Tuesday, July 6, 2010

EP : 1 CHECK IN

TIARA BEACH RESORT


Setibanya Ayumi & Bruce sampai di Tiara Beach Resort, PD nie
lebih kurang pukul 2.30 petang.
Dalam perjalanan yang agak sesak lalu lintasnya, kami berdua
termasuk cikgu Mariatul & cikgu Suria harungi jua
jalan yang penuh dengan pelbagai kenderaan.

Sampai sahaja di disini, kami terus menuju ke Dewan Platinium
untuk sesi pendaftaran & check in bilik.
So, Ayumi & Bruce dapat bilik di blok C, tingkat 3A.
Tempat di Tiara Beach nie bukanlah Hotel, tapi ianya
lebih kepada "Services Apartment".

So, tanpa membuang masa lagi, kami berdua meluru untuk
masuk ke bilik setelah diberikan kunci.


Masuk2 je kami terus memasang air cond disebabkan cuaca
diluar yang agak panas.
Inilah rupa bilik kami. Ada dua katil single yang kami bakal rapatkan.
Hehhehe.. suami isteri, mana leh tidur jauh2.

Harga bilik nie kami sewa dengan RM160/= untuk satu malam.
Yang best sekali, kat bawah apartment nie ada kolam renang yang besar giler.
Bruce tak sabar2 nak ajak Ayumi mandi kat 
kolam bawah.


Dalam bilik nie juga terdapat mini dapur yang telah disediakan.
Erm... malam2 leh wat air panas & makan maggie cup.
Maklumlah, Ayumi kan giler makan maggie.


Ini pula gambaran ruangan menonton Tv termasuk
ruangan makeup & almari simpan baju.

Agak luas & berpuas hati jugaklah.
Bilik dia pun cantik & selesa. Tapi aircond tak berapa kuat lah.
Agaknya dah lama tak services kot.



Sempat jugak lah kami bergambar2 dahulu sebelum turun
kebawah untuk cari makan & mandi kolam renang.


0 comments:

Post a Comment