Saturday, June 19, 2010

SHOPPING vs BOLA ??




Di petang2 sabtu yang membosankan kami berdua
ke IOI Mall Puchong untuk bershopping.
Coz baju Ayumi banyak dah tak muat. Al maklumlah, saiz badan nie
makin kiut miut plak.
Kalau dulu saiz "S" memang dah menjadi saiz Ayumi.
Sekarang nie Ayumi kene pakai saiz "M" @ "L".

Ayumi sebenarnya tak delah nak diet pun.
Coz Bruce kata Ayumi lebih ok bila berisi sikit.
Bukan apa, Ayumi cuma terasa berat je bila nak buat kerja.
Yelah, lepas bersalin nie selera makan menjadi2.

Ayumi cadang nak gi shopping baju kat Vior.
Tapi suar dia nyer pattern tak berapa cantik.
Ayumi gi lah kat Padini.
Memang ada suar yang Ayumi nak tapi Padini tak de "Sale" lah plak.

Nak tak nak, Ayumi kene juga amik suar jean nie satu dan 
juga 2 pasang baju T-shirt.

Ayumi kalau kuar2 jalan, lebih gemar suar jean & T-shirt je.
Selesa & Simple.
Kalau pakai2 drees @ baju blouse tu bukan tak suka,
tapi agak remeh sikit lar.
Cuma kalau ada tempat2 yang Ayumi rasa patut pakai,
barulah Ayumi pakai.


Selepas bershopping, sempat lah singgah untuk makan malam sekali.
Malam nie makan besar cikit.
Menu makan malam ialah :
* Nasi Putih
* TomYam Campur
* Ikan siakap 3 rasa
* Sotong goreng Tepung
* Kangkung Ikan Masin
* Air Sirap, Nescafe Ais & Air kosong.

Semuanya berharga RM48.70.


Otw pulang ke rumah yang agak pantas di situ, sebab
Bruce nak tengok bola.
Pasukan dia Japan lawan Netherland a.k.a Belanda.


Agak terlewat 15 minit yer untuk menyaksikan perlawanan
Netherland VS Japan.
Perkara lain tidak dihiraukan lagi, melainkan badan & mata
dihadapan TV yer.

Bagi memastikan Ayumi tak terkejut beruk apabila Bruce
menjerit2 tengok perlawanan bola,
Jadi Ayumi segera naik ke atas untuk mandi & layan FaceBook.
Hehehe...

*** OOpss.. lupa nak cakap, Belanda main bola kasar giler.
Ada ker main bola kasar2. Tak best betul.
Main macam nak gaduh pun ada.
"Akai Ada Ke??? Sengal !!"  =P



0 comments:

Post a Comment