Monday, December 13, 2010

AYUMI & TEDDY BEAR

Haiii kawan2..
Nie Ayumi nak kongsi sikit tentang barang2 kesayangan Ayumi.
Ayumi nak citer tentang teddy bear Ayumi nie.
Bear nie dah lama dah. Bear nie hadiah dari Bruce masa kami mula2 kenal dulu.
Kalau tak silap Ayumi, bear tue Bruce beli kat Johor.
Kebetulan Bruce ada kerja kat sana.


Masa tue Bruce call Ayumi melalui 3G.
So, masa tu Bruce kat sebuah kedai dengan kawan dia di Johor.
Ngah sibuk2 berborak melalui 3G, Ayumi nampak Bruce masuk kedai anak patung.
Memang banyak sangat anak patung kat belakang dia.
Bruce kata kat Ayumi, nampak tak kedai apa yang dia masuk? hehehe..
Ayumi pon jawablah kedai anak patung. Takkan Ayumi nak cakap kedai spare part keta pulak .huhu..



Melalui panggilan 3G tu Ayumi menyaksikan Bruce ngah bercakap2 dengan Untie
tokeh kedai tue.
Ayumi hanya diam dan lihat je apa Bruce sedang lakukan kat situ.
Tiba2 handphone Bruce bertukar tangan dengan Untie kedai tu..
Maak Aaiii... terkejut den bila untie tu terus je cakap "Amoii.. u suka teddy bear colour apa?"
Bruce memang suka nak kenakan Ayumi time tu..


Bila untie tu tanya, so Ayumi pon cakap lah... 
" Untie saya semua colour suka maa .. U suruh itu orang pilih lah."
Untie tu hangin je.... Mesti dia kata nak beli ke tak budak nie?? hehehe...

Akhirnya, Bruce membuat satu pilihan yang tepat.
Teddy Bear colour brown.
Memang Ayumi suka sangat colour tue..

Kira2 dah hampir 3 tahun lebih dah bear tu Ayumi jaga dengan elok.
Bear tu dah jadi macam bantal busuk Ayumi dah. Kalau outstation je kompem bawak.


GLOW & GLAMOUR BERSAMA AYUMI

Kepenatan mengikut husband bekerja telah membuatkan
Ayumi kurang sihat selama seminggu lebih. Badan2 terasa sangat lemah & tak bermaya.
Muka plak makin gelap disebabkan oleh panahan cahaya matahari yang terik.
Tue sebab Ayumi dah hampir 2 minggu tak update blog & facebook.
So, sekarang alhamdulillah semuanya sudah kembali sedia kala.

Akibat kurang sihat yang terlalu lama, husband Ayumi menyarankan untuk
relax kan badan di Glow & Glamour di IOI Boulevard Mall.
Bruce plak yang bersungguh2 carik tempat2 cam nie.
Glow & Glamour nie adalah pusat rawatan kecantikan.
So , Ayumi kat sana wat Facial & Mandi Sauna untuk kembalikan keselesaan badan Ayumi.





Ooppps... nak salin baju nie.
Coz nak wat aktiviti mandi sauna yang menjadi feveret Ayumi.
Gambar2 yang Ayumi post nie kurang cun coz pakai camera handphone.
Waah.. best giler bersauna kat Glow & Glamour nie. Tempat sauna dia best sangat.
Rasa nak duduk lama2 dalam sauna tu.
Lepas je bersauna, terasa sangat badan Ayumi ringan & segar.
Ditambah plak dengan urutan badan selepas mandi sauna.



Aktiviti berFacial pula sudah tiba.
Bukan apa, tiba masa untuk tidur sambil muka sedang difacialkan.hehehe..
Bahan2 untuk facial semuanya ramuan 100% dari tumbuh2an tau..
Masker gel dia sejuk sangat. Terasa muka Ayumi kat dalam peti ais.


Kebosanan telah terpancar diwajah suami Ayumi yang berjam2 menunggu Ayumi.
Demi ingin melihat isteri tercinta sihat& ceria, suami ku sanggup menunggu.hehe...
Alhamdulillah,... harap2 ianya akan berterusan selamanya.
Terima kasih sangat Daddy, Ummy Love DD.. muah..

Owh yer... kalau kawan2 tak tau nak berfacial dimana, cuba kawan2 cuba
wat facial kat Glow & Glamour nie. Mana tau ianya sesuai dengan jiwa kawan2.
Tempat dia pon menarik & selesa. Leh lah kalau nak hilangkan tension.