadi kering.
Ya Allah, sampai hati mereka biarkan aku begini.

Tidak lama kemudian, datang seorang nurse memberitahu aku
bahawa aku akan dihantar ke wad bersalin sebentar lagi.
Kemudian, aku terus diminta bergerak ke katil sebelah untuk dihantar ke atas.
Aku menyatakan pada nurse tersebut untuk aku menukar kain ku sebentar, namun nurse tersebut mengarahkan aku
menukar kain apabila sampai di atas nanti.

Sampai sahaja aku di wad, nurse tersebut terus beredar dr situ.
Di atas katil ku telah ada baju salinan.
Aku menganbilnya dan terus ke bilik air untuk mandi.
Dalam keadaan aku yang agak lemah & masih di dalam keadaan
yang pitam, aku tetap gagahkan juga diriku untuk
ke bilik air.

Aku mandi dengan keadaan aku menangis tersedu2 menahan
rasa sedih yang tidak dpt aku tahan lagi.
Setelah selesai mandi, aku bersarapan sebentar untuk menunggu doktor pakar datang membuat pemeriksaan.

Doktor pakar telah memberitahu aku & suami boleh melihat
anakku di unit NICU.
Tetapi doktor menyarankan aku pergi bersama suami kerana
aku tidak dibenarkan pergi seorang diri.

Aku terus menalifon suamiku, & menyatakan yang kami boleh mehihat anak kami di NICU.
Suamiku terus bergegas ke hospital.
Setibanya suami ku di hospital, aku & suami terus menuju ke
NICU.
SEbak hatiku melihat anakku berada di dalam "Acuvector".
Badannya yang dipenuhi wayar2 & mesin2 ubat.
Ya Allah, selamatkanlah nyawa anakku.

Tidak aku dapat membayangkan lagi keadaan ku ketika itu.
Hanya Allah saja yang tahu.
Suamiku lantas mengazankan anak kami.
Aku yang lemah hanya terduduk kaku di kerusi roda.



Tidak lama kemudian, doktor di unit NICU menghampiri kami.
Doktor memberikan kami serba sedikit keterangan mengenai
anak kami.

Doktor menyatakan bahawa anak kami demam panas akibat
berjangkit daripada aku.
Keadaannya amat lemah.
Aku & suami redha mendengar segala berita yang disampaikan.
Kami hanya berserah pada Allah S.W.T.
Teringin benar aku untuk menyentuh anakku.
Tetapi aku tidak dibenarkan disebabkan anakku berada di dalam
"acuvetor"

Aku & suami hanya dapat melihat daripada luar.
Comelnya.... anakku.
Bentuk muka semua ikut muka aku
tapi hidung & rambut ikut Daddy dia.
Comel kan??


EPISOD 4 : KUASA ALLAH S.W.T

*** Sampai ke petang aku & suami melihat anakku di NICU.
Aku balik semula ke wad kerana family aku datang.
Di NICU hanya ibubapa kepada anak saja yang
boleh masuk.

Mama & ayah aku teringin sangat nak lihat cucu mereka.
Tapi nasiblah suamiku ada mengambil gambar anakku
tadi.
Dapatlah jugak mereka tengok gambar cucu mereka
walaupun dalam camera handphone.


Setelah semua pulang, tinggal aku di wad.
Hati & fikiran aku sentiasa memikirkan anakku.
Sehinggalah aku tertidur malam itu.

Pada 1.30pagi, telepon aku berdering.
Aku mendapat panggilan dari unit NICU menyatakan anakku
sedang nazak.
Ya Allah mengucap panjang aku ketika itu.
Aku rasakan bagai aku ingin benar untuk menangis meronta2.
Namun, hanya istifar aku bacakan dalam hati ini.

Aku terus menalifon suamiku, untuk segera datang ke hospital.
Setelah sampainya suamiku, aku & suami bergegas ke NICU.
Aku & suami melihat anakku dalam keadaan yang baik.
Doktor terus menyarankan aku & suami membasuh tangan
untuk menyentuh anakku.

Alhamdulillah, dapat juga aku & suami menyentuh anakku.
Bergerak2 dia apabila kami menyentuhnya.
Aku menyuruh suamiku mengazankan anakku lagi.
Dan membaca ayat2 suci Al-Quran.
Tiba2 mulut anakku, seolah2 mengikut suamiku membaca
surah2..

Tersenyum gembira aku & suami melihat keadaannya.
Reaksinya membuatkan aku & suami berasa & mempunyai
keyakinan bahawa anak kami mampu untuk bertahan.
Hanya doa yang berterusan aku & suami hulurkan pada anak kami.

Dalam pukul 4.30pg suamiku menghantar aku ke wad.
Sebelum itu, doktor NICU berjumpa dengan kami sebentar.
Satu berita yang kami tidak sangka.
Doktor memberitahu kami bahawa anak kami sebenarnya sudah tiada
setenggah jam sebelum kehadiran kami.
Apabila aku & suami sampai & memberi salam di pintu NICU,
tiba2 jantung anakku kembali berdenyut.

Doktor sendiri merasa kehairannannya. Lalu dia menyuruh kami
segera menyentuh anak kami.
Doktor sendiri merasa tidak sampai hati memberitahu kami apabila kami sampai di NICU tadi.
Subhannallah... Syukur Alhamdulillah..



Aku pulang ke wad & suami ku pula pulang ke rumah kerana
sudah 3 hari tidak tidur kerana menjaga ku.
Aku berzikir sepanjang aku ingin melelapkan mataku.
Tiba2, aku kedengaran suara nurse2 yang bekerja shift malam
berborak membuat laporan di kaunter.

Aku hanya mendengar perbualan mereka mengenai
pesakit2 di katil lain.
Tiba pula mereka berborak mengenai katil 16, iaitu katil ku.
Aku kedengaran suara seorang nurse yang tak berhati perut.
Nurse tersebut menyatakan...
" Erm... katil 16 ni lahir tak cukup bulan ke?
Anak dia kat NICU lah.. Kalau aku,aku takkan lahirkan anak sebesar anak monyet. Kalau aku tahu aku akan lahirkan baby
xcukup bulan, aku buang je."

Ya Allah ada jugak manusia macam ni..
Aku terus menahan tangisan ku dengan menutup mulutku dengan kain selimut.
Kejamnya manusia sekarang..
Aku terus menalifon suamiku dan menberitahu apa yang berlaku.
Suamiku hampir ingin menyerang pihak hospital membuat aduan.
Namun aku menghalang kerna aku takut apa2 yang perkara tak elok akan berlaku. Ini disebabkan aku & anakku masih lagi di hospital.

Aku berkata pada suamiku, kalau nak buat aduan @ apa sekali pun,
tunggulah sampai aku & anakku keluar dari sini.


**** Keesokkan paginya, aku telah dikejutkan oleh nurse.
Nurse menyuruh aku mandi & sarapan.
BElum sempat aku menggapai tuala di kerusi, aku telah menerima satu panggilan dari unit NICU.
Ketika itu, hati aku berdebar2 untuk mengangkatnya.
Aku bertawakkal pada yang MAha Esa.
Doktor memberitahu aku bahawa anakku sudah tiada lagi.
Aku bagaikan tidak percaya.
Sedangkan malam tadi dia kelihatan agak sihat apabila bersama dengan aku & suami.

Terlepas juga telifon dari genggaman ku.
Aku terus mencapainya semula untuk menalifon suamiku.
Sampainya suamiku di hospital, aku & suami segera ke unit NICU.
Sampai saja kami di sana, kami hanya melihat anak kami dari jauh.
Melihat keadaan anak kami yang tidak bernyawa lagi.
Berasa berat untuk kami menghampirinya.
Tergamam & kaku kami sebentar.
Namun aku & suami terpaksa redha dengan ketentuan Illahi..
Hanya dia saja yang tahu.
Kami terus mendekati arwah anak kami setelah beberapa minit
kami terpaku tadi.

Aku terus menciumnya diikuti dengan ciuman suamiku.
Aku tidak dapat menahan sebak didada.
LAntas berjurai sejuta tangisan ku.
Hanya suami yang memberi kekuatan & semangat ketika itu.

Suamiku memberi tahu kepada semua ahli keluarga kami.
Ayah aku meminta supaya arwah anakku dibawa pulang kerumahnya untuk urusan pengkebumian.

Dalam perjalan kerumah orang tua ku, suamiku tiba2 menangis teresak2 seolah2 dia tidak dapat menahan tangisannya yang disimpan selam ini.
Aku yang ketika itu memangku arwah anakku di dalam kereta hanya membiarkan sahaja suamiku melepaskan segala tangisannya.

Sampai sahja di rumah, kami melihat telah ramai sedara mara, jiran tetangga & kawan2 di hadapan rumah.
Semuanya menunggu aku pulang membawa arwah anakku.
Anakku selamat dikebumikan selepas waktu zohor.
Kenduri arwah pula kami buat 3 hari berturut2..
Alhamdulillah semuanya selamat.
Namun biarlah segala yang aku &suami lalui menjadi
"KISAH SEBUAH CINTA"
suka dan duka kami bersama selamanya...


0 comments:

Post a Comment