Saturday, February 20, 2010

PERTUNANGAN HAIZA & SAIFUL

Pada 14 Februari 2010 yang lepas, Sepupu Ayumi belah ayah telah pun
selesai bertunang dengan pasangannya Saiful
di Taman Dato' Harun.
Majlis di buat secara kecil2an. Walaupun secara kecil2an tetapi ramai
juga tetamu yang datang ke majlis.
Ayumi "MERANGKAP" sebagai Mak Andam kepada Haiza.
Bukan itu sahaja, Pelamin tunang & Gubahan Hantaran dia juga
Ayumi yang buatkan.
Tapi Ayumi buat simple2 saje, coz atas kehendak tuan badan.


Ini lah hasil "MAKEOVER" Ayumi.
Jeng2..jeng... Cantik tak??
Warna Makeup Ayumi sedondonkan dengan tema Haiza
iaitu warna Purple!!!


Ayah & Mama pun tak ketinggalan bergambar dengan Haiza.
Ni pic selepas Ayumi baru je abis Makeupkan Haiza.
Haiza ni anak Yatim Piatu.
So, ayah Ayumi & Abg Rizal lah yang banyak menguruskan
tentang kebajikan Haiza adik beradik.

Haiza ni merupakan anak kepada arwah kakak ayah yang sulong.
Ayah merupakan anak nombor 3 daripada 5 adik beradik.
Adik beradik yg pertama, kedua & ketiga dah meninggal dunia.
Sekarang tinggal Ayah & adik lelaki ayah (pak su).

Janji ikatan 1 tahun.
Tapi Haiza kata mungkin cepat cikit.
Baguslah, lagi cepat lagi bagus.

Inilah cincin yang telah disarungkan ke
Tangan Haiza.
2 bentuk cincin, iaitu cincin risik & tunang.

Ini adalah gambar sebahagian daripada hantaran Haiza.
Untuk bertunang, Haiza hanya menghantar manisan sebagai hantaran.
Hantaran barang pula naik semasa kawen katanya.

Ini pula gambar hantaran daripada pihak Lelaki.
Serupa tema, masing2 mengenakan warna purple.

Salah satu pose "Manja" Haiza semasa
Majlis Pertunangan dia ari tu.


Nie plak macam biasa lah,
Kalau si Ayumi ni tak menyibuk nak bergambor
mmg tak sah!!
Biasalah kan, Ayumi ni pantang orang ajukkan camera depan Ayumi.
Pasti tak segan silu untuk bergambor.



Inilah pic tunang Haiza si Saiful.
Kitaorang panggil dia "BOB" je.
Semoga Haiza Berbahagia sehingga Akhir Hayat..!!
Amin.

Friday, February 19, 2010

MANDI AIR PANAS

SELAYANG


Malam minggu ari tu, aku & family gi mandi air panas di Selayang.
Saja nak bawak Mama & Ayah gi mandi di sana.
Kebetulan time tu kitaorang free.


Ini mama sedang seronok mandi2 air panas.
hehe,...
Mama sebenarnya selalu sangat sakit kaki.
Tu yang bawak gi mandi & sambil2 tu rendam kaki dalam air panas.
Mana lah tau dengan izin Allah, sembuh plak sakit dia.


Yang ada anak panah tu ayah.
Ayah siap berendam lagi dalam kolam air panas.
Siap dapat kawan2 baru.
Maklumlah, peramah ayah Ayumi ni.. 1 Malaysia...!!



Bruce pun dua kali lima macam ayah jugak.
Tapi time ni Bruce baru kuar dari kolam tu.
Ayumi tak tahan air panas tu. Ayumi just rendam2 kaki je.
Lepas mandi2 kat sana, kitaorang pun singgah lah makan
kat restoren "De' Pecah Periuk"...