Saturday, June 19, 2010

BOWLING TIME WITH KIMMY



Asal ada waktu kelapangan je, sudah tentu Bruce akan menghabiskan
masa lapang dengan hobi kesukaannya iaitu main Bowling.
Selalunya yang jadi peneman Bruce ialah Ayumi & Kimmy.
Masa nie hanya Bruce sorang je yang main.
Ayumi dan Kimmy jadi tukang sorak je. hehehe   =)


Tiba2 Ayumi tersenyum plak tengok gambar nie.
Mana taknya, rasa macam sekejap je Kimmy dah besar.
Ayumi & Bruce bersama Kimmy sejak Kimmy baru dilahirkan lagi.
Kasih sayang yang kami bagi, seperti mana ibubapa lain.
Apa saja yang Kimmy nak, selalunya kami penuhi.


Sekarang nie umur Kimmy setahun lebih.
Bulan December 2010 nie genaplah umur Kimmy 2 tahun.
Wah...!! Nie lah result Bruce main bowling atas sokongan dari Kimmy & Ummy.
Markah pin yang dikumpul ialah 217.


Erm.. selain Kimmy suka tengok Daddy dia main bowling,
Kimmy juga gemar tengok Daddy dia main bola keranjang nie.
Tengoklah tue gelagat Kimmy yang duduk kat atas mesin
bola keranjang tue.
Bukan main kusyuk dia tengok DD dia main.
Kimmy bila dah besar sikit, Kimmy leh tolong DD baling bola tue yek.
Sekarang nie Kimmy tengok Daddy main dulu.


Gambar nie tak berapa clear coz pakai camera handphone.
Terlupa nak bawak kamera, tue yang amik pakai camera h/phone.
Time nie mulut Kimmy bising je coz ngah sorak Daddy dia main.


Selepas tue, Bruce singgah kat kedai CD game.
Biasalah kat rumah dengan game PS2 dia lah.
Dalam seminggu tu boleh dikatakan 10 CD game PS2 yang akan dibeli.
Bruce ajak Kimmy naik kuda, tapi si Kimmy nie kata " akut".
Hehehe.. maksudnya dia takut.
Bila Bruce dekatkan dia ngan kuda tue, bukan main takut dia.
Tapi dia suka tengok kuda tue pusing2.



0 comments:

Post a Comment