Sunday, February 28, 2010

KENDURI DOA SELAMAT & RUMAH BARU




Pada 27 Feb 2010 yang lalu, kami telah mengadakan kenduri Arwah anak kami
dan doa selamat untuk rumah baru kami yang terletak di Puchong Intan.
Majlis bermula selepas solat Isyak.
Tetamu yang hadir adalah dari jemaah Surau Taman Puchong Indah.
Selain itu, keluarga serta rakan2 turut hadir di majlis itu.
Antara Menu yang telah kami sediakan pada malam itu ialah :
* Nasi Halia (resepi keluarga Ayumi)
* Ayam Masak Tomato
* Dalca sayur
* Kari Terung & Carrot
* Papedom
* Kuih Muih & Tembikai (pencuci mulut)
* Air Sirap & Kopi.


Hehe... tengok lah si manja Ayumi ni.
Si Kimmy sampai dah buka baju dah coz sekarang cuaca agak panas.
Bruce pula dah kepenatan coz sehari suntuk wat kerja2 rumah.


Ini adalah segelintir tetamu yang masih bertandang di rumah kitaorang.
Gambar ni di ambil selepas Jemaah Surau dah pulang ke rumah masing2.
Tinggal segelintir Jemaah & Ahli keluarga serta saudara mara yang tinggal.


Ini lah suasana di luar kawasan rumah baru kami.
Tetamu yang keluar masuk rumah semasa majlis berlansung.


Ini pula kawan2 Ayumi semasa sekolah yang turut hadir pada malam itu.
Dari kiri : Eijant, Izza, Hady, Ali, Faiz & Bob.


Ini pula pic Auntie Ayumi.
Ni adalah adik beradik mama Ayumi.

Kelihatan Bruce sibuk melayan tetamu yang hadir.
Apa2 pun syukur Alhamdulillah coz semuanya berjalan lancar!..

0 comments:

Post a Comment