Wednesday, November 17, 2010

HARI RAYA KORBAN DI KUNDANG, SG.BULOH


Memandangkan Bruce ada kerja pada hari sebelum Hari Raya Koban,
so kami gerak balik rumah parent Bruce pon lepas solat maghrib.
Maakk aai... dalam perjalan nak ke Kundang, Sg.Buloh plak,
jalan "JAM" tahap gaban. Dalam setengah perjalanan dah ada 3 kemalangan.


Kami sampai lebih kurang nak pukul 9lebih.
Sesampai kat umah je, tengok semua macam dah relax je.
Mak mertua kata nak wat rendang ayam sama2. Rupa2nya, semua dah siap pon.
So, apa lagi, sampai2 je kami terus makan dulu.

Dalam sambil berborak2 tu, Bruce sempat main "CAROM" ngan ayah dia.
Apa lagi Bruce akan meminta air "Nescafe" panas dia.
Mak mertua plak kata dia ada wat karipap tadi. Hehehe...
Apa lagi, menggoreng lah Ayumi karipap panas yang sedap itu.


Di pagi rayanya, kami solat raya kat masjid Kuang, Sg.Buloh.
Pas solat, kami sama2 makan sebelum gi umah Kak Epah untuk majlis korban.
Majlis penyembelihan lembu di adakan kat umah Kak Epah.
Lembu yang ditumbangkan sebanyak 4 ekor.
Setelah selesai makan, kami pun sempat bergambar dulu di pagi raya.



Ayumi & mama (mak mertua) berpakaian tema hitam.
Bruce, ayah & Aus masing2 dengan  baju melayu hijau.


Sesi penyembelihan akan dimulakan.
Gambar di atas menunjukkan bahawa lembu2 tersebut ditenangkan oleh abg Bruce kita yer..
Hehehe.... (** Daddy.. kang kene tanduk plak..huhu)



Akhirnya dapat juga mereka beramai2 menegolekkan lembu2 itu.
Bertapa semangatnya suami den tu yer..hehehe
Dengan berbaju DIGI bersama mu itu, membuatkan rangkaian DIGI sentiasa dimana2..
Wah... promote DIGI nampak!.. huhu...


Ee..eh.., ayah duduk atas lembu tu wat pe?? hehe..
Ayah pon tak kurang hebatnya. Semangat ayah nie kuat je.
Kalah orang2 muda yang ada kat situ.


Ayah ngah mengapak kepala lembu.
Cuba tengok muka lembu tu?? Muka dia nampak macam ngah senyum je.




Sesi melapah daging pon bermula setelah selesai proses penyembelihan.
Bruce & ayah sama mengerjakan lembu2 itu..
Takut & geli tengok badan Bruce penuh dengan darah lembu.
(*** Daddy mandi nanti rendam & gosok badan ngan sabun lama2.. Hehehe..)


Ayumi ngan mama sibuk potong2 bawang kat belakang.
Setelah selesai , kami makan2 kat depan sambil menyaksikan kaum2 Adam nie melapah lembu.
Meriah sungguh pagi nie. Seronok tengok masing2 berkerja sambil ada gelak tawa
serta bergurau senda di antara mereka.

0 comments:

Post a Comment