Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN KINI KEMBALI



Ya Allah.... seronoknya bila datang bulan puasa nie.
Time2 nie lah nak wat ibadat & amalan lebih2 cikit. Yelah kita nie manusia kan.
Ada masanya kita selalu lupa dengan yang Maha Esa.
Bulan Ramadhan tahun nie sepatutnya kami berpuasa bertiga.
Ayumi , Bruce & arwah anak kami Siti Aisyah.
Tapi semuanya telah ditakdirkan Allah.
Semoga ada hikmah disebaliknya.

Ayumi mengharapkan Ramadhan ini penuh dengan segala keberkatan
kepada kami suami isteri. Nie dah masuk tahun ke-2 kami puasa bersama.
Alhamdulillah... syukur sangat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami & dimurahkan rezeki lagi.

Kehidupan suami isteri ini, membawa sejuta satu rasa dalam kehidupan Ayumi.
Apabila kita sebagai seorang perempuan telah berkahwin, maka
segala telah bertukar tangan 100% dari kedua orang tua kita.

Ibubapa sudah tiada lagi kuasa ke atas anak perempuan mereka.
Amatlah berdosa besar sekiranya kita derhaka kepada suami.
Kalau sebelum kahwin, dosa besar apabila derhaka kepada ibubapa.
Tapi selepas kahwin, segala nya ditanggung oleh suami kita.

Insyallah, Daddy..... Ummi akan sedaya upaya menjadi seorang isteri & ibu
yang solehah di sisimu buat selamanya. Amin...
I Love U Daddy & arwah anak kita Siti Aisyah.

Kepada kawan Ayumi semua, tak kiralah yang di FaceBook, Blog & sebagainya,
Ayumi & Bruce ucapakan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan
yang mulia nie. Semoga kita sama2 beroleh Keberkatan dari yang Maha Esa..
Amin


0 comments:

Post a Comment