Tuesday, July 13, 2010

EP : 4 SUKANEKA

TIARA BEACH RESORT

Seawal jam 7.30pagi kami bangun coz pukul 8.00pagi dah
nak kene turun untuk sarapan pagi bersama2 cikgu2 yang lain.
Sebab aktiviti sukaneka akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi.

Macam biasa, kami merupakan juga antara yang terlewat untuk
turun bersarapan . Hehehe,.. nasib baik makanan tak abis lagi.
Selepas sarapan, kami semua ke padang sebelah kolam renang.
Yelah, kene bersiap sedia untuk aktiviti sukaneka.


Sementara menunggu kedatangan cikgu2 lain datang,
sempat Ayumi bermain ngan baby Ustazah Hasnah nie..
Diam je bila kita pegang dia.
UIshh... Ayumi plak memang agak pantang sikit kalau ada baby nie.


Hehe... sebelum memulakan acara, sempat jugak lah Ayumi
& cikgu2 lain bergambor2 wat kenang2an.
Tengoklah perut kak Aini tue, tengah tunggu masa je tue.


Sebelum mula acara tue, sempat jugak Ayumi melayan
dua orang budak kat situ bermain Bola Tampar.
Hangin je budak2 tu main ngan Ayumi.
Mau tak nyer, Ayumi baling je dorang xdapat pukul balik bola tu.
Bukan sebab Ayumi terer, tapi Ayumi baling bola tue senget!! wakaka..



Ini adalah aksi2 Ayumi bermain permainan "Chali Chaplin"
** Betul ke Ayumi eja tue??
Giler ar permainan nie. Ayumi kene dera pakai kain pelikat,
pakai topi, pegang payung dua belah tangan & kepit bola sambil berjalan.
Ini merupakan aksi2 kurang sopan Ayumi time nie.. haha..


Selepas tu, acara Kaki Kayu plak.
Aduhs... sakit kaki Ayumi time nie coz tak pakai selipar.
Kat tempat warna putih tu sakit kene kaki.
Dalam game nie kami dapat no.3 kalau tak salah.



 Jeng2...jeng.. Nie acara yang dapat mengumpulkan team2
Wanita Perkasa yer.. Wahh.. gitu !!
Dimana acara ikat kaki sambil berlari nie,
merupakan acara yang melonjakkan nama team kami.
 Dalam acara nie team Ayumi mendapat tempat Pertama !!
Cayalah.... !!!


Acara baling air nie pun kumpulan Ayumi dapat No.1 tau.
ianya terdiri dari kumpulan wanita perkasa lah tadi.
Termasuklah acara Puzzle, pun kami merangkul kejuaraannya.
Tengoklah, bertapa happy nyer kami semua.
Bruce nyer acara lepas nie k.
Bermain bola tanpa dengan suami2 & cikgu2 lelaki yang lain.

Acara berakhir pada pukul 11.30pagi.
Sebelum naik ke atas, kami sempat mengagihkan hadiah2 kepada 
ahli kumpulan yg lain.
Dan juga sempat Ayumi berenang2 bersama Kak Eja & The Geng,
sementara menunggu Bruce bermain bola Tampar.

Tepat pukul 1.00 petang, kami pun CheckOut,
keluar dari Tiara Beach Resort nie untuk pulang ke rumah.

0 comments:

Post a Comment