Tuesday, June 15, 2010

JAPAN vs CAMEROON = MAGGI



Kebisingan berlaku apabila Japan menjaringkan golnya.
Ayumi dengan pantasnya menegur Bruce agar perlahankan suara
coz anak jiran sebelah ngah tidur.

Erm... kadang2 jeritan gol tue wat Ayumi terkejut ayam! AYAM???
hehehhee...  =p
Mau taknyer, tetiba suasana sunyi datang plak suara yg kuat.
Leh kene serangan jantung.


Selepas penat menjerit2, Ayumi kedengaran suara Bruce memanggil Ayumi.
" Umi, meh ar turun, Jepun dah gol kan satu ! "
Ayumi pun jawab, " owh yeke?? terer gak ek Jepun."sambil turun tangga rumah.
Bruce membalas, " Memang ar, DD dah jangka Jepun menang."
Ayumi hanya tersenyum je lah.
Bruce terus menegur Ayumi, "Umi nape tak tidur lagi?"
Serta merta Ayumi menjawab, " Aikk, td bukan panggil Umi turun ke?"
"DD panggil Umi turun, so Umi turun lar. Dan Umi tau, kalau
DD panggil Umi turun mesti nak sesuatu kan??"
Bruce tersenyum lalu berkata, " Mana Umi tau nie?".
Ayumi hanya mengangkat kening.
Bruce meneruskan katanya, " Umi, DD rasa nak makan maggie kari lar.
Umi wat kan untuk DD leh?
Ayumi terus tersenyum lalu menganggukkan kepala.
Dalam hati nie berkata, " suami aku nie, lepas jerit2 terus lapor yer".
Hehhehe..... KISAH SEBUAH CINTA edisi BOLA.

0 comments:

Post a Comment