Saturday, January 8, 2011

PERASMIAN PEMBUKAAN "RESTOREN SEKINCHAN IKAN BAKAR"


Kerana ini lah..... BahawasaNya hampir seminggu suami ku amat2 kesibukkan.
Bruce dapat projek untuk wat decoration & design restoren "Sekinchan Ikan Bakar" nie.
Segala Design2 wall paper, signboard, bunting, banner, menu & segala yang berkaitan ngan printing,
kami yang wat. Alhamdulillah inilah hasilnya dalam masa tak sampai seminggu pon.


Pelancaran pembukaan restoren nie pada hari jumaat yang lalu iaitu 7 Januari 2011.
Perasmian dibuat selepas solat isyak.
Kedai Sekinchan Ikan Bakar nie banyak branch dia.
Yang nie paling terbaru di Bandar Puteri Puchong, terletak sebelah Giant Puchong.
Sesi memasang sign board dilakukan pada pagi khamis.
Memang masa yang teramat suntuk untuk Bruce lakukan semua nie.
Walau apapun, sebagai seorang isteri amat lah berbangga dengan hasil kerja suami tercinta
walaupun diberi masa yang singkat sangat.



Pada mulanya rasa risau jugak bila Bruce terima tawaran nie.
Boleh & sempat ke deliver dalam masa 4 hari termasuk pemasangan?
Alhamdulillah.... syukur Bruce berjaya lakukan dengan penuh Sempurna.








Gambar2 di atas adalah hasil kerja suami tersayang.
U are The Best Daddy !! Caiyook...
Yang paling membanggakan, segala hasil kerja Bruce mendapat pujian dari pihak pemilik Restoren.




Jeng2.... Jeng... Hehehehe.. macam wanita melayu terakhir tak??
Bruce & Ayumi mendapat jemputan untuk ke Majlis Perasmian Pembukaan Restoren nie.
Jemputan termasukkan famili kami sekali.
Bruce juga turut menguruskan segala event pelancaran nie berjalan lancar.


Bukan setakat jadi designer je malah dia juga wat event organizer time nie.
Malam tu Ayumi bawa mama & adik no.3 Ayumi gi sini.
Coz Bruce gie dulu bawa orang2 surau kawasan umah kami datang untuk bacaan doa selamat.


Suami sibuk wat kerja, isteri sedap2 makan yek ?? huhu..
OOpppps.. jangan salah sangka. Bruce yang kata Ayumi ari nie jadi VVIP je.
Duduk & makan je. Semua kerja2 Bruce uruskan.
Ini semua atas permintaan dia. Ayumi ikut je. hehehe...


Wooow .. malam tu terdapat 15 biji kereta Ferrari Club datang.
Termasuk Club2 motor besar.
Yang paling best, Ferrari tu semua parking sebelah kami.
Mama sempat berposing dengan berlatar belakangkan Ferrari.



Nie Club motor2 besar yang bersiap sedia nak pulang.
Woow tayar motor pon berlampu2.. Ingat kereta je leh wat.




Ehem2.... sempat lagi Suami Ayumi nie pose kat dalam kereta Ferrari nie.
Amik Aura ke apa nie Daddy ?... hehehe.......
Haishh.... Sebiji kereta nie dapat sebiji umah Banglo yang lengkap dengan perabot tau.
Punyerlah mahal Giler... 
Owner kereta nie siap cakap kat Bruce,
"Pasang je niat yang suatu hari nanti kamu akan pakai kereta nie. Insyallah pasti kamu akan dapat."
Pergh..... nie ayat2 perli ke @ kata2 semangat nie?

Kalau yerlah ada duit sekali pon, tak kesio teman nak beli kereta mahal2 cenggini.
Baik teman beli mesin printing banyak2 & besorkan dulu company teman.

0 comments:

Post a Comment